Monday, June 19, 2017

Beraya dengan Mizzue Handbag Baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa!
Dah habis shopping raya ke?
Kali ni aku nak share tentang handbag baru.
Dah lama tak tukar handbag hampir dua tahun lebih.
Jadi, nak dekat raya ni bercadang nak tukar handbag baru.
Aku bukan jenis suka tukar-tukar handbag sebab tak suka nak ubah barang banyak kali, mesti ada yang tertinggal. Jenis aku juga, aku suka pakai handbag dalam jangka masa yang panjang juga. Kalau penggunaan jangka masa yang panjang, sudah tentu aku inginkan handbag yang berkualiti dan sesuai dengan aku.

Memandangkan aku sibuk dengan urusan seharian, aku pilih untuk shopping online. Aku pilih jenama Mizzue sebab banyak design yang aku suka. Ternyata memang rambang mata nak pilih!
Kalau ikutkan hati rasa nak pilih semua je tapi aku sukakan handbag jenis:
  • Berkualiti
  • Simple
  • Sling bag
  • Banyak ruang
  • Saiz sederhana
  • Selesa

Maka aku pilih Blanch Brawley - Colour Tan.

Blanch Brawley - Colour Tan pilihan hati.
Sisi belakang bag.

Serius, masa memula buka bungkusan handbag ni rasa sangat happy sebab memang kena dengan citarasa aku.Blanch Brawley dari Mizzue ni memang nampak simple tapi sangat best sebab memenuhi kehendak aku. Ruang bangnya memudahkan aku untuk isi barang-barang aku. Saiz bag yang sederhana, bersaiz A4, memang sangat sesuai dengan aku yang banyak barang.

Banyak ruang untuk isi barang.

Selalunya, kalau orang call mesti sampai habis call baru dapat cari handphone dalam bag. Sebab bag kita ni macam-macam barang yang kita letak tapi dengan Blanch Brawley Mizzue ni, senang je aku nak cari barang. Sebab banyak ruang untuk simpan barang-barang. Poket-poket kecil tu boleh simpan handphone, make-up dan barang peribadi lain.


Apa yang ada dalam handbag aku?

Cuba bayangkan kalau semua barang ni masuk dalam bag..mesti susah nak cari barangkan. Bayangkanlah ada handphone, purse, camera, broadband, balm, perfume, compact powder, lipstick, tisu, lotion, nota, pen, jam dan kunci kereta. Semua tu benda wajib yang perlu ada dalam handbag aku.
Sekarang ni aku tak perlukan bag organizer lagi sebab Blanch Brawley Mizzue aku ni dah orginizer bagi aku.

Tara!! barang yang berlambak tu dah tersusun rapi dalam bag ni :)

Selain itu, aku sukakan bag ni sebab meterialnya sangat berkualiti dan cantik. Jenis metarial PU dan sememangnya halal. Jadi, korang jangan risau, produk ni memang halal.

Close up sikit meterialnya...
Aku juga sukakan beg ni sebab sangat memudahkan aku, maklumlah kalau dalam keadaan sibuk, kita tak perlukan masa yang lama untuk cari barang. Dengan bag ni ada ruang yang mudah untuk kita akses barang. Boleh buka zip dan senang nak ambik barang tu.

Ruang tengah ni, kalu nak buka zip ke atau tutup zip pun ok je, sebab barang-barang masih selamat dan tak jatuh.
Jenis meterial bag yang lembut.

Metarial PU yang lembut ni sangat sesuai dengan jiwa aku. Rasa macam lebih feminin dan ayu-ayu gitu.
Zip kat belakang bag juga sangat memudahkan aku letak handphone atau kuci kereta. Tak perlu tercari-cari lagi.

Zip belakang bag

Kualiti?

Alhamdulilah aku sangat berpuas hati dengan kualiti handbag Mizzue ni. 
Kebanyakkan online shop, bila tengok gambar sangat hebat tapi kualiti barang kurang. Tetapi Mizzue handbag ni kualiti bag dan rupa sama seperti yang kita tengok dalam gambarnya, sangat berkualiti dan tak rugi membeli.. Serius sangat puas hati...jadi kalau nak tahu macam mana, korang kena beli sendiri.

Kualiti bag yang sempurna, jahitan yang kemas dan cantik.
Aku beli dengan harga:

RM 234.90

Mahal tak? Pada pendapat aku tak, sebab kualiti bag sangat bagus dan korang boleh pakai dalam jangka masa yang panjang.
Kalau nak info lanjut dan shopping jom CLICK SINI.

Pasti korang rambang mata!! Banyak offer menarik lagi tau..

Ok bye..


SHARE:

10 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH