Foundation Murah yang Bagus: Review ESSENCE Stay All Day 16hrs Long Lasting Makeup

Assalammualaikum w.b.t

Terasa nak share benda baik untuk tatapan bersama.
Benda baik perlulah dikongsi tapi yang tak bagus pergi duk diam-diam dan main jauh-jauh ya.
Blog Cik Farah bukan blog nak kecam-kecam produk dan kecam orang. Tak nak tambah saham dosa, jenuh nak menjawab nanti.

Untuk semua review Cik Farah, totally Cik Farah akan share benda yang best dan sedikit komen ikhlas dan jujur sebagai pengguna.

Tempoh hari, aku ke Watson sebab nak beli pelembab muka yang semakin kehabisan stock jadi dalam masa yang sama nak cari foundation yang mesra untuk everyday use. Kalau boleh nak cari harga yang berpatutan dan bagus. Maklumlah muka pun kena jaga juga tak nak la foundation yang macam make-up sekati. Sebab secara tak langsung foundation yang tebal-tebal dan heavy sangat akan menimbulkan banyak jerawat. Kulit tak bernafas nanti. Kang kau buka make-up dan macam hantu pulak muka tu. Jadi lebih baik menjaga muka yang original daripada sentiasa nampak fake padahal hanya kesan make-up sahaja. Sayangilah kulit anda!

Lepas sibuk tinjau meninjau aku terasa nak cuba produk Essence ni, sebab sebelum ni dalam group WhatsApp ada ahli group asyik bertanya tentang foundation Essence ni sebab selalu habis. Kalau selalu habis tu maybe sebab bagus kot! So apa kata kita cuba..mencuba tak salah kan??


Belek punya belek ada 3 ketul je foundation ni kat rak, so aku decide nak ambil yang paling cerah yang berada di rak tu. Aku ambil code 03 soft porcelain.

 Ingredients

Selepas buka boleh pakai selama 12 bulan!
ESSENCE Stay All Day 16hrs Long Lasting Makeup ni aku beli kat Watson.
Code:  03 Soft Porcelain
Berharga: RM 21.90
Isipadu: 30 ML

Untuk foundation yang isipadu 30 ML dan hanya berharga RM 21.90 ini adalah sangat berpatutan pada pendapat aku.
Teksturnya sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam muka.


Gambar kat atas menunjukkan muka aku yang disapu foundation dengan muka original no make-up. Memang kurang perbezaan sebab setakat ni kulit aku tak ada masalah. Jerawat sikit-sikit tu biasalah.


Sapuan nipis, just 1 layer je sapu kat muka. Aku just pakai foundation Essence ni sahaja, tanpa pakai sebarang bedak atau pelembab.



Gambar di atas ni, gambar masa nak pergi kerja. Just letak pelembab, foundation Essence dan bedak kompak sahaja. Mood malas nak make-up.

Gambar tudung kuning ni terajin pulak nak make-up.

Review aku secara keseluruhan:

Apa yang best?:
- Tahan lama, dari pagi sampai petang masih tahan
- Tak bercapuk
- Tekstur sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit
- Tak rasa melekit
- Murah
- Full cover- medium to full
- Senang pakai, letak kat muka dan dap-dap dengan span/ dengan tangan pun boleh

Yang tak best?
- Kena pakai banyak untuk cover kesan parut yang ketara sebab foundation ni ringan, maybe pakai 2 layer atau lebih
- Warna sedikit gelap- jangan pilih colour yang sama warna kulit tapi pilih yang lebih cerah lagi sebab nanti muka nampak gelap. 


Tips:
Nak nampak lagi smooth elok korang pakai primer atau cream/pelembab dan jangan lupa lepas tu cover dengan compact powder/bedak baru lebih tip top! Jangan lupa guna makeup remover untuk tanggalkan foundation tu ya!

Komen Cik Farah:
Untuk everyday use sangat aku suggest. Foundation yang bagus dan murah. Mampu milik!

4 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Lepas ni boleh cari kat Watson lak,

    ReplyDelete
  2. sis gne pelembap ape ye?btw cantik kulit sis.foundation tu mmg kne cari kt watson nnt😊

    ReplyDelete
  3. Kat watson jaa kaa ada ?? Guandian ada tak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tengok. kalau ada jenama essece mst ada

      Delete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH