Abang Lenovo Masuk Hospital.

Assalamualaikum.

Kesian, sungguh kesian kat pakwe baru kita sebab eksiden pastu kena masuk wad sebab mengalami kecederaan. Sebenarnya laptop baru aku si Lenovo ada masalah. Terhempas semasa pergi mendaftar di UKM semalam. Tapi alhamdulilah boleh on dan ok macam biasa cuma bahagian tepi dia macam retak sikit dan seolah-olah leper sikit.

Kalau nak guna it ok cuma keadaan fizikal my lappy aku tu yang membuatkan rasa tak best je. So tadi pergi kedai Lenovo dan minta orang tu repair. Contohnya, kalau korang beli kereta baru, tiba-tiba kereta korang tercalar sebab langgar pasu..mesti rasa macam "bengkak" je tengok dan of coursela rasa nak repair agar dia cun seperti dulukan. So inilah yang aku rasa sekarang. hahaha..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTYuXjvwxd-cPDpBovR-AbqQvLZERpmw3_zoyUuc0e_jSCkRt3jUu1N-BCDcQtsBQKNec5pO_Tt4D1lAG_PwgcUX15PvEJuZJ_YJMw6_qJMY9TbiDemVh4zy6rbLNYK5ZJ_UiUaBhEATQ/s400/fara1385.jpg


Nasib baik ada guarenti lagi, staff kat situ kata dia akan tolong untuk dapatkan guarentee tu sebab kes aku nih bukan kerosakan teknikal tapi kerosakan "terhempas" yang disebabkan kecuaian sendiri. Nasib baiklah body je ada masalah, dah la baru pakai dalam 2 bulan lebih jerr..ohh sadissnya.

Terpaksa bawa abang Acer ke UKM buat sementara waktu, sebab my Lenovo kena hantar ke kilangnya semula untuk tukar body. Harap dapatlah tukar body dia. Kalau dia kata kena bayar pun tak kisah asalkan dia macam dulu. Tapi hope sangat-sangat dapat guarenti tu...amin..

Mungkin dalam 2-3 minggu tempoh repair semula sebab kena hantar kilang bagai. Sedih :(

Tapi aku bersyukur sebab Acer aku still OK dan boleh berfungsi untuk buat kerja bagai cuma DVD-ram je tak boleh guna. Tapi itu small matter.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4DhXfMwwTfKSMiJezvqKs3uogrZWcY9b25R8cZ_qynGCwKIeql4NPHO2Z-0q458Y4Rku1l6QY3xL5AdLD7QGwKh-uy7x2dsn4ueQX632H2XxXViSODtxwYdp6h_ACWBBwOv4xuml_SWw/s400/fara1386.jpg

Hope my Acer ni tak buat hal la yerr.. Please la my Acer berbakti untuk tuanmu yang amat memerlukanmu.


Inilah my Acer yang hampir 4 tahun berkhidmat dengan aku.

Ok baii.. Mailah tolong aku packing barang. Penat wohh..rasa macam nak bawa lori ke UKM angkut barang hahaha..

p/s : Sorry tutorial tak ada masa nak tulis yerr..

My Face Desktops

Muka depan desktop aku yang mengamankan..

Rasa duduk kat tepi tasik jerr
Yang pasti aku suka window 7 yang cun melecun tu..

My Pink Laptop

Assalamualaikum dan selamat hari Rabu yang bahagia.
Mood sangat baik dan happy kerana dapat my dream laptops.
Macam ala-ala dreams come true..yess memang true pun dan akhirnya aku memilih jenama Lenovo selepas membuat beberapa tinjauan dan server. Akhirnya aku memilih Lenova Idea Pad Z470 sebagai pakwe baru..cheewahh..dan lagi best sebab warnanya Pink..really pinky! Thank banyak-banyak for my lovely mama dan papa.. Sayang dunia akhirat dari anakanda.

Saya dimiliki oleh cik farah pada 13/7/2011


Memang first time tengok pun dah jatuh cinta dekat design dan fungsi dia..Harap berbaloi-baloi memiliki dikau wahai lappy!

My fov colour!

Memang pink aku pilih. Dia ada tiga colour pink, black and blue. So i'm girly, i choose pink..

comelkan untuk jiwa si gadis macam aku.

Saiz lebih kurang macam laptop lama aku yang si Acer tu.. walaupun ada teman baru acer tetap aku gunakan jugak..i love both!

free Gifts


Banyak jugak free gift aku dapat antaranya, beg laptops, usb hub, lock key notebook, protector keyboard, cooling pad, mouse, lcd cleaning, headset dan mouse pad. Memang best sebab tak perlu beli benda itu semua.. all is free!
Salah satu sebab kenapa aku pilih lenovo Z470 ialah :



Keyboard nya yang ideal..macam mac book pro hahaha..

Sebab-sebab yang buat aku lagi jatuh cinta untuk memiliki lappy ni adalah :

1. Processor1 Intel® Core™ i5 Processor i5-2410M
(2.3GHz up to 2.9 GHz/ 1333 MHz/ 3MB L3 Cache)
2. Operating system Genuine Windows® 7 Home Premium
3. Memory8 4GB DDR3
4. Hard drive4 640GB SATA


dan banyak lagi la..nak more infomation sila ke Lenovo


inilah lappy aku!

Image from lenova website..

p/s : Sayang pula nak guna sebab baru hehehe.. buat hiasan je la bulehh? ( hurm kalau macam tu lebih baik tak payah beli.)

nota tangan pula: Rasa sangat selesa menaip guna lappy ni..lancar dan cool je.

Hope Jadi!

Aku : Ayah! orang kedai spex mata dah call..dah boleh ambil spex orang esok.
Ayah : Haa baguslah..
Aku : Esok boleh beli laptop baru sekali ye?
Ayah : Yela..esok kita pergilah beli..
Aku : Senyum panjang
@________________________________________@

Senyum lebar lagi..tadi tanya lagi..

Aku : Ayah, esok jadi ke kita beli laptop baru?
Ayah : Yela..esok la..

senyum lagiii!!

@________________________________________________@


Hope jadikk!!



Adakah lappy ini?? @___________________________@



pe-pe hal nak warna pink! kalau not choice warna hitam je..brand..see dulu la..dalam otak Lenovo atau Toshiba!

Dilema

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEid6B7-3yzpCr3_X33yaCdsSqtL3RG-k2ZsIwSL37vUb3Sgoey9vtnMBWjGtN2a-x3w4Y3O0xSkMsMcgWUrsuf2hEw4BjarHNX56g69t3qg5q1nZtdQAzNzdV4fStHwmMJQ8iNnoi05llrN/s400/serba+salah.gif
Not me!



Assalamualaikum semua..
Alhamdulilah lappy comot ini sudah ok sepeti biasa..
Sebenarnya aku dalam delima nak buat pilihan ni..
Tak tahu sama ada nak pilih anak raja atau jutawan..
Kalau anak raja..dia just anak jer kan..belum tentu jadi raja aka pemerintah seperti ayahnya..kalau jutawan of courselah jutawan sebab dia yang jutawan bukan ayahnya atau keluarganya hahaha..tipu jelah..gurauan hari Rabu yang berbahagia ini.
Okeh macam gini aku ngah pening-pening lalat nak buat pilihan laptop ini..
Ramai cakap lenovo better than yang lain..dan tanya kawan dell pun not bad dan tahan lasak..
Kalau boleh nak yang terbaik.. Macbook tu macam tak berbaloi sebab yang hampir 4k pun spesifikasi dia tak berapa mantap.. Kalau beli jenama lain yang bajet 4k ofcourse la dapat yang meletopskan.. Kalau ada yang nak hadiahkan mac book pro sebijik dipersilakan hahahaha..


p/s : kadang-kadang apa yang kita beli ikut nasib jugakan..contoh macam kereta..nasib lu buruk memang la asyik rosak je kennn..tapi aku ni kira lucky jugaklah dah 4 tahun pakai baru rosak tu pun cekit2  ok bai!!

Ok ke Lenovo Z370 and Z470

Assalamualaikum..
Hari itu ada tengok laptop dan tertarik dengan jenama Lenovo..
Harga dalam 2.5k gitu..its ok la kan...
Hard drive dalam 640gb dan memory 4gb.. memang berbaloi2..
Intel® Core™ i5 Processor i5-2410M
(2.3GHz up to 2.9 GHz/ 1333 MHz/ 3MB L3 Cache)
Saiz 13.3 jer.. 
Warna ada pink!

http://www.lenovo.com/shop/americas/content/img_lib/products/splitter/notebooks/IdeaPad/Z-Series/gallery/Z370-1L.jpg 


 tengah membuat pilihan bijaksana!

Lappy Merajuk

Assalamualaikum..
Kesian kat lappy aku eh kat aku la..sebab my lovely lappy dah merajuk..
Ni mesti sebab tau aku nak cari penganti dia..tu pasal merajuk buat hal..
Ini pun online kat cc..almaklumlah sehari tak log in blogger rasa tak best je..
Tak kira nak beli jugak lappy baru!!!


Tapi tengak server jenama yang best!
Yang nak buat tempahan sila beratur ye hehehe..
Ok daaa...

Nak beli yang ini!

p/s : dah hantar kat kedai baiki lappy comot itu..hope oklah..dah la banyak file penting dalam tu :(

Berbaloi Ke Guna Mac Book?



Assalamualikum.. 
Ce korang tengok Mac book aka Apple kat atas tu? Aku sangat teruja dengan benda alah ni..terutama sekali PINK colour.
Sebenarnya macam ni, tadi pergi jalan-jalan dengan mak dan ayah. Mak nak pergi bank, aku dan ayah pusing-pusing cari parking. Lepas itu aku kata kat ayah "eh ada kedai laptop baru"..then ayah kata jom kita pergi tengok sebab nak belikan laptop sebijik kat adik saudara aku. Then server segala apa yang ada kat kedai tu..aku cadangkan ayah aku beli lenovo notebook.. Aku yang pilihkan..hahaha.. Aku pilih paling berpatutan tapi kalau untuk aku of course la paling meletops aku pilikan ( keji betul kahkahkah) Ah lantaklah, duit bapak aku bukan bapak kau kenn..
Akhirnya aku pilihkan notebook lenovo warna biru, cantik juga ada design gitu. Lepas itu bagitahu ayah..ok ke kalau aku nak beli sebijik lagi sebab acer aku ni dah semput maklumlah hampir 4 tahun berbakti kepada tuan yang terlalu aktif menggunakannya. Tapi aku tak minta sekaranglah..aku bagitahu maybe masa nak continue study! Ayah bagi green light! excited sangat hoii!.. Ayah aku tanya nak jenama apa?? cepat-cepat bagitahu nak APPLE @ macbook!.. Ayah say yes! bajet dalam 5k. Tengok katalog wauu waauu aku nak pink!!


Tapi tadi masa aku cari mencari about mac book..terbacalah yang mac book memang superbbb tapi benda ini kena fikir dulu eh, jangan main ikut nafsu je nanti hancurz:

1. Ada some software kena beli yang original version. Non- cetak and rompak atau lanun-lanun hacker. Engkau ingat murah ke harga software tu?? 500-600 hengget tau untuk satu software. Lebih baik aku guna untuk shopping!
2. Tak semua software biasa yang digunakan di microsoft sesuai dengan macbook. Kena cari version macbook punya. Satu keja pulak aku kena mencarinya dah mahal sampai ratusan hengget.
3. Susah nak cari kedai yang pakar dalam mac book ni kena pergi store dan servis dia yang benar-benar macbook punya. Contohnya, repair, format..kang aku hantar kedai yang tak bertauliah..jahanam macbook aku kang!
4. Mahal? bukan aku yang bayar tapi aku ada belas ehsan..lebih duit tu boleh beli benda lainkan.
5. Kos lain yang mahal..
6. Macbook ni macam pakai mecedec benz..brand lain apa? proton? produa?  hahaha faham-faham je la..

Aku ni pula jenis suka design dan suka sumbat software. Nanti payah plus susah lak.
Apa-apa pun aku tengah skodeng laptop yang bagus.. Tapi tak mau la ambil mac book. Maybe sony, lenovo, dell or tashiba but not acer!

Korang apa lagi..bagilah pendapat..

P/s : Ikut hati nak macbook je sebab ada dah ada green light tapi kena jadi pengguna bijak kann..

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH