MENU

Saturday, October 13, 2012

Inginkan Ketenteraman

Assalamualaikum,

Dalam minggu ni runsing je, entah apa yang merasuk fikiran. Semua menjadi 1, perasaan berbaur hiba. Tekanan, tekanan..hari-hari tekanan. Tapi tak pelah, kalau hidup tiada tekanan, tak nikmat hidup itu.

Semalam, hujan lebat gila, kilat sambung menyambung, guruh berdentum-dentum bagaikan berada dalam keadaan perang. Takut dan sangat gusar. Itu baru kilat dan guruh belum lagi hukuman Allah di akhirat sana. Jadikanlah ia peringatan di dunia ini, janganlah kita lalai dan leka dengan nikmat dunia yang hanya sementara.

Semalam lepas balik class, ingin menenangkan fikiran untuk dinner bersama teman. Lupakan seketika kepada diet, dan ingin makan untuk restkan minda seketika. Berfikir tempat makan yang sesuai..inginkan privisi, ketenteraman..nak makan McD sememangnya tempat yang kucar kacir, KFC pun sama, tempat kesukaan pun sama juga, so pilih restoren ala-ala western food yang boleh dikatakan ada privasi tapi rupanya kucar kacir juga. Pilih menu pasta cheese chicken, strawberry milk shake dan teman memilih fried rice beef dan nescafe ais. Dia tekak melayu, so biarkan dia dengan nasi goreng dia.


strawberry milk shake kepunyaan saya.

pasta cheese chicken

fried rice beef

Serius fried rice beef dia sangat sedap, tapi pasta aku lebih kurang je rasanya. Hurmm rugi tak order fried rice beef ni.

Inginkan ketenteraman dan privasi semasa menjamu selera dengan harapan dapat menikmati hidangan dengan tenang tapi keadaan riuh rendah dengan kehadiran budak-budak yang nakal tak boleh nak dikawal. Serius semua orang pandang-pandang parent yang tak boleh nak kawal anak-anak dia tu. Berlari seluruh restoren, meloncat-loncat atas kerusi. Rasa nak bagi penampar je, tapi sabar. Bukan benci budak-budak tapi tak suka kalau terlalu nakal sampai tak dengar kata. Kepada parent yang rasa nak bawa anak-anak tu, pastikan anak-anak anda dengar kata dan boleh dikawal, jangan sampai menganggu orang lain. Ni main biar je anak-anak dia. Serius sangat mengganggu, rasa nak cepat-cepat blah dari restoren tu. Pelanggan yang ada kat situ je semua muka begang. 

Hari tukan, masa  makan kat McD,  masa tu aku tengah main Ipad, kawan aku pi toilet, ada budak yang duduk sebelah meja aku, dalam 3 beradik semua kecik-kecik dalam 6-4 tahun, si ibu duduk di tepi, si ayah tengah beratur beli McD, dia curi-curi ambil fried fries aku, aku sesaja buat tak nampak, lepas tu dia datang lagi ambil, bawa lari, ambil lagi bawa lari..then aku tengok dia dan senyum..hurmm dia takut, masa tu ada beberapa ketul fried fries dalam tangan dia, dan aku cakap tak pe ambilla dik then dia lari sambil ambil fried fries aku. Aku tak kisah langsung dia nak makan, maybe lapar kot tapi yang aku kisah si ibu yang nampak perbuatan anaknya tu, tak nak langsung menegur. Sepatutnya tegurlah, kena ajar yang mana boleh buat dan yang mana tak boleh buat..jangan sebab mereka "tak berakal" main biarkan je. Sebelum "berakal" la kena ajar nanti terus tak berakal baru tahukan???? Jangan syok buat anak je tapi nak ajar anak tak terajar. Dah besar nanti kot jadi penyamun. Kesiankan?

Banyak sangat kena fikir miggu ni, harap dapat buat keputusan yang tepat untuk masa depan. Ya Allah permudahkan urusan hambaMU ini, ringankan segala beban dan masalah dan tabahkan hatiku.

Beban thesis memang hebat! 


 Orang yang sama tapi personaliti yang berbeza.

Cuba untuk senyum :')



 Bye.

p/s: dah hilang 5kg, nanti aku share cerita diet ye.


SHARE:

9 comments

  1. Sedapnya.. Tiba2 rasa lapar pulak XD

    ReplyDelete
  2. Wooo, nak turun berat jugak kakk :( cepat share eh, excited pulak. Tsktsk

    ReplyDelete
  3. wah wah! dah turun 5kg. cepat share tips..heheee

    ReplyDelete
  4. yummy!!!
    sedapnyew stwaberi milk shake tue..
    ^____^
    meleleh leleh ayaq liyoq saya..

    http://nurainishahroni.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Sbb asyik dgr org ckp pndai buat ank tp x pndai jaga buat akak x brpa mnt nk beranak byk2.bila jd mak org feel tu dh lain.. Org kata ank org lain pn kdg2 kita blh terasa.nk kata ank org sgt2 pn x brni kang kena kt ank sndiri lak.Ank akak pn jns lasak jugak

    ReplyDelete
  6. KAK.TINGGAL KT MN....MCM PERNH TENGK....TAPI MASA TENGK KT TF TAPAH

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH