Sunday, June 4, 2017

Tentang Printer dan Si Canon Pixma G2000 Baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog cik Nurfarah.

Hari ni aku nak membebel pasal printer. Aku mula memiliki printer peribadi sejak sekolah menengah lagi. Masa tu tingkatan 2, beli sekali dengan 1 set komputer peribadi beserta printer. Maklumlah masa tu banyak buat folio, tugasan-tugasan sekolah. Jadi mak aku pun belikanlah komputer dan printer untuk memudahkan aku buat kerja-kerja tu semua. Sebelum ni mesti pergi CC je.

Printer pertama aku jenama EP##N. Jenis dakwat warna. Memang seronok je lah menggunakanya..masa tu kan sekolah so memang suka la print out gambar-gambar berwarna. Tapi yang tak seronoknya, dakwat cepat habis. Terutamanya dakwat hitam. Asyik nak ganti dakwat je. Dakwat masa tu jenis hitam dan color dah seratus lebih. Aku pakai printer ni sampai aku habis tingkatan 6. Tapi jadi hiasan je sebab tak larat nak sumbat dakwat, lebih suka ke CC je untuk print.

Lepas tu, aku sambung belajar kat USM, Penang. Masa tu, memang teringin nak beli printer baru sebab nak guna untuk print tugasan. Tak larat asyik nak pergi kedai print je. Maklumlah kalau buat tugasan last minit mesti nak print on the spot kan (penyakit student) hahaha.Aku beli jenama #P, yang canggih sikit dari yang lama iaitu yang boleh scan sekali. Harga masa tu memang tengah offer dalam RM100 lebih je (lupa harga sebenar). Dakwat memang cantik, glossy je nampak. Sambil memuji-muji keindahan dakwat printer aku..tupp tupp tupp lepas cukup je print 30 muka surat tugasan. Terus memberi isyarat yang dakwat hitam aku habis.Lepas tu aku beli la dakwat baru dalam harga RM50 lebih..pun sama cepat sangat mencekik dakwat. Rasa macam terbeban dengan kos dakwat yang mencekik darah, aku hantar je printer tu balik rumah. Malas nak menyemak letak kat kolej.

Selepas itu, aku sambung pengajian di peringkat master di UKM. Masa mula-mula tu aku banyak print kat kedai print tapi bila difikirkan kos print agak mahal sebab sekali print dalam 50-60 muka surat (dalam RM50 +- juga sekali print) aku berhajat nak beli printer sendiri.Dah la masa tu aku tengah buat thesis. Memang banyak la nak print..segala macam artikal, jurnal dan kertas kerja kena print untuk tugasan dan rujukan. Tapi aku bercadang nak beli printer yang jimat dakwat sebab tak nak pisang berbuah dua kali. Serik tau, bila guna jenis printer yang suka mencekik dakwat ni. Kawan aku cadangkan guna ciss dakwat luar sebab sangat jimat. Aku pun ajak kawan aku pergi lowyat untuk cari printer. Dapatlah beli Canon Pixma MP287. Jenis ni boleh modifikasi untuk letak dakwat luar. Jadi memang waranti canon akan terbatal dengan sendiri sebab letak tabung luar..Cuma ada waranti kedai je dalam 3 bulan.Harga masa tu dalam RM200 lebih je. Memang murah lah sebab tak sampai Rm250 pun (lupa harga sebenar) dan dapat 6 botol dakwat percuma.Tapi alhamdulilah lah boleh bertahan lama, banyak jasa printer tu sebab rasanya beribu-ribu kertas dah pernah print (puluh ribu pun ada kot).

Canon Pixma MP287

Cuba bayangkan masa nak dekat viva tesis, aku print 4 copy untuk pemeriksa viva (1 copy dalam 150 muka surat tak termasuk gambar)..belum lagi berkotak-kotak jurnal untuk rujukan aku.Tapi dakwat ciss luar ni ada kelemahan juga sebab kualiti dia tak sama dengan dakwat dalam.Maklumlah dakwat dia sebotol pun dalam RM10-15 je mana nak sama dengan original dakwat canonkan.Kalau kena air kat kertas yang telah diprint, dakwat dia akan jadi kembang dan pecah-pecah (kena elakkan dari terkena air). Untuk tugasan biasa dan print biasa-biasa bolehlah kalau nak print original tesis kenalah hantar kedai pakai printer yang kualiti supaya tesis korang nampak glossy dan cantik hehehe.Serius aku banyak pakai sampai la aku bekerja. Nak print resume, fotostat sijil,dan macam-macam lah.

Tapi yang sedih, Cik Canon MP287 aku ni dah menamatkan riwayatnya selepas 5 tahun berjasa dengan aku. Masa tu, aku nak print resume, tiba-tiba dia buat perangai asyik tersekat je kertasnya..tapi sempat juga berjasa printkan resume aku. Lepas beberapa hari aku nak on semula printer tu terus tak boleh on langsung. Sayang punya pasal, nak usaha juga hantar kedai untuk baiki tapi malangnya orang kedai kata motherboard dah terbakar. Kalau ganti ibarat beli printer baru je. Maka bersemadilah kau dengan tenang ye.

Canon Pixma G2000
Printer baru ku.

Memandangkan printer ni sangat penting untuk aku. Aku cadang nak beli printer baru. Cadang nak cari model canon MP287 juga, ya memang ada yang siap ciss dakwat luar tapi harga RM420! Dah la nanti waranti pun burn sebab kena modifikasi. Taknak tanggung resiko. Jadi kita cari yang lain tapi jenis ink juga.

Canon Pixma G2000
Lebih smart sebab tangki kat dalam. Lepas ni tak ada kotor tangan main dakwat dah!

Canon Pixma G2000
Sebelah kiri tangki dakwat hitam, kanan bewarna. Tangki pun besar!

Alhamdulilah ada model canon terbaru yang jenis ink tangki. Tapi tangki dia kat dalam.Harga pasaran Canon RM599. Berfikir juga nak beli atau tidak sebab rasa macam mahal je beli printer sampai RM500 lebih kan.. Tapi bila fikirkan aku perlukan sebuah printer untuk keperluan dan printer itu pun jenis menjimatkan dakwat (6000 page black, 7000 page colour) dan fungsi pun sama mcam MP287 iaitu boleh print, scan dan copy..aku pilih canon G2000 sebagai penganti MP287. Bak kata orang nak cari penganti kena cari lebih baik, bagus dan elok daripada yang lama..(sama macam nak penganti cinta hati jugalah kan mesti nak lebih elokkk..opps melalut sudah). Yang jenis G2000 memang tak ada modifikasi sebab 100% original seperti keluar dari kilang dengan waranti 3 tahun beserta dakwat canon original. Harga dakwat original pun RM30 sebotol.Yang penting dakwat itu jenis yang menjimatkan.

Print out Canon Pixma G2000
Hasil kerja Canon Pixma G2000. Puas hati!

Setakat ni aku guna, alhamdulilah baik sahaja. Dakwat pun cantik je. Diharapkan dengan perkongsian ni boleh bagi idea untuk korang pilih printer. Kalau ada printer yang pernah korang gunakan dan bagus! Boleh lah share kat sini..Opss nak bagitahu aku beli dengan harga RM522 (harga website Canon Malaysia RM599)..kenapa murah? Kenalah pandai servei-servei kedai dan pastikan original ye.

Ok bye😃

P/s: Alhamdulilah walaupun ink tu kena air, dakwat masih tak kembang..elokk je kat kertas. 
SHARE:

4 comments

  1. Bagus perkongsian Cik Farah. Memang bcadang nk beli printer. Boleh la cb canon yang ini. Tq.

    ReplyDelete
  2. tolong ASAP nk tahu manual penggunaan printer ni

    ReplyDelete
  3. SANGAT MEMBANTU SAYA YANG SEDANG MENCARI PRINTER PILIHAN YANG TERBAIK, TERIMA KASIH NURFARAH. SEMOGA ALLAH MUDAH URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT AWAK.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH