Saturday, February 25, 2012

Mood Baru Semester Baru.

Assalamualaikum semua,
Selamat hari Sabtu. Hari ni cuti. Yeahh! so lepak je kat bilik sambil mengemas apa yang patut.
Kuliah pun 3 kali seminggu je. Wahh best harap tak ada pertukaran jadual lagi :)
Korang macam mana? dah masuk kampus? mood study macam mana harap dapat suntikan baru yerr.

Semester baru ni masih kekal dengan kekasih lama bilik lama di Kolej Pendeta Zaba. Still tingkat atas sekali. Maklumlah ini je senaman terbaik di sini, naik turun tangga agar berat badan pun turun bertan-tan opps tan ker? hahaha. Tempat utama untuk menyedut mood ialah bilik. So bilik perlu selesa untuk didiami. Bilik aku ni tak la tersusun sangat. Memang suka mengemas, lepas tu bersepah balik. Kemas lagi dan sepahkan balik. So tadi baru je mengemas bilik hehehe.

Bilik masih suasana seperti dahulu. Cuma dah minimakan barang agar tak serabut. Maklumlah aku ni spesis jenis banyak barang, nanti kena sewa lori la nak mengangkut barang. isk tak boleh jadi kena transfer sikit-sikit kat rumah ni. Yang perlu sahaja yer.


Ini adalah katil kesayangan ku, masih setia dengan dia. Tapi pink colour memang tetap menjadi kegilaan. Cadar kita berkedut dan perlu di gosok hahaha.


Ini adalah tempat memerah otak untuk menyiapkan segala tugasan. Banyakkan buku. Suka beli buku tapi belum khatam-khatam lagi membacanya. Cuma untuk meminakan ruang ini kerana terlalu banyak barang perlu di sumbat so segala buku-buku lain, artikal dan jurnal terpaksa diperuk ke dalam kotak. Gambar mak dan ayah memang perlu ada kerana mereka penguat semangatku :')


Lappy peneman setiap masa, kalau tak ada dia tak dapatlah update blog kan.


Kerana terlalu limited space, terpaksa guna raga bertingkat ini agar kelihatan kemas. Stock makanan boleh letak di sini :) Gunakan ruang yang ada sebaik mungkin. Barulah dikatakan pengguna bijak eh merepek sudah.

Tu baru 2 kotak kecil, belum lagi korang tengok kotak gergasi aku. Ruang yang sempit bangat.


Almari yang semakin penuh dan sesak. Hope kawal nafsu agar tak shopping lagi hahaha. Bagi tengok sisi je, mana boleh capture semua. Private tau. Tapi rasa berkenan kat some tudung la. Eh..

Walaupun bilik aku ni kecik tak besar, tapi alhamdulilah selesa didiami. Tidur malam lena, tidak terganggu malah boleh over dose tidur hehe. Kolej Pendeta Zaba memang best terasa sayang pula nak tinggalkan dia kalau tukar kolej semester depan. Okeylah, sampai disini sahaja karangan bergambar aku. Nanti update lagi di lain waktu maklumlah masuk kuliah hari Rabu, Khamis dan Jumaat..banyak masa ni tapi agsimen dah macam ombak rindu je datangnya. Minggu ketensionan sudah bermula!

Baii!
SHARE:

10 comments

  1. Kak Farah , Hai :) . Saya baru sangat2 dalam blog ni , baru beberapa hari buat blog . Thanks sebab melalui Kak Farah la saya dpat belajar buat mcm2 dlm blog sy mlalui tutoriol kakak . Tapi sya msih xtau mcmana nak masukkan lagu dlm blog sy . :) boleh tnujk ajar ??

    ReplyDelete
  2. best nya da msuk blaja balik. rindu nk g kelas XD

    jemput dtg blog , comment2 ;)

    ReplyDelete
  3. wahh...kemas2...syok la..kelas 3 hr je..huhu...eh, cadar pun iron gak kee??hehehe...

    ReplyDelete
  4. hye gorgeous =p sggah jap..

    waa,, leh tahan kemas la jgk. mood sem baru =p haha.

    ntw, heater tu..sama..hahaha

    ReplyDelete
  5. kemasnya bilik akak..meja belajar tersusun je..pandai akak kemas..

    ReplyDelete
  6. @Genn Gvee

    try tgk tutorial ttg ambil lagu dr you tube

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH