Hamster Bukan Tikus, Tiada Istilah Kencing Tikus Pada Hamster


Hamster kesayangan tapi mereka sudah tiada :(

ENTRY REPOST FROM HAMSTER BLOG



Assalamualaikum..
Dah lama sangat tak update my second blog. Ramai yang inginkan pendedahan pasal hamster.
Mungkin masih ramai yang "jakun" lagi pasal hamster. Mereka menganggap bahawa hamster seperti TIKUS. Kepada yang tidak ada pendedahan tentang hamster mesti mengatakan bahawa HAMSTER sama seperti TIKUS iaitu pembawa penyakit tambah-tambah pula kemunculan virus kencing tikus yang dikatakan boleh meragut nyawa.

Perbezaan :

!. Ukuran hamster dan tikus jauh berbeza. Bahagian belakang tikus lebih panjang berbanding hamster.
2. Hamster tidak boleh hidup di tempat berair/ lembab tapi tikus boleh bermaksud boleh hidup tempat lembab.
3. Ukuran tubuh hamster lebih kecil berbanding tikus.
4. Hamster mudah jinak dengan manusia tapi tikus? try la bela..jot-kot mengigit je kerjanya.
5. Hamster lebih pembersih dari tikus.

Di sini jelaslah bahawa banyak beza antara tikus dan hamster. Walaupun mereka dari golongan pengerat tapi mereka serupa tapi tak sama!!
Kencing tikus berpunca daripada jankitan kuman dari kencing tikus. Ok.. tikus suka mencari makanan di tempat-tempat tercemar seperti sisa sampah dan hidup di kawasan yang berpotensi tinggi penularan penyakit seperti kawasan kumbahan dan tempat yang kotor ( kawasan sampah sarap ) tapi hamster sentiasa diberi makan dengan teratur..hidup di dalam cage dan bersih.. Jadi banyak bezanya. Lagi pun hamster sangat sensitif dengan persekitaran yang kotor dan mudah mati kalau tak take care dengan baik..

Info lain sila ke KOSMO

dan bahaya kencing tikus di BERITA HARIAN


Kalau inginkan lagi info jangan segan silu google..jangan risau hamster merupakan haiwan kesayangan yang bersih sama seperti kucing. Masa mula-mula aku bela hamster ayah aku pun berpendapat seperti itu iaitu hamster sama seperti tikus tapi bila dah lama bela dia pula yang sayang.. Ternyata apa yang difikirkannya TIDAK SAMA SEPERTI YANG DIJANGKAKANNYA.. Hamster haiwan yang bersih, HAMSTERS is PET not RAT..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLdp0FD9tc3chzmKlc-HDf1aW_AZDWdyew13dkhHAICB3v2QNbZ9y1re5HysrXFCuvk9XrGu4Svz3FIxU3DgPpP-NTHleEjirL8p1CtReYsesX_JOYenDfc2MrzPbtoyjoNJjc5Tjn1SI/s400/tikus.jpg
Gambar dari Google
Ini baru tikus..hambikk kau bela la tikus ni!!

p/s : Setiap kali aku update blog hamster aku..aku akan repost ke sini plak..

Rubi pulang ke kampung

Salam..
sedih sangat..tapi dah keputusan mak..
tak boleh buat apa-apa lagi just cry lepas mak bawa Rubi ke kampung...
Sebenarnya nak ampunkan Rubi sebab kesalahan dia hari itu..
Tapi dia masih lagi macam itu sebab seekor lagi hamster i mati..
Kali ini dia bunuh Putih pula..
Ayah juga jumpa waktu subuh..
Masa itu dalam pukul 5 pagi..masa itu ayah nak mandi untuk pergi masjid..
Dia nampak Rubi dalam toilet tengah gigit something..
bila tengok Rubi macam marah dan berbunyi macam nak bergaduh aaauumm aaumm..
ayah tengok-tengok rupanya Putih sudah menjadi korban..ayah ambil Putih..
Putih dah mati..berlubang kepalanya kena gigit..
Baru je beberapa hari dia bunuh Akiko selepas itu Putih pula..sedih sangat!!
Sekarang tinggal seekor je hamster i..Umai..
mak dan ayah i pun sedih juga..mak kata kali ini tak boleh diampunkan lagi sebab dia dah melampau so hantar dia di kampung..lagi pun kat kampung ada orang take care.
i pun sedih juga tapi maybe itu terbaik untuk Rubi..bukan buang Rubi tapi hantar kat rumah i kat Air Kuning..so good bye Rubi..nanti i jenguk dia...hope Rubi happy..jangan pula makan ikan kelisa belaan kat sana dah la..mahal itu beb..sebab dah besar!! ratus-ratus..
So sekarang kat rumah just ada anak-anak Rubi yang dah remaja iaitu Manja, Sitam dan Pok-pok...mak kata nak cari kucing warna oren seekor sebab i nak sangat kucing warna oren..dari dulu sampai sekarang warna dominan iaitu hitam putih je..huhuhu..


Inilah Putih yang menjadi mangsa kedua Rubi

I take care Putih ini dari kecil dengan begitu caring sebab masa dia usia 2 minggu ibu dia tak nak take care dia..i pun tak sure dia boleh hidup sebab tubuh dia kecil dari yang lain..bulu dia pun macam tak tumbuh..nasib baik dia kuat..dia boleh survive hidup dia dan membesar tapi dia macam kerdil sikit..tubuh dia kecil tapi gebu..so sampai sekarang dan akhirnya di bunuh Rubi..kawan i bagi dia nama Lady Gaga walaupun jantan...hahaha...dia jenis mata merah..i love u PUTIH..mesti rundu kamu..


Ini je yang tinggal..iaitu Umai..dia bestfriend Putih aka abang Putih..dia tinggal satu cage dengan Putih..dia macam sedih je Putih tak ada..dia la satu-satunya hamster yang i ada..i tak tahu la kalau dia tak ada lepas ini,  i masih lagi nak bela hamster or tak..i sedih..bila hamster i mati satu demi satu..u all kalau nak tahu INFO hamster sila la ke second blog i Riang Ria Bersama Hamster.
I dah tak update sangat blog ini..tapi insyallah akan cuba update walaupun hati i dah tak ada untuk update about hamster!!


i pun tak berapa sihat ini..ada idea i update lagi semalam i kena sakit perut cirit-birit sampai lemah longlai...maybe silap makan mee beracun..k tata..

Hamster mati dibunuh RUBI!

Ok...i nak cover entry i yang lama tak update!
I sedih sangat sebab hari Ahad hari itu seekor hamster i dah mati sebab di bunuh kucing i yang bernama RUBI..
Kisah tragis ini berlaku pada 28/11/2010..
Masa itu pukul 5.30 pagi..Rubi mioww-mioww kat pintu bilik ma dan pa i..
Ayah i pun bangunla..sebab bunyi Rubi bising sangat..bila tengok Rubi tengah mengonggong hamster i yang dah kaku..ayah i panggil i suruh tengok hamster i..i terkejut weh..sebab hamster i dah mati..ayah i letak balik kat cage dia sebab awal subuh sangat..esok baru tanam..Rubi ini pandai pula buka cage dan ambil then main macam bola..kurang ajar!...sedih tau..mak i pun membebel la...dia pun sedih juga. Dah setahun i bela Akiko..sedih!!..
Ayah pun sedih..bila i tak ada kat rumah mesti ayah yang take care hamster beli kuaci je walaupun dah ada mix feed..ayah kata hamster i berselera makan kuaci...mula-mula dulu memang mak dan ayah macam tak suka i bela hamster..maklumla orang tua ingat hamster itu tikus dan berpenyakit..tambah2 bila ada kes kencing tikus..
Tapi lama-lama mereka pun sayang hamster...hamster ini simple je jaga..tak macam kucing suka berak merata..tapi i cat lover..
Tapikan Rubi macam tau je i marah kat dia..bila tengok i dia lari..i tak pukul dia..ayah marah i pukul sebab dia binatang sebab dah  memang lumrah alam..i just marah dan jentik telingga dia je...mak kata nak hantar dia balik kampung..tinggalkan anak-anak dia je untuk kami take care..tapi i sayang Rubi..tak mahu di duduk kampung...walaupun dia memang dulu duduk kat kampung i..tapi i sayang dia..tak mahu berpisah ceewah..i just ada 2 ekor je hamster sekarang Umai dan Putih...
Mereka berdua ini selamat sebab cage lain..Akiko i asing cage lain sebab dia tak boleh bersama Umai dan Putih..asyik gaduh je..i rasa macam nak beli hamster lagi tapi..i tak nak menyusahkan family i nak care mereka. Sebab i maybe akan bekerja atau continue study nanti..kucing pun ada empat ekor..tak mahu tambah beban kat ma dan pa

Maybe Rubi dah lama perhatikan hamster i..so time itu peluang dia..sebab selama ini dia macam tak kisah je..
mak kata i terlalu manjakan Rubi..sampai bagi pakai rantai silver..wakaka..nasib baik tak emas.

Inilah Rubi si pembunuh hamster!





Tinggal kenangan..Akiko..miss u sayang!

Hamster Makan Anak

Pernah tak bila hamster anda melahirkan anak then lepas itu anda tengok anak-anak dia terus ghaib..
Haa itu tandanya dah kena kenduri la tu..hahaha...jangan terkejut dah memang spesies ini makan anak..
Jom tengok hamster makan anak!




Cara Untuk Melatih Hamster Untuk Jinak

Tajuk yang amat panjang. Aku pun tak tahu nak pendekkan tajuk entry ini..Tapi asalkan anda faham dah cukup buat aku..Nampaknya aku kena sentiasa update blogger hamster aku ni kerana permintaan yang tinggi daripada pembaca ( macam la popular sangat hahahaha )

Entry aku kali ini nak share macam mana nak melatih hamster supaya datang kepada tuannya. Kebanyakkan hamster ini kalau tak dilatih sejak azali memang macam tikus liar. Mungkin masa nak pegang dia, dia akan lari atau mengigit. Kalau mengigit rasa nak hempas je hamster itu. Nasib baik hamster aku tak kena hempas sebab aku tuan yang penyayang!

Cara-cara untuk mendidik hamster menjadi pet yang baik :

1.  Sebagai tuan kepada binatang yang bernama hamster perlulah mengenali hamster anda terlebih dahulu.   Kena faham dia juga walaupun status dia binatang tapi dia ada perasaan. Ambil masa untuk tengok corak tikahlaku dia dan kenali dia.Kalau tak tahu tak payah bela hamster.Kena selalu bermain dengan hamster..dalam sehari itu main la beberapa kali dan kena selalu jenguk dia. Ajar makan kat tangan ( suapkan makanan )..tengok sama ada dia suka ke tak..macam manusia juga kena berkenalan dulu baru boleh rapat.

2. Kena selalu pegang hamster tu. Biar dia tau bau tangan tuan dia. Tak la dia mengigit kalau dah serasi bau tangan anda. Perlukan kesabaran kalau dapat hamster yang mengigit. Kena selalu pegang!! Contohnya masa nak makan letak hamster di atas tangan anda dan suapkan kuaci..biar dia makan di atas tangan sambil memerhati gelagat dia membuka kulit kuaci..sungguh comel!


3. Masa nak buka cage jangan terus ambil dia nanti dia akan tekejut. Nanti mesti dia gigit sebab mereka ingat mereka akan di ancam.

4. Lepas itu, hulurkan kuaci di pintu cage. Biar dia sendiri datang kepada kita. Kalau tak nak datang jangan dipaksa. Bila dia datang pelahan-lahan suruh dia naik ketangan..



5. Ulangi cara-cara di atas dengan lebih kerap. Ingat perlu kesabaran yang tinggi...jangan putus asa! Selalulah meluangkan masa dengan hamster anda..nanti mereka mesti sayang tuannya..


p/s ini gambar kenangan bersama hamster2 yang dulu..rindu!! rasa nak biakkan hamster macam dulu!!

Makanan Hamster

Hamster merupakan haiwan pengerat ( macam arnab ), mereka akan makan semua  makanan yang ada kat depan mata mereka terutama yang berbau manis atau bau yang menarik. Tak kisah la apa jenis makanan tu..mereka main tibai je. Kalau bagi je makanan mesti akan makan je sampai jadi gemuk hehehe.

http://drrozmey.files.wordpress.com/2010/02/kuaci.jpg
 Kuaci ini kegemaran hamster..jangan manjakan dengan kuaci.


Hamster suka sangat dengan kuaci atau biji bunga matahari. Buktinya, hamster aku akan makan kuaci kalau aku bagi mix kekacang pada dia. First choice dia adalah kuaci ( kuaci wangi paling dia suka ). Sebenarnya kuaci tidak sesuai untuk hamster kerana kuaci mengandungi lemak yang tinggi. Jadi tidak sesuai diberi hari-hari. Kuaci juga boleh memberi risiko keguguran kepada hamster. Kuaci ini boleh menyebabkan hamster anda menjadi semakin gemuk dan lembab. Kalau nak bagi kuaci kena la seminggu sekali dan jumlah kena sikt. Jumlah maksimum harian adalah antara 3 sampai 5 biji. Untuk menjinakan hamster suapkan kuaci dengan tangan, mesti hamster suka kat tuan dia..


http://cenya95.files.wordpress.com/2008/07/sayur.gif

Selain daripada bijirin dan kekacang. Sayur-sayuran penting untuk hamster. Sayur-sayuran merupakan pelawas untuk mereka dan dapat mengekalkan gizi yang seimbang. Contohnya, kalau anda masak lobak merah, potong sepotong kecil dan bagi pada hamster anda. Tak perlu banyak, sikit sahaja. Perlu diingatkan selalu la anda membuat spot chek di sarang atau habuk kayu, kerana hamster suka sorok makanan. Kalau sayur yang disorok masih ada dan dah tak elok so buangkan sahaja. Nanti mati keracunan pula hamster anda.


Perlu diingatkan jangan sesekali memberi bawang, halia, bawang putih dan sayuran berbau sewaktu dengannya. Tak sesuai OK! Nanti boleh membahayakan kesihatan hamster. Bagilah mereka makan sayur sawi, kankung, lobak merah, senkuang tapi jumlah yang kecil.

perlu ditekankan bahawa hamster merupakan haiwan pengerat. Giginya mesti nak mengigit ( mengerat makanan ). Jadi letak kayu kat cage dia agar dia dapat mengigit-gigit nanti takut cage pula yang jadi mangsa. Sememangnya itu adalah habitat hamster.
Inilah dia vitamin hamster. Pastikan anda menyimpannya di dalam bekas kedap udara.

Hamster juga perlukan vitamin. Belilah vitamin untuk dia sama ada dalam bentuk air atau tablet. Selalunya ada kat pet shop.

Ini adalah Demok. Rindu kamu. Dia dah tak ada..pergi selamanya. Sedih! Hamster pertama yang aku bela..

Tips Memilih Hamster

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJtwvXpA9WcXsQs6nVq9lon7ziU93HqPR98jQUisn5A0R-o2tPgDLHoLU82UNVxLo-MHchIvUxXPNEBwrw7WqmZhTjciszmfPzLDFx8PX4rWewo1fAdmJ5Bbp6g9izm9iwNRwrAvZCJk0/s1600/591504_hamster.jpg

Kepada sesiapa yang teringin nak bela hamster perlu buat penilaian sebelum membeli. Takut bila dah beli jadi tak suka pula. Anda kena tahu jenis-jenis hamster sebelum memilikinya. Nanti kena tipu pula dengan tuan kedai. Kalau kat pet shop, kita tanya ok tak hamster ini.? mengigit ke tak? of course tuan kedai kata "baik, hamster ini bagus dan bla2"...lepas beli..bawa balik rumah..terus jadi tak suka sebab hamster itu liar sangat dan mengigit. Kalau nampak liar tak apa, tapi kalau dah mengigit itu yang tak tahan tu. Aku pun tak sanggup..betul tak? Di sini aku nak bagi tip sebelum membeli hamster. Ini melalui pandangan dan serba sikit research aku...

1. Pastikan hamster apa yang anda nak beli. Jenis yang kecil atau yang besar. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Kalau nak besar jenis Syiria. Kalau nak yang kecil jenis cambell, winter white, robosky dan lain2.

2. Kena pandai nak mengenal antara jantan dan betina. Info sila klik sini. Aku pernah terkena dulu. Masa tu aku pakai hentam je nak beli hamster. Aku kata nak sepasang hamster winter white tapi oarang kedai itu bagi yang jantan. Patutla tak beranak-ranak..hehehe...so kena tahu!

3. Masa nak pilih  hamster itu, anda kena la pegang-pegang hamster itu. Tengok reaksi dia. Kalau dia macam "dingin" cari la yang "mesra". Ambil masa untuk berinteraksi dengan bakal hamster anda. Tapi janganla sampai berjam2. Nanti muak pula tuan kedai. ( muak kalau tak beli )

4. Cari hamster yang aktif, jangan yang lembab. Maybe yang lembab itu sakit. Nanti mesti bosan kalau dapat hamster lembab aka sengal.

5. Lepas beli itu kena la beli cage dia. Nak tengok cage menarik? Klik sini


p/s pastikan bajet anda cukup! kelengkapan hamster memang mahal..

Sebab Hamster Makan Anak..

Banyak juga keluhan yang aku dengar dari kawan2 yang bela hamster..
Mereka kata, hamster mereka suka makan anak..First day beranak ada 5ekor, lepas tu 3 ekor then..zero!!
Ini memang sah ibunya makan anak, kalau bersama ayah dia memang cfirm ayah yang mamam..
Dari pgalaman dan research yang aku buat selama ini aku ada jugak tip yang ingin dikongsi..
Hamster aku yang first aku bela Demok..memang xmakan anak, kalau lapan ekor beranak, alhamdulilah semua sihat2, tp bila anak2 Demok beranak ( Demok dah jadi opah ), memang anak2 demok xpandai jg anak, ada yang dimakan dan dibiarkan ..( xmau bg susu )
Apa2 pun hamster mmg berbeza peragainya, mcm manusia jugak!!ada yang baik dan ada yang tidak!

Sebab- sebab hamster makan anak ialah :

1. Sebab Stress
Jgn ingat manusia je ada stress hamster pun ada..hal ni sebab hamster melahirkan anak yg ramai so..dia kepenatan, lemah dan stress ( mcm giler meroyan le jugak ) so sbb tu la anaknya jd mangsa keadaan..

2. Kekurangan protein
Hamster ini habitat hidupnya di hutan, so dia makan jgk serangga selain bijirin or tmbuh2han..Jdi anaknya tu mungkin pganti utk sumber protein yang tinggi..Kalau dia makan anak dia mmg xtinggal sisa..smua dia ngap..Pgalaman aku pulak, aku terlupa nak asingkan sekor hamster yang mgandung, maklumla masa tu ada dlm 20ekor lbh...bila aku tgk dlm cage dia hanya ada sisa darah, mgkin hamster jantan pun turut kenduri anak2 yang baru lahir tu..yang ibunya plak mcm hepi je..yeke?huhu..

3. Gangguan sekeliling
Hamster juga nak privisi dgn anak2nya, tidak mahu diganggu..So kalau anda suka ayk tengok2 dia mst rasa terancam...jadi dia pun makan la anaknya sbb takut dirinya terancam..
Seeloknya ttp cage dia dengan kain agr psekitaran gelap dan terhindar dari gangguan sekeliling..
Dia kan habitat yang suka tinggal dlm lubang..mst xsuka chaya yang kuat!

4. Dipegang
Kalau first time dapat anak hamster mst la excited, so rasa nak pegang, nak bilang dan mcm2 lagi..tp perlu diingat cara ini mgancam nyawa anak hamster sebab ibu hamster tidak dapat mgesan bau zuriatnya sebab dah ada bau tangan manusia...so jgn gatal2 tangan nak pegang n belek2..dah tumbuh bulu baru boleh pegang ya!
tinggal kenangan..anak2 hamsterku


P/s sebaiknya, semasa hamster sarat mengandung ambik koyak2kan kain yang lama, utk dia wat sarang...kalau hamster makan anknya sekor or 2ekor tu mmg lumrah sbb mgkin anak tu xkuat or lemah..

SELAMAT MENJAGA HAMSTER!!


Hanya ada Umai, Putih dan Akiko....




Dulu berpuluh2 ekor hamster aku........

Memang best bela hamster banyak2 sbb peragai dia berbeza2...



Xsemua pragai mrk sama...



Ada yg manja ada yg liar...



Ada yg mgigit,..ada yg xgigit.




Ini Akiko...Dia terpaksa di asingkan sdirian sbb suka belasah Putih dan Umai!!nakal sangat!!










Yang ni pulak Putih...








.





Umai ni anak gemuk yg mati tu...jns cambell...mata merah!!






Umai x mgigit..dia cumel sgt!!manja!!so..tu sbb dia dpt phatian lbh!!


















Beli makanan untuk si bucuk!!

Hari ni pusing2 Teluk Intan beraya kat rmh saudara mara...
so di kesempatan itu ajak ayah singgah ke PET shop!!
beli makanan utk si bucuk masam yang tinggal 3 ekor tu je...!!
3peket makanan campuran aku beli...
lebih kurang mcm ni http://i00.i.aliimg.com/photo/v0/261599134/Hamster_feed_Gourmet.jpg


pastu beli plak pasir mandi..kesian Umai, putih dan akiko yg dah lama x bergolek sakan hehehe......


Lagi 1!!....nak cari kan jodoh tuk mereka!!tapi aku terpaksa memikirkan beratus2 n bjuta2 kali!!

sebab~~

Aku xlarat nak pelihara byk2..sebab skali beranak lbh krg 8ekor!! dah la jns spesis kerap beranak dlm sebulan sekali...tup3....kalau ada 3ibu!!!!...beribu2 la aku nak malayan mreka ni!!..


tunggu ye umai, akiko n putih...nnt mama fikirkan cr menantu utk kalian!!apa2 pun mama sayang kamoo!!!

p/s~~~ pe khbr ek hamster2 aku yg aku yg kat kawan2!!.windu sama mereka!!!!!!!

Selamat Bergembira dengan Tuan yang Baru...

Sedih juga melepaskan hamster2ku pada kawan2 tapi terpaksa sebab dah banyak sangat..
KIKI dan BOBO telah diberi pada kawanku Azizul..semoga mereka happy dengan tuan baru dia..BOBO mcm merajuk je bila nak bagi pada tuan baru dia..sedih sangat tapi semoga mereka happy dan tuan baru mereka boleh take care lebih baik dari aku...

Lepas tu, JAMBUL, DONDONG, KIKO dan REZKI aku berikan pada rakanku ILyani...mereka berempat adalah hamsterku yang paling manja sekali tapi tak pe aku relakan dia bersama tuan yang baru...rindu jugak kat mereka..rasa sunyi je...sedih..

SITAM DALAM KENANGAN..


Namanya SITAM, sitam hamster aku yang paling manja, montel dan jinak..pantang je buka cage mesti nak kuar sbb dia nak kita pegang dia..badan dia gebu je..bulu lembut...tapi...hanya sebentar bersama dia..Sitam pergi buat selamanya..
Sitam sakit, aku tak tahu dia sakit pe..patutla dia xaktf dan diam je..2-3 hari gak dia sakit...dia xnak makan, bila pegang bdn dia lembik sgt..
menangis jugak aku tengak keadaan dia yang nazak..sedih sgt...
masa tu aku masih berharap agar sitam sihat seperti sediakala tapi Allah lebih sayangkan dia..
Sitam pergi buat selamanya...aku semadikan dia di belakang hostelku

rindu kat sitam..
( internet lembab mcm sipot sedut, next time aku upload gambar SITAM..insyallh kalu lapang )

HUKUM MEMBELA HAMSTER

Apakah hukum memelihara binatang peliharaan seperti hamster, tikus, arnab dan sebagainya di dalam sangkar seperti yang dijual di kedai-kedai binatang peliharaan.

jawapan:

Harus hukumnya memelihara binatang peliharaan seperti burung dan seumpamanya di dalam sangkar untuk melihat kecantikan atau mendengar kemerduan suaranya dengan syarat binatang tersebut diberi makan dan minum dan tidak dizalimi.

Di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ada riwayat tentang saudara Anas bin Malik yang digelar Abu Umair (أبو عمير) ada memelihara burung yang bernama al-Nughair (النُّغَيْرُ – seekor burung kecil). Suatu hari burung itu mati, lalu Abu Umair (masih budak) sedih dengan kematian burung kesayangannya itu. Lalu Nabi saw bergurau dengannya sambil bertanya: “Wahai Abu Umair, apa yang terjadi kepada al-Nughair.?”

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini di dalam Fath al-Bari berkata:

“Hadith ini telah dijadikan dalil atas keharusan mengurung burung (memeliharanya di dalam sangkar), kerana Nabi saw tidak mengingkari perbuatan Abu Umair.”

Al-Syeikh Abdul Azizi Abdullah bin Baz pernah ditanya dengan soalan ini:

“Apakah hukum orang yang menghimpunkan burung di dalam sangkar agar anak-anaknya bergembira/berhibur dengan burung-burung tersebut?”

Jawapan beliau: “Tidak mengapa perkara itu, jika disediakan kepada burung-burung tersebut keperluannya seperti makanan dan minuman, kerana asal dalam perkara ini adalah halal, dan tidak ada dalil yang menyatakan sebaliknya setakat pengetahuan kami.” (Fatawa Ulama’ al-Bilad al-Haram, m.s. 1793)

Para ulama al-Lujnah al-Daimah berkata:

“Menjual burung yang cantik seperti burung kakaktua atau burung yang berwarna-warni dan burung kecil (البلابل) kerana suaranya adalah harus, kerana melihat dan mendengar suaranya perkara yang harus, tidak terdapat nas syara’ yang mengharamkan menjual dan memilikinya. Bahkan terdapat dalil yang boleh difahami akan keharusan mengurungnya jika diberi kepadanya makanan dan minuman dan apa yang sepatutnya. Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada hadith Anas bin Malik, katanya:

‏ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا ، وَكَانَ لِي أَخٌ يُقَالُ لَهُ أَبُو عُمَيْرٍ ، قَالَ : أَحْسِبُهُ فَطِيمًا وَكَانَ إِذَا جَاءَ قَالَ يَا أَبَا عُمَيْرٍ مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ ؟ نُغَرٌ كَانَ يَلْعَبُ بِهِ

Maksudnya: “Nabi saw adalah seorang yang paling baik akhlaknya dan aku punyai seorang saudara yang dipanggil Abu Umair, aku mengira dia seorang budak yang sudah berhenti susuan, dan apabila Nabi saw datang, baginda akan bertanya: Wahai Abu Umair, apa yang telah dilakukan al-Nughair?” Nughar (sejenis burung kecil) yang dimain oleh Abu Umair…” al-Hafidz Ibn Hajar di dalam Syarhnya kepada Sahih al-Bukhari “Fath al-Bari” ketika menyebut beberapa faedah dari hadith ini berkata: “pada hadith ini adanya keharusan seorang budak bermain dengan burung, harus ibu-bapa meninggalkan anak kecil mereka bermain dengan apa yang diharuskan mereka bermain, harus menafkahkan sejumlah harta untuk keseronokan anak kecil dari perkara-perkara yang harus dan harus mengurung burung di dalam sangkar atau seumpamanya….” (Fatwa al-Lujnah al-Daimah, 13/38-40)

wallahu a’lam.

Mohamad Abdul Kadir Sahak

SUMBER DARIPADA : http://soaljawab.wordpress.com/2008/03/20/hukum-membela-haiwan-dalam-sangkar/

Hamsterku Melahirkan Anak!!!

Salam..
Aku nak share sikit berita gembira tentang kelahiran hamster terbaruku..
Walaupun blogku lewat update tapi aku nak share gak...huhuhu..
Hamsterku Demok selamat melahirkan baby2 dia pada 29/11/2009
Anak2nya semua berjumlah 8ekor...
wah banyakkan..keluarga bahagiala katakan..huhuhu...
Jantina hamster aku 5jantan dan 3 betina..semua comel2...
Masa aku update blog ni mereka dah berusia sebulan 2hari tau..dah makin meningkat dewasa dan comel...Ni semakin menbesar tapi belum celik mata lagi..huhuhu..dah pandai makan sendiri tau..Ada 3 ekor yang bulu macam ni ikut bapak dia yang comot tu...Yang ini la anak2 hamsterku yang comell....Ni masa umurnya beberapa hari..mybe dalam seminggu...

Ni gambar Demok masa mengandung...

Demok bersama anak2nya yang comot...

JANTINA HAMSTER

Kita mungkin tertanya2 apa jantina hamster...jantan atau betina..
kadang2 tokeh kedai ni kaki "kencing"..
so info ni mmg perlu bagi peminat hamster...
cara2 nak mengenal jantina hamster adalah...
seperti gambar berikut :
gender

Ciri ciri : hamster jantan adalah letak titik yang berjauhan

Ciri cirri : hamster betina adalah letak titik yang berdekatan


Jadi tengok hamster anda betul2 sebelum beli!!

PENJAGAAN HAMSTER HAMIL DAN SELEPAS BERANAK

Aku memang minat dengan hamster..
so aku banyak wat research tentang hamster...
Ini antara langkah penjagaan hamster hamil dan selepas beranak..


==> inilah contoh anak hamster yang baru lahir...
( gambar hiasan )

Ciri hamster hamil adalah :

1. Bentuk tubuh bulat ( gemuk semacam je ), perut bahagian belakang membuncit

2. Menjadi sangat agresif ( suka mengigit tangan tuannya ) dan sering menyerang si jantan

3. Makan dan minum lebih banyak dari biasa ( kuat sangat minum )

4. Mulai membuat sarang ( selalu mengkais2 serbuk kayu mcm nak buat sarang )

5. Puting susu membesar dan terlihat sangat jelas ( selalu la belek2 hamster anda!! )

6. Kadang ciri-ciri 1 dan 2 akan terlihat menjelang mau melahirkan


Cara merawat bayi hamster :


1.Berikan makanan yang cukup supays si ibu tidak kekurangan gizi

2. Singkirkan mainanan dalam sangkar ( roda dan sbgainya )

3. Memidahkan si jantan, lebih baik jika sebelum si bayi lahir.

4. Jangan memegang bayi hamster secara langsung dengan tangan anda.

5. Jangan terlalu sering melihat ibu hamster yang sedang menyusui babynya.

6. Jangan mengganti serbuk sebelum sang bayi berumur lebih dari 1 sampai 2 minggu

7. Berikan air minum yang secukupnya.


Cara merawat HAMSTER yang baru melahirkan anak:


1. Pisahkan hamster lain termasuk jantanya, biarkan dia sendiri bersama babynya..

2. Bersihkan semua kandang termasuk tempat makan dan minumnya.

3. Kurangi serbuk kayunya ( jangan sampai hamster tengelam )

4. Tutupkan area kandang dengan kertas atau kain agar terlindung dari cahaya, kerana hamster lebih sukakan dalam keadaan yang gelap.

5. Jangan memegang anak dan ibunya kerana jika baby hamster berbau lain ( bau manusia ) mungkin di makan oleh ibu atau dibiarkan oleh ibu.

6. Berikan gizi yang cukup :

a. Susu strawbbery jelli

b. Putih telur yang direbus dan dihancurkan

c. Tablet corella

7. Jangan selalu melihat hamster..nanti stress pulak or gila meroyan..hamster ni macam manusia jugak tau..hehehe...



Bestkan kalau dapat hamster byk n comel macam ni!!!

HAMSTERKU BERANAK!!!



Tanggal 10/11/2009 hamster aku beranak..
Pasangan Demok n Debu melahirkan anak...
Ingatkan mereka berdua betina tp xsangka sepasang..
baru sekor je anaknya..hehe.........
Tahniah pada demok..
ni serba sedikit tentang info hamster yang baru hamil...


MASA HAMIL DAN MENGAWAN HAMSTER

Syrian : usia mengawan 3-6 minggu-masa hamil 15-18 hari

Champbell : usia mengawan 1-1,5 bln-masa hamil 18-23 hari

Whinter White : usia mengawan 2-2,5 bln-masa hamil 18-25 hari ( mungkin lebih 30 hr)

Roborovski : usia mengawan 4-6 bln-masa hamil 22-30 hari.

BOBBY..HAMSTER KECILKU..GOOD BYE!!

Aku nak kenalkan dengan hamster bongsu aku beli kat Road Walk..
Aku beli dia sebab nak jodohkan dia dengan Debu dan Demok..sebab mereka berdua betina..so nak la zuriat..

Aku beli dia masa nak buat CSR kat Rapid Penang, so singgah la kat pekan tu..tengok je Bobby dah terpikat..dia cute sangat..Bobby ni jenis Robosky tp jenis warna coklat..
Harga dia RM8..dulu RM5..dah naik plak harganya..huhh!!
Yang specialnya dia tak mengigit..tak macam Debu..suka mengigit je kalau tersilap pegang..
Dalam proses nak mix..
Aku mandikan mereka dan try nak mix sama..
Hasilnya..mula2 ok..tapi Bobby macam takut je dengan mereka berdua..asyik lari2 je..
Gambar kat atas tu masa mula2 mix..mcm ok je..
Tapi si DEBU ni kuat jealezz..dia macam nak mengigit BOBBY..
Kesian BOBBY..Tapi DEmok ( yang tompok hitam putih ) ni sporting..dia xmarah kat BOBBY..dia ok je..cuma si hitam gemuk tu je jahat sangat..geram!!!
Aku dah cuba banyak kali nak satukan mereka tapi BOBBY macam tak selesa je gan mereka..
Sedih tengok BOBBY yang menjerit2..dan macam ketakutan bila satukan sama cage gan mereka..
Aku pun asingkan mereka..tak sanggup tengok BOBBY yang ketakutan..sedih..
Tapi pada hari ini, aku terpaksa jual kat kawan aku IZZAH sebab aku tak boleh nak take care kat BOBBY..sebab aku pun dah ada 4ekor hamster. Kalau tambah BOBBY dah 5ekor..
Kalau BOBBY boleh bersama dengan DEBU dan DEMOK..aku rasa aku boleh jaga mereka..
9hari je aku jaga dia..sedih tu memang sdh, sebab aku sayang sangat kat dia, dia comel, manja dan xmengigit..tp ini jalan terbaik untuk dia.
Dia akan mendapat sepenuh perhatian dengan tuan baru..berat hati nak lepaskan..setiap pandangan dan renungan dia penuh bermakna..macam sedih je nak tinggalkan aku..
Mesti aku teringat teletah dia dan yang paling sedih..tengok mata dia yang comel tu..
Semoga BOBBY happy dengan mama baru..
Maafkan mama sebab lepaskan BOBBY..
love u and miss u bobby!!!
bobby jangan sedih tau!!
nanti mama melawat bobby selalu..!!

DEBU MENGIGIT LAGI!!!

Geram dan marah sangat2 kat DEBU yang jahat lagi nakal..
Dia gigit tangan aku lagi dah masuk yang ke tiga dah...
First gigit xberdarah, tapi 2x ni berdarah tangan aku...
Ikutkan hati nak je buang dalam semak...biar padan muka makan gan binatang buas...jahat sangat2..dah orang bagi makan, badan dah jadi macam anak gajah..dia suka2 je gigit aku..jahat2...kenapa la kamu jadi anak derhaka..!!!
Hamster aku yang lain2 tu xda pun nak gigit aku..si DEBU ni je yang tak sedar dek untung..!!!!

SANGKAR HAMSTER

Wawawawa...kalau anda bela hamster mungkin anda akan teruja dengan sangkar hamster sebab macam2 rupa bentuk yang terdapat dipasaran. Yang paling best tengok hamster main dalam sangkar dia..aku nak share tentang sangkar yang cantik lagi unik..


Yang warna ungu di tengah2 ni macam sangkar hamster aku tapi aku punya warna biru laut..aku beli untuk Combo dan Combi. Harga aku beli RM12..Memang kecil tapi nak bajet..heheh..

Manakala yang warna biru dan hijau tu seakan2 sama dengan istana Debu dan Demok, cuma bahagian atas je melengkung.

Aapa2 hal korang cuci mata gan cage hamster yang comel ni..













Haa..ni la rupa rumah DEmok dan Debu..yang warna kuning tu..tapi rumah mereka warna ungu..





haa...yang cage warna pink ni adalah cage idamanku..mybe lepas aku habis belajar dan dapat kerja aku akan memilikinya..insyallah


Cage warna ungu nie pun comel dan unik...




Yang ni reka bentuk baru, aku suka jugak sebab dia luas..tp body dia banyak dari plastik..



Cage yang ni nampak klasik, sesuai untuk opah dan atuk hamster...hahahha...



Yang ini pulak alatan permainan hamster..dia memang suka main roda pusing ni..malam2 mesti riuh rendah..hahah...


Yang warna hijau, pink dan kuning tu roda pusing juga tapi dari metarial besi, tak berapa sesuai untuk hamster kerana boleh cederakan dia..nanti tersepit pulak kat situ..Yang macam botol susu ni, bekas minuman dia..amat penting sebab hamster kuat minum..



Ni plak bekas makan dia dan alatan mainan dia.....

KALAU ANDA ADA HAMSTER YANG MANA SATU JADI PILIHAN ANDA???




Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH