April hanya untuk girlfriends.

Assalammualaikum w.b.t

Dah Mei pun, baru nak update April punya cerita. Sungguh pun banyak tragedi April yang buat hati Farah dihiris sembilu tapi Farah masih ada girlfriends yang sentiasa mendengar luahan hati Farah. Selalu bagi semangat kat Farah dan nasihat..Tq my girlfriends semua.. Sekarang tak ada boyfriend dah... Siapa nak jadi boyfriend Farah?? Oh tidak sebab kalau setakat cinta cintun begitu tu buang masa je kan..kalau serius jumpa family Farah ok..nanti Farah fikir 100x tau..hehehehe..

Memang lama sangat tak jumpa budak nama Yati ni, ni best friend Farah masa form 6 dulu..lama wooo dah tak jumpa..daripada badanku gemuk sampai slim baru jumpa tapi pipi tak slim-slim lagi..acane tu??


Mak cik!! Jangan main hand phone, You date dengan I, U kena tumpu perhatian kat I tau...hehehe... mesej bf ye???


Cik Farah stay look sweet 17 kannn??


Thank dear belanja I makan, borak kemain lama sampai waiter kat Old Town nak kemas meja tau...sampai hati nak bagi hint suruh kita blah...

Lepas tu sambung pergi shopping tudung kat SBU Bangi, pergi Bangi Gateway... Best sangat date berdua bila lama sangat tak jumpa... Rindu kat kau Yati...nanti kita dating lagi tau.. Boleh pulak wishlist nak kawin tahun yang sama, pregnant sama-sama dan beranak sama tahun..adoii boleh ke situ lak ye..hehehe...Farah ni calon pun tak ada lagi ni, acane nak nikah ni yang?? Lain la you cik Yati.. Semoga dipermudahkan..


Ini pun girlfriend Farah juga, kenal sejak sekolah menengah lagi...Linda!! Lama juga tak jumpa...fikir-fikir mana tempat nak jumpa..dia ajak pergi KL Festival kat area Setapak...ni dating bertiga dengan girlfriend Master..Cik Azie


Awek-awek single, mahal untuk dimiliki tau! Muka Farah macam budak nakal je, maklumlah Cik Linda nak belanja budak tembam tu..Tq dear for lunch kat Seoul Garden...makan sampai pengsan tau!!

Makan jangan tak makan, rugi bayar mahal-mahal tapi tak makan kan...sampai kembung perut tau, lupakan hal diet seketika, makan selagi termampu...hehehe..
Jangan nak control ayu tau Azi, lupakan sedikit tentang keayuan...jom makan hehehe..lupakan orang kiri kanan sebab tak ada yang memikat hati.. :) Opps pakwe sapa kat belakang tu tersnap?? sorry brother!

Dating sampai malam tau, nasib baik Farah dah boleh drive kereta malam-malam, kalau tak menangis la jawabnya, dlu tak biasa drive malam..tapi alhamdulilah dah okey!

 (Gambar Lama, masa lunch kat Zaba)

Ini kak Mira, girlfriend masa buat Master!..lama juga tak jumpa bila masing-masing busy kerja. Serius 1 gambar pun tak ada sebab kami asyik berjalan-jalan dan sembang-sembang sampai lupa dekat hand phone nak snap gambar. Mira dah pindah Kajang tapi jenuh Farah nak cari rumah Mira...berpusing-pusing tapi akhirnya jumpa juga alhamdulilah.. Best sangat luangkan masa bersama-sama, rasa macam ta cukup je..hehehe..tq dear belanja kepsi..nyummy!

Pada 28 April 2015 adalah last day kat tempat kerja aku. So ramai-ramai officemate makan-makan kat Old Town. Sedih juga nak tinggalkan kerja tu sebab dah setengah tahun kerja kat sana, my boss memang suruh continue terus kerja tapi buat masa ini aku nak take time rehat kat rumah (nak puasa dan raya dengan mak ayah) dan cari peluang baru...kalau masih ada rezeki insyaallah aku kerja kat sana tapi hajat di hati nak cari kerja kat Perak je sebab dekat dengan family.



Sekian sahaja karangan Farah pada hari ini. Nanti jumpa lagi. Doakan Farah murah rezeki tau..aminnnn..

Tata :)


Field Work Gadek Melaka.

Assalamualaikum,

Sangat busy sampai tak sempat nak update blog kecintaan hati ini. Rindu ye nak baca aku merepek?

Ok, memang minggu kebusyan sampai tidur pun tak cukup,..berat badan pun turun 10 kg, Ok nampak sangat menipunya. Kesempatan jari menari atas keyboard ni nak share tentang field work aku 4,5,6 Mei 2012 hari tu. Selama 3 hari 2 malam ke Kg Gadek, Melaka. Kami menjalankan kajian Kesertaan digital dan masyarakat global bermaklumat luar bandar. Kami bertolak dari UKM lebih kurang 8.15 pagi dan sampai ke Gadek, Alor Gajah dalam pukul 9.30 pagi. Perjalanan tidak terlalu jauh lebih kurang sejam gitu. Sampai-sampai je, terus ke Balai Raya Kampung Gadek, beri taklimat sedikit dan edarkan borang kaji selidik pada penyelidik untuk cari responden.






Ini gambar first kami di Gadek.


Semua excited untuk field work kat Gadek. Selepas solat Jumaat semua pelajar dibahagikan mengikut kumpulan kepada keluarga angkat masing-masing. Aku dengan Mira dapar keluarga yang sama. Sangat best dapat family yang peramah dan baik. Serius! sangat sedap asam pedas mak angkat kami.


Hari ke-2 adalah majlis utama untuk perasmian penyelidikan kami dan temubual bersama fokus group. Sambil tu boleh capture gambar bersama kawan-kawan.

Selepas Majlis adalah sesi bergambar bersama jawatankuasa kampung yang sangat mesra melayan kami.

Terima kasih kerana menjayakan program kami.

Kejadian selepas perasmian

Semua pelajar yang terlibat dalam penyelidikan di Gadek.

Selepas majlis perasmian tersebut kami melawat projek pertanian di Gadek. Tanaman padi, ternakan kambing dan jagung.


Comelkan kambing tu..bekk bekkk

Jagung kat situ sangat manis!
Selepas melawat projek pertanian, kami ke Medan Info Desa Kg. Gadek pula.






Malam tu kami teruskan fokus group belia dan esok boleh enjoy sebab soal selidik semua dah settle! Ambil kesempatan ke Bandar Hilir iaitu bandar warisan dunia.



Selepas pusing-pusing bandar hilir, kami back to UKM tercinta.

Good nite! semua, nak zzzzzz...




Nak Jadi Cikgu!

http://4.bp.blogspot.com/_5pQYw7JWJU4/TBlY0f3ziDI/AAAAAAAAATU/57mVF-cgDMY/s1600/papanhitam-cikgu.jpg


Assalamualaikum..
Aku nak share sikit tentang diary aku hari ni..
Hari ini aku pergi sekolah asrama penuh yang berhampiran area tempat tinggal aku untuk apply cikgu ganti atau sandaran. Sekolah itu di bawah kerajaan negeri Perak. Memang ada desas desus yang sekolah itu memerlukan cikgu ganti tapi aku ni memang suka melambat-lambatkan masa. That mean aku tak pergi apply awal-awal. Maklumlah aku dah kerja sekarang. So hari ini pergilah. Bawa segala sijil bagai. Kalau nak pergi apply seharusnya kena pergi ke sekolah itu sendiri bukan bawah PPD.

Aku memang nak menukar kerjaya, sebelum continue study. Sebab rasa amat bosan dengan kerja aku sekarang yang kurang mencabar ni. Istilah bahasa yang lembut bukan jiwa aku.. Aku memang inginkan cabaran. Cabaran memang susah dipikul tapi puas bila kita berjaya mengalasnya. Ibarat meminum air di waktu kehausan di panas yang terik..hahaha..

Berbalik pada cerita nak apply cikgu ganti tu..memang bukan rezeki aku kot sebab dah ada yang apply terus dapat..that mean aku terlambat 2 minggu.. Tapi alhamdulilah pengetua itu terima permohonan aku dan dia kata kalau ada kosong dia akan panggil aku. Risau jugalah sebab aku bukanlah pelajar genius yang mendapat tip top result sebab sekolah itu sekolah budak pandai plus rajin.. Tapi seronok jugalah sebab pengetua tu kata result aku memang layak jadi cikgu kat situ. Waa BM A sejarah A..dan AAA...hahaha...masuk liff tekan sendiri hahaha.. Dia kata apa mata pelajaran yang nak ajar kalau ada kosong nanti.. Aku kata la BM, BI, SEJ, Science form1-3 dan banyak lagilah.. yang aku rasa aku fikir mantap je aku senaraikan untuk form 1-5..yang kureng mantap aku just listkan form 1-3 jer..

Tapi aku memang respect la pengetua kat situ sebab dia memang caring their stuff.. Dia kata kalau jadi cikgu sandaran kat situ contohnya dah setahun lebih ( yang berijazah ) akan di hantar terus untuk DPLI melalui sekolah. Dan di situ cikgu sandaran akan diserap terus dalam bidang pendidikan. Tapi kalau cikgu ganti tak..cikgu ganti cuma gantikan cikgu yang beranak, haji atau sakit ect.. Dan dah 5 orang cikgu sandaran telah di hantar untuk DPLI.. Memang bertuah badan sebab bukan senang sekarang ni nak masuk KPLI dan DPLI. Terlalu banyak persaingan..

Tapi bukan rezeki aku untuk bergelar cikgu walaupun cikgu sementara di situ. Bak kata orang, kena rebut peluang yang ada..kalau tak berputih mata lah engkau..

Aku yakin dengan Allah. Kerana Allah akan merancang lebih baik untuk aku. Mungkin aku tidak bergelar cikgu di sekolah-sekolah tapi insyaallah aku akan bergelar PENSYARAH di universiti-universiti. Kita tak perlu rasa GAGAL dalam hidup sekiranya keinginan kita tidak tercapai tapi kita perlu YAKIN bahawa apa yang dirancang oleh ALLAH itu adalah yang PALING TERBAIK untuk kita. Tapi perlu diingatkan bahawa kita PERLU BERUSAHA terlebih dahulu dan kita kena TAWAKAL kepadaNYA. Kalau kita hanya menyerahkan nasib kepada suratan takdir itu adalah SALAH kerana ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka BERUSAHA.


Jadi USAHA, DOA dan TAWAKAL...

Tunggu aku jadi Lecturer korang ye @_______@


 Ok daa..
P/s : Nak tidur..gantuk dan rasa sakit kepala pula..esok kena pergi kerja..aduhai..kenapalah aku rasa sangat BOSAN dengan kerja aku ni.. Sabar..tak baik merungut!

Dah dapat kerja!! esok boleh mula..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhogGw_gqrnNY9iUkqM6spgDfm0VSp1CcR32HV3uUzjyvinuf4tKf1f4tvW9KXkHXXpd-t0W7EQZ6lll3RZMcF3WeLdvwaa5BWbLZ5viCM0yhrOA_Ph8nh-WqkCPpdJeKR8FkhUE2-yMGOW/s1600/kerja.jpg
Assalamualaikum. Alhamdulilah dapat juga kerja walaupun hanya kerja kerani biasa. Memang susah nak dapat kerja tambah-tambah kalau tinggal dalam area pekan separa kampung macam aku ni. Kena berhijrah di kota metropolitan baru boleh dapat job. Sementara tunggu kerja tetap dan hajat untuk continue Master rasanya elok aku kerjakan. Walaupun cuma kerani di sebuah syarikat kecil tapi ia tetap kerjakan. Mula-mula ingat masuk kerja hari Isnin tapi big bossnya suruh datang esok sebab nak traning aku untuk kerja-kerja akaun dan bagai. Dia kata hari Isnin busy so esok kurang busy..jadi ON jelah. Berdebar jugalah sebab ini first job aku selepas konvo. Selama ini hanya jadi suri rumah separuh masa membantu mak je. Nampaknya masa berblogging aku terpaksa dikurangkan lah...sebab aku kerja Isnin hingga Sabtu..waktu office hour pukul 8pagi sampai 5 petang. Alhamdulilah boleh membuang tabiat buruk aku yang suka tidur lepas solat Subuh tapi paling lambat pun bangun semula pukul 8 pagi gitu.. Rumah aku dengan tempat kerja pun tak jauh. Gaji pun oklah sekadar timba pengalaman..

Sekurang-kurangnya aku adalah duit poket sendirikan..taklah asyik nak minta duit dengan mak dan ayah je.. Lepas ni kalau korang minta tutorial tu kena la sabar menunggu sebab aku bukan macam selalu asyik lepak depan lappy sebab aku dah ada tanggungjawab lain iaitu KERJA. Sekarang ni tengah fikir nak pakai baju yang mana..hahaha overkan aku? Kejap lagi kena la cari baju dan iron sebab esok kena awal..

Ok la sampai disini sahaja..nanti kita jumpa lagi insyaallah..

p/s : Walaupun graduan..jangan memilih kerja..ambil sebagai pengalaman. Sekarang ni majikan inginkan pengalaman..semoga Allah memurahkan rezeki. Amin..

Bila dapat temuduga semua orang berharap nak dapat kerja tapi aku.............

http://www.dialogdesign.dk/gfx/Interview.gif

Salam
Terajin la pula aku nak update blog ni. Sebenarnya ada banyak benda yang berlaku semalam untuk aku kongsikan di dalam blog ini. Kalau korang tak baca pun aku pun tak kisah. Saja nak menulis liku-liku hidup sebagai kenangan di hari lalu..betul kan...tak kisahla betul ke tak betul ke..jangan sewel dah la ..Aku tengah tak ada mood nak tulis tutorial sekarang ni..malas la nak main coding-coding lagi. Sebab kebanyakkan tutorial yang aku tulis aku renovate sikit-sikit dari tutorial asal..Lepas itu kodek-kodek sikit. Jadi kena buat eksperimen kat blog testing aku dulu..nanti tak boleh jadi..kan naya..ok aku akan cuba penuhi permintaan reader..thank sebab add FB aku..:) dan mesej anda akan dibalas.. ( macam banyak la sangat )

Berbalik pada cerita dan tajuk entry ini.tak payah mengarut lebih-lebih nanti terlanjur..opps terlanjur kah?
Semalam aku dipanggil temuduga juga. Dia kata pukul 5pm dia buat temuduga. Tempatnya pun kurang 10 minit naik kereta dari rumah aku..ok macam ini al kisahnya.Aku tau pun al kisah pasal temuduga itu pun lepas balik dari CC..ala lepas jadi pendengar pasal nombor ekor tu..Manager yang itu kata kalau betul-betul nak job ini je boleh la datang di interview..Aku ni pun rasa macam nak tapi tak nak! ( sungguh tak ada pendirian ).. Aku tanya mak aku..mak aku pula kata up to aku la..ok aku bersedia..aku pun sediakanlah dokumen apa yang patut seperti apa yang dikatakan oleh manager itu tadi tapi salinan ijazah je tak ada yang difotokopi..tapi itu bisa diurus..sebab aku datang awal 4.30 pm..fotocopi la apa yang tak cukup..
Kurang 15 minit sebelum pukul 5 pm aku pun dengan gaya skema masuk la tempat nak di interview tu. Tempat ini sebenarnya Pasaraya tapi tak payah la aku bagitahu apa jenis pasarayanya..nanti aku masuk ISA pula,,:). Aku mohon jawatan Pengurus sebab dia kata nak pengurus yang ada ijazah dan tak perlukan pengalaman..ala macam fresh graduate boleh apply la..Aku tanya la kat staff kat situ boleh jumpa Pn. X (samaran ) tak?..dia boleh kata tak kenal..aikk pengurus pun dia tak kenal..lepas itu aku kata " saya nak jumpa manager kat sini "..then dia tunjukkan aku pengurus dia tu...ok fine.

Aku tengok dia tengah bergayut..aku pun malas nak ganggu..mana tahu tengah penting..aku tawaf la kat pasaraya tu..cuci-cuci mata tengok barang-barang kat situ..walaupun tak ada hati nak beli tapi saja berlakon. Sebab aku macam patung pula asyik berdiri kat situ. Orang asyik pandang-pandang aku je..so buat-buat la macam pelanggan juga..aku pusing lagi kat situ..pengurus tu masih lagi bergayut..ok sabar je walaupun rasa nak balik je..aku pun jalan-jalan lagi..masih lagi setia menunggu..maklumlah kalau nak minta kerja kena sedar diri sikit tak boleh emo..aku ni kan jahat sikit,,aku saja jalan-jalan tepi kaunter saja nak tahu Pn Manager tengah sembang dengan siapa sebab dah setengah jam aku tunggu..rupa-rupanya cik kakak ni tengah gosip-gosip dengan kawan dia..meriah gitu bergosip..bagus-bagus..Aku pun tawaf lagi..apa punya tawaf la..kalau tawaf kat Kaabah dapat pahala..ni tawaf dalam ini..bikin angin je..tapi aku masih sabar sebab akukan penyabar :)

Dari jauh aku nampak dia dah habis cakap kat HP dia..cepat-cepat aku datang kat dia..mana tahu nanti sambung cakap dengan marka pula..merekah aku tunggu pula. Aku datang kat dia. Aku kata aku yang nak di interview tadi..dia ajak la masuk dalam office dia..

Dalam Office, dia suruh aku isi borang bagai then HP dia berbunyi lagi...dia cakap dengan kawan dia, maybe manager juga..pasal ada budak lepas traning nak quit sebab tak nak kerja tu..dia macam marah gila..siap kata nak sepak terajang je budak tu..tak puas hati sebab budak tu berhenti sebab posting jauh then dia offer cawangan dekat pun budak tu tak nak juga..senang kata budak itu tak nak kerja dekat situ!..gaya macam nak bagi hint kat aku je cara cakap tu...aku pun buat tak dengar dan khusyuk isi borang..
Dia tengok la semua resume dan salinan sijil-sijil aku. Dia minta IC original aku..nak tengok betul ke tak yang difotocopy tu..wei salinan IC aku tu dah ada cop mohor la..adakah aku macam orang Indon? ohhh tidak!

Dia suruh aku perkenalkan diri tapi suara slow sangat..walaupun aku tak pekak tapi masih kurang jelas ditelinggaku..aku kata "haaa?" dia boleh jawab dengan sinisnya " awak tak pernah interview ke?" aku jawab "pernah" sakit hati tau..muka macam mengejek aku je.." haa kalau macam itu perkenalkan diri macam interview la"..oh..aku pun perkenalkan diri aku..dan bagitahu apa yang patut..
Aku rasa macam dia nak mengejek aku je..dia tanya aku jawab la..tapi kenapa..ada last ayat selepas aku jawab pertanyaan ko..ko kata "ye ke?" muka pula macam kerek giler..

Aku tak kisah semua tu..sebab semua itu baru cabaran pertama untuk melangkah di alam pekerjaan..Tapi aku AMBIL KISAH pasal gaji...yang amat murah dan mengcekik kepala hotak..dia kata kalau aku kerja aku boleh jadi Penolong Pengurus dulu..lepas itu baru boleh naik Pengurus kalau bagus. Ok fine..boleh terima sebab aku fresh graduate..tapi korang boleh terima ke gaji RM700 sebulan je ( + alaun RM1200 sebulan ) ..kerja dalam 13-14jam sehari? boleh?? kalau boleh baguslah..aku je kot tak bagus..tapi serius aku cakap aku TAK MAMPU nak buat kerja itu..bayangkan kerja dari pukul 9.45 pagi sampai 11 malam..pukul 11 pm tu pun paling awal..sebab kena kira akaun bagai selepas staff balik..cuti pulak kena bergilir dengan manager..seminggu sekali..kalau aku kerja kat cawangan itu juga boleh tahan lagi tapi manager itu kata mungkin akan diposting negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Johor dan seluruh negeri yang ada cawangan pasaraya tu..Kalau part time ok lagi tapi ini SEPENUH MASA..dah la kena pos-pos pula..

Macam tak ada life je aku rasa kalau kerja macam tu..100% untuk kerja..
Memang tak sesuai dengan gaji ijazah kalau macam tu..aku bukan sombong dan berlagak tapi kalau kita bersusah payah study dan dapatkan ijazah tapi kerja macam tu..memang tak berbaloi..adik saudara aku kerja katering pun dapat rm700 sebulan..ni kan pula kerja tu...patutlah ada budak lepas traning lari terus,..aku pun maybe akan buat macam budak tu kot.. Manager tu kata..siapa yang nak kerja kat sini kena serius dalam membantu usahawan Melayu sebab pasaraya tu 100% kepunyaan Melayu Islam..hei macam mana nak bantu mereka kalau mereka pun tak bantu kita? kerja setengah mati tapi gaji cekek darah..lepas tu nak kelulusan tinggi pula kerja kat situ!Mereka kaya raya tapi kita?memang tak relavan langsung kerja dan gaji macam tu..lebih baik kerja kilang..

DIa kata dia akan contact dalam masa terdekat ini..aku harap tak dapat la..sebab AKU TAK NAK!!
Masa balik tu aku bagitahu ayah dan mak aku..mereka pun tak setuju....

Mungkin ini sebab kenapa siswazah menganggur..
Orang cakap jangan memilih kerja tapi kalau macam ini, macam mana?
Mungkin orang yang cakap tu tak kena batang hidung dia kalau kena macam mana?
Aku rasa aku masih boleh lagi kerja kat situ kalau waktu kerja office hour tapi lebih dari 13jam aku tak larat.....Setakat ini biarlah aku tanam anggur dulu..nanti dah masak aku jual.

Semoga aku dapat kerja yang sesuai dengan aku..amin..

p/s : Tengah fikir..apakah alasan untuk tolak kerja itu..

Awak boleh kerja di sini tapi kena BUKA...

Hello!! Awak boleh kerja di sini tapi kena buka tudung ye? Kami nak yang free hair sahaja..

Kenapa tak suruh buka seluar dalam je kalau nak kerja kat situ ?! huhuhu..

Kerja Oh Kerja

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3XNoQVyKjeC5B7r2gh6c60_NMmOX6eRMUvbX2HJjfqjlyCkPBuPf7zmiqfWXbJ3ZmAjESnhhb_9Di1XIQtNkANP1j46Ntm3IFk8EUqe2FLPf96UdD1dVSk6aSc_V90a_oBwQAcCRe4qkm/s1600/bursa-kerja1.jpg 
Salam..selamat malam..hari ini nak tulis entry sedih ini..
Memang tengah sedih sebab I belum dapat kerja lagi..nak sangat bekerja dan pegang duit macam orang lain tapi rezeki belum ada.
Lepas konvo bulan 8 hari itu sampai sekarang I duduk rumah je..bosan pun ada!!
I bukan goyang kaki dan tunggu kerja datang cari I je..I dah hantar resume dan apply apa yang patut tapi tetap masih belum ada jawapan..
KPLI hari itu i tak dapat panggilan temuduga..Ujian PTD pula i tak pergi sebab sama masa dan tarikh dengan KPLI..tapi I tak menyesal sebab i memang awal-awal pilih untuk ujian KPLI..tapi bukan rezeki I.
Banyak juga jawatan yang I dah apply tapi setakat ini belum ada rezeki..susahnya nak kerja kerajaan sekarang..apa ye I perlu buat? hhmm tak pe la.I serah semua itu pada Tuhan je..dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..I percaya pada rezeki..kalau ada insyaallah akan dipermudahkan untuk kita..
Dah berusaha kita kena tawakal dan berdoa..I harap-harap sangat tahun 2011 ini rezeki I murah.. Banyak yang I perlu settle..hutang PTPTN lagi..pada yang dah dapat job itu diharap selesaikan tanggungjawab anda membayar hutang ye..:)
Kalau nak ikutkan memilih kerja itu..i tak la memilih sangat tapi kalau jiwa kita tak sesuai dengan kerja itu tak boleh juga..contoh I tak suka buat SALE..jangan tanya kenapa..sebab I tak SUKA dan TAK MINAT..contohnya kalau kerja kat syarikat insuran..
Pada I kalau I tak minat, I rasa kita tak boleh paksa diri sebab kemungkinan besar kerja itu "hancur" dan produktiviti down..
Pengalaman? it very important sebab kebanyakan company nak cari pekerja yang ada pengalaman..
Bahasa ke-3 ? Itu I memang paling lemah sebab kebanyakan syarikat Non-bumiputera nak bahasa ke-3 seperti bahasa Mandarin..kalau tak bercaya tengok kat Job street..mesti syarat kebanyakan private company nak bahasa Mandarin dan chinese sahaja :(
Sambung Master? Memang la masa habis final exam rasa nak sambung Master tapi kena ada aura! Sekarang ini aura i tak cukup kuat lagi..minat ada tapi semangat nak  kerja lagi up..I tak nak sambung Master just kerana nak ikut kawan atau desakan family..walaupun mama I orang yang bersungguh-sungguh suruh I sambung Master..
Pada I kalau I nak sambung Master..I kena betul-betul serius sebab Master tak sama dengan Degree..kos belajar pun mahal dan tumpuan kena berganda-ganda dari ambil Degree.. tapi i love student life hehehe..

Tapi walau apa-apa pun I hope I dapat buat yang terbaik dalam hidup I..I nak family I happy dalam apa sahaja tindak tanduk I..I sayang mereka!
Dah la I tak tahu nak luah apa lagi..tata :(

Awak nak simpan kerja ini untuk siapa?

http://blogs.setonhill.edu/CareerDevelopment/interview_cartoon.jpg


Salam..
Mesti rasa happy bila di panggil temuduga oleh SPA Malaysia untuk jawatan pagawai kan..
Sebab dah 50%-50% akan get this jawatan..
Tapi semua itu bergantung pada rezeki juga..
Perkara ini berlaku pada my friend..
Dia dipanggil untuk temuduga sebagai Pegawai Teknologi Maklumat..
pointer dah cantik,,english pun very well..
pengalaman kerja pun dah ada..
orang kata menepati kehendak pasaran la juga..

Tapi?
Bila masuk sahaja bilik interview..
penemuduga itu just suggest untuk dia kerja swasta sahaja..
ada ke dia cakap,..
awak tak perlu kerja kerajaan, gaji sikit then lambat naik pangkat dan bla bla bla..
dari awal sampai habis temuduga hanya menekankan untuk kawan i itu kerja swasta sahaja!!
bukannya nak tanya yang sepatutnya..

or dah memang ada calon dah?
calonnya dah memang terdiri dari anak-beranak engkau atau kenalan engkau?
atau jawatan ini memang dah simpan untuk someone awal-awal lagi?

Memang la kawan aku kerja swasta sekarang..
sebab dia nak kerja kerajaan la dia minta SPA, kalau tak tak payah jenguk muka engkau la!

bengangkan?
kalau dah macam itu tak payah panggil dan buat temuduga kalau dah masuk temuduga dah "di halau" secara halus!!

macam mana la nak tingkat prestasi kalau calon "pilihan" pun tak ada kualiti!

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH