Alhamdulilah Selesai Tesis Sarjana di UKM.

Assalamulaikum semua,

Lama tak cerita hal belajar kat UKM ni ye.

Alhamdulilah 7/2/2013 aku berjaya hantar tesis Sarjana aku dengan jayanya. Berakhirnya pahit manis seorang pelajar masters di UKM. Kawan-kawan yang masih berperang dengan tesis tu aku doakan korang berjaya menyiapkan tesis dengan cemerlang.


Kalau nak cerita pengalaman tu, memang banyak mengajar aku tentang kehidupan dan paling best dapat banyak ilmu baru semasa proses buat tesis.

Pada 22 Januari 2014 adalah tarikh keramat iaitu tarikh aku VIVA master. Memang kecut perut juga nak tunggu tarikh tu...hampir 1 jam setengah kena viva so memang wahhhh (sendiri rasa baru tahu perasaan tu)..lepas tu aku kena summit pembetulan sebelum 29 Jan 2014, dan full Jilid pada 7 Feb 2014 (kena hantar kedai 4 Feb untuk tempahan jilid). Jarak masa tu memang singkat, masa tu aku dah tak macam kehidupan normal...tak tidur mengadap tesis..makan pun megi je sebab malas nak pergi cafe (konon nak save time untuk betulkan tesis)...minum kopiko dan nescafe memang dah jadi tabiat aku sebab tak nak tidur..mata macam panda tau.. Memang sangat tekanan tapi aku kena sangat motivasikan diri time tu sebab nak kejar date..huargggg!!


Memang sangat2 mencabar untuk edarkan 384 borang soal selidik pada responden..2 bulan take time buat benda ni.

Lepas tu aku cuba untuk memotivasikan masukkan dalam SPSS semua benda ni, cuba untuk memotivasikan diri untuk terus key in data semua ni..menangis rasanya, nasib baik turun field work beberapa kali so bila dah dapat je borang soal selidik yang dah siap di isi terus key in dalam SPSS..naik juling bijik mata tau huhuhu..



Memang badan agak menyusut time tu sebab makan yang segera macam bubur ni..makan pun tak ikut time..dan pasti kopiko teman sepanjang masa sebab mata ni kena tahannnn..


Masa aku sibuk buat tesis memang aku tak berapa nak ada kunjungan tetamu sebab bilik macam tongkang pecah (aku memang banyak senyap dari kawan2 sebab aku bilik single huahauahau)..segala buku aku keluarkan untuk rujukan..tak adanya nak kemas bagai..sebab takut mood aku hilang..aku kalau tengah kusyuk buat kerja jangan kasi mood lari nanti aku pun lari dari tesis aku ni...


Laptop dan printer time ni memang sangat berjasa. Cik pinky lappy aku ni langsung tak off..kesian giler kat dia..cuma aku "sleep" kan dia je bila aku pun sleep hahaha...




Lepas final draff SV aku suh hantar untuk di viva pulak..memang kecuttt perut.


Masa ni aku kena print 4 salinan draf for viva...bayangkan tesis aku masa tu dalam 210x4= 840 pages kena print so nasib baik ada cik canon terus printkan memang super jimat..tak la kopak duit aku nak print..sebelum2 ni pun masa nak tunjuk draf pd SV guna cik canon..memang super jimat buat ink luar...



Muka happylah konon nak summit tesis for viva tapi!! masih risau juga sebab  nanti tak pasal2 kena "tembak" dan "bomm" atom sekali dengan soal jawab viva hahaha..



Sempat lagi kauuu capture gambar dalam bilik VIVA, ni masa sebelum kejadian VIVA..SV, pembaca dan pengerusi belum datang so bilik mesyuarat ini gue yang punya hahaha..

Masa viva tu memang jenuh berdas-das kena tanya..walaupun rasa macam nak pengsan tapi alhamdulilah boleh jawab..memang cuakkk gilerr..rasanya normal masa viva kalau kena das-das peluru berpandu (soalan2)..itu baru sikit kalau buat PHD or jadi pensyarah yang kena bentang kertas kerja lagilah tekanan..kann, so pengalaman ini sangat bernilai pada aku sebagai seorang pelajar sarjana di UKM..hidup kalau tak ada cabaran ibarat main games hack unlimited coin lah kan hahaha...



Alhamdulilah, tesis aku berjaya dijilid dan di hantar pada 7 Feb 2014 lepas, status sekarang Konvokesyen / Tamat Pengajian. Tunggu konvo bulan 9 ni je..insyaallah.

Sekarang ni aku tengah fikir nak cari kerja yang sesuai dengan jiwa ragaku..aku terpaksa tolak 2-3 job sebab alasan2 tertentu..bukan memilih tapi memang kena pilih..(orang yang berada di situasi aku je yang faham kan) nanti next entry aku cerita kenapa kerja perlu memilih...

Sambung PHD?? aku tak fikir lagi nak terus sambung sebab aku nak kerja kerja kerja..lagi penting kerja hoiii banyak dah duit melabur nak juga merasakan mak dan ayah duit gaji aku ni hoiii..

Sekarang ni aku rehat dulu kat kampung, masuk bulan 4 barulah kita mula bekerja ye..hehehe..

Aku ucapkan banyak2 terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang memberi tunjuk ajar pada aku..

Terima kasih tak terhingga kepada ayahanda dan bonda tercinta sebab beri sokongan tak henti-henti, mendoakan aku, beri bantuan kewangan (buat master ni memang banyak kena pakai duit bukan macam degree tau) dan memahami aku.

Sahabat dan kawan-kawan juga tak lupa, banyak jasa korang tolong aku nak siapkan tesis ni..sayang korang semua semoga dapat kerja best-best, cepat jodoh dan murah rezeki.

 Hanya Allah sahaja dapat balas jasa kalian.

 Dah macam penghargaan dalam tesis pulak kan hehehe.. Ok, korang good luck kepada rakan seperjuangan Master Sains Pembangunan dan kawan-kawan yang lain. Kuatkan semangat!
Bye!

 p/s: sorry lambat update sebab cik blog selalu kena tinggal.


Dah lama tak pokpet pokpet dalam blog sendiri.

Assalamualaikum..

Rindu kat blog busuk ni. Nak update macam orang lain juga. Rinduuuuu tapi sebab busy dan malas nak luang masa extra for my blog so macam itulah jawapannya ler...

Sekarang ni aku tengah busy dengan tesis..alhamdulilah beberapa kali turun field work..semua data dah collect dan masuk dalam SPSS..sekarang dalam proses analisis..banyak benda kena study about SPSS..jenis analisis kalau ikutkan kena buat 3 jenis..aduhai sempat ke???..rasa nak pengsannn :(

Berat badan pun dah turun..
Diet tu memangg diet tapi stress tu yang lagi penguatnya..

Ini gambar masa awal pengajian Masterku.

Masa tu pipi kembong macam ikan buntal..
Lagi kembong asyik makan je kejanya hahaha..


Tapi sekarang kg kg sudah berkurangan dan masih 6kg perlu di buang..ikutkan nak buang lagi 10kg tapi nanti tak ideal pula dengan ketinggian dan rangka badan..



Nak kata kurus tu tak lah masih demokkk lagi..masih nak turunkan ni.. Kalaulah lelemak ku boleh di bluetooth kan senang atau tranfer masa money online hahaha..pasti free je aku bagi korang..



Sebenarnya aku stress mengadap benda alah ni..384 responden..yang dapat collect tu dalam 300 something..tengok satu-satu, masukkan data satu-satu..mengadap satu-satu..rasa mata ni berpinar-pinar dan sindrommm hyper tensi macam nak datang je..



Sengaja di kaburkan..letih wehh..rasa nak muntohhh menhadap benda ni.. Doakan aku berjaya ye dan aku boleh viva semester ni dan dapat pointer tinggi untuk my thesis ni.. Risauu weii masa itu emas..



Gambar terbaru..fresh dari ladang untuk reader cik nurfarah..lip lap lip lap lagi tu... I sayang my reader yang hari-hari sudi melawat blog yang tak seberapa ni..



I nak kurus macam gini..baru sepadan dengan orang kat sebelah tu..siapa lelaki tu??? aku pun tak kenal sebab aku just main aplikasi ni dalam handphone..main hentamm tapi cun kan I..

hahaha..sila gelak sambil tutup mulut..

Ok bye! :)





Hope dipermudahkan.

Dalam proses utk field work. Harap dipermudahkan ye..lepas ni bersengkang mata update data, analisis dan siapkan bab by bab..
Ini baru sebahagian hahaha..banyak lagi la woiii..meh tolong aku ye..sekarang ni nak aktif blog semula sbb reader dah bising kita ni pemalassss nak update.
Aku update short2 je la entry asalkan be updated kannn...

Cerita hari ini.

Assalammualaikum semua dan selamat hari Isnin.

Seronok baca blog orang yang suka update hari-harikan. makan-makan, minum minum, jalan-jalan..hehe.
Bila keluar makan tempat best-best dan nak snap gambar ada orang tu cakap "isk tak payah la ambil gambar, nak makan pun nak ambil gambar ke..malu orang tengok"..ok lepas tu terus simpan handphone dalam beg dan hanya tumpukan pada makanan je. Lepas tu keluarkan handphone nak check emel dan FB..ada lagi teguran "eii dia ni asyik dengan handphone je 24 jam"..ok simpan dalam bag..kalau macam gitu macam mana lah aku nak update review makan-makan best-best asyik suruh simpan handphone je..

Minggu lepas aku balik kampung. Rindu sangat kat mak dan ayah serta kucing-kucing comot tu hehe..Bawak beg punyalah berat segala isi buku bawa kononnya nak settlekan bab-bab dalam tesis tu tapi buat sikit je kerja kat kampung. Selebihnya tidak.ALhamdulilah tadi dah summit untuk beberapa perkara yang perlu dibaiki.

Pagi tadi memang bangun sebelum subuh sebab perut memulas gila..asyik ke tandas je kejanya sampailah subuh. Dah la hari ni dah janji dengan SV nak hantar bab-bab tesis..tak suka la kalau mungkir janji..so ambil 2 kotak pil chi kit teck aun telan dan sleep kejap 30 minit. Lepas tu still ke toilet lagi.. Siap-siap bagai, kul 9.15pagi turun pergi print segala benda nak print out dan tunggu bus. Dah risau ni sebab janji pukul 10 pagi. Turun kat ATMA, pulangkan buku ATMA dan terus ke biliknya..jam dah pukul 10.10pagi..aduhh memang dah lewat ni. Aku memang tak suka lewat-lewat tambah-tambah lagi orang tunggu lama-lama sebab kelewatan/tak menepati janji ni akan mengurangkan kepercayaan kita pada orang lain. Macam aku juga la, kalau orang tu tak on time, mungkir janji, suka cakap lain buat lain dan batalkan something janji tanpa alasan yang kukuh..MEMANG aku TAKKAN BERCAYA orang tu lagi. Kalau sikit-sikit tu tak pe la ni kalau melampau memang la aku takkan deal apa-apa dengan kau..

Ok lepas hantar tesis tu, my SV kata nak baca dulu baru bincang. Risau wei my SV memang teliti tapi itu semua untuk kebaikan aku juga kan..
Lepas tu terus sarapan kat Pusanika..just take bubur dan mineral water je sebab perut memang dah empty ni. Cadang nak singgah beli tudung kat Pusanika tapi ekspo tu dah habis. Hari tu beli tudung bawal plain RM6 sahaja sepasang. Kainnya best tak macam setengah bawal kalau kena keronsang pasti ada jalur putih tu hehe.. Hari tu rembat 4 helai..sebab color tak ada dalam koleksi.

Kalau kat luar aku tengok RM10 sepasang, dah la kain keras tak best, tapi kat situ RM6 je..best pakai, hehe..

 
Yang ni aku pakai color teal.


yang ni color purple.

Amboi dah macam model tudung pulak kan tapi tak pelah blog sendiri maka model pun sendiri, nak syok sendiri pun tak pe sebab tak menempek kat orang lain hehehe..

Warna kelabu tu tadi dah rasmikan..tapi tak sempat snap gambar dan blue tu esok ke lusa ke I gayakanlah kihkihkih..
Geramnya sebab ekspo tu dah habisss..baru nak beli color kuning mustard, hitam dan pink. Tak pe, next time beli..save duit ku hehe.

Lepas tu terus ke library tapi perut ni dah mula memulas..tak tahu lah maybe aku tak tahan makan nasi beriani semalam semua benda dalam perut terpaksa dilepaskan...terpaksa la singgah kat "tempat pelaburan dulu" ..masa kat library tu memang nak stay lama tapi perut pun memulas-mulas je tak jadilah nak bertapa..cuma pinjam buku je laahh..sempat jugak beli pen color2 kat Unikeb hehe..sebab suka tulis literature review kat dalam note pen color  dan suka baca buku conteng dengan pen color2 baru nampak ceria! (buku sendirikk boleh la, buku library jangan tau!) hehehe..

Macam budak-budak je kan..pen pong nak tunjukk..ahh pedulikk apa! pink wajib ada!

Lepas tu zasss terus balik, sebab kesakitan keperutan ini terlalu hebakk. Tunggu bas kat bus stop nak balik kolej..tetiba...

nampak

---








 

V




V










V


















V


















Sumber Google


Ular kat bus stop bawah tempat duduk..terus bagitau seorang girl tu ada snake sebab dia duk dekat dengan tempat duduk ada snake tu..wahhhh takutt..

Ular tu macam ni la kedudukannya, tapi tak bergerak..tak tahu mati ke hidup ular tu tapi tak la besar ni..macam ular lidi tapi kepalanya macam tedung..maybe anak tedung, entahlah tak tahu jenis-jenis ular ni. Lebih kurang macam ni :



Sumber google

Walaupun dia kecik tapi sangat bisa tau, boleh menbawa maut. Eii takutnya, setiap kali student lalu dan nak duduk situ kena bagitau la..takut juga kot tiba-tiba menyerang..eiii minta dijauhkanlah.

Kalau pergi mana-mana kita kena alert..benda macam ni ada di mana-mana. So berhati-hatilah tambah-tambah di waktu malam.


So sekarang ni rehat-rehat kat bilik sambil update blog. Tiba-tiba dapat mesej dari SV suruh jumpa dia sekarang..makk aii risaunyaaa..so terpaksa la aku jumpa dia pagi esok jelah sebab tak larat deng nak ke fakulti lagi dah la badan tak sihat ni. Harap-harap tak ada masalahlah dengan my thesis ni..semoga Allah mudahkan urusan aku...aminnn.

Ok, bye korang!







Thesis oh thesis.

Assalamualaikum,

Lamaaaa tak update entry pasal life sendiri, asyik iklan je kan..mesti korang jemuuuuuuu.

Ok, tak kisah pun, korang pun tak mau baca coretan aku kan ( merajukk ) .... :(

Semester ni memang sangat mencabar, sebab semester akhir untuk Master aku. Hope sangat dapat settlekan thesis dalam semester ni dengan cemerlang.

Dulu, suka update entry pasal student life..sekarang maybe dah terbiasa dengan keadaan itu so tak la update-update kan.
Nak sambung Master ni bukan macam kita buat degree dulu, semua kena SABARRR.. TABAHHHH dan KENA SEMANGAT KUATTT..tak mudah putus asa.

Macam aku, aku terpaksa tukar tajuk tiga kali dan alhamdulilah tajuk kali ni approve!

Kalau nak fikirkan memang take time juga untuk semua tu, tajuk first tukar..second tukar ..third pun tukar..dan yang kali ni..memang tajuk tu sangat berbeza dengan yang aku buat first sampai third tu..so kena mula dari ZERO..tapi alhamdulilah dah approve..cuba tinggal kesungguhan sahaja.


Aku pun pening sekarang keadaan bilik aku, penuh dengan buku, atas katil buku, atas meja buku, kat lantai bersusun buku, dalam kotak buku...sekarang ni kena jadi ulat bukulah kan.

Sebenarnya nak buat thesis ni sangat memerlukan kesungguhan dan semangat yang tidak pernah padam. Barulah boleh nak hasilkan thesis yang berkualiti.






Semestinya kena banyak membaca, kena banyak knowledge dan semua tu kena dijadikan best friend okey!



Sekarang ni dalam zon kelam kabut..nak siapkan thesis dengan jayanya, dengan kualiti dan  terbaikkk.


 Hanya kata-kata di dinding ni sebagai reminder..untuk aku terus bersemangat. Please go away malas-malas tu..menci tau..ubat malas adalah rajin..

Wist list untuk dapatkan 4 flat / A for my thesis..aminn.

Doakan ye :)




Salah satu buku yang ada kaitan dengan my thesis. Buku ni hasil voucher 1 Malaysia. Hanya ada 2 copy kat MPH Bangsar. RM 100 sebuah. 

Ok, sampai sini sahaja coretan entry. Untuk tempah iklan tu nak cepat emel je or wat upp/sms ye.

fara_idola@yahoo.com

0172788373

Kalau nak sponser produk sangat di alu-alukan..special review utk u olls ye ehehe..




I nampak awet mudakan?? Mesti ramai kata I budak sekolah hehe..tak pun first year degree hehe..

Hari-hari jangan lupa makan VCO A Treenea. Stock cepat je licin. Nak??

contact me at: fara_idola@yahoo.com

serius buyer je ye..kalau main2 I tak layannn..

Bye!





Inginkan Ketenteraman

Assalamualaikum,

Dalam minggu ni runsing je, entah apa yang merasuk fikiran. Semua menjadi 1, perasaan berbaur hiba. Tekanan, tekanan..hari-hari tekanan. Tapi tak pelah, kalau hidup tiada tekanan, tak nikmat hidup itu.

Semalam, hujan lebat gila, kilat sambung menyambung, guruh berdentum-dentum bagaikan berada dalam keadaan perang. Takut dan sangat gusar. Itu baru kilat dan guruh belum lagi hukuman Allah di akhirat sana. Jadikanlah ia peringatan di dunia ini, janganlah kita lalai dan leka dengan nikmat dunia yang hanya sementara.

Semalam lepas balik class, ingin menenangkan fikiran untuk dinner bersama teman. Lupakan seketika kepada diet, dan ingin makan untuk restkan minda seketika. Berfikir tempat makan yang sesuai..inginkan privisi, ketenteraman..nak makan McD sememangnya tempat yang kucar kacir, KFC pun sama, tempat kesukaan pun sama juga, so pilih restoren ala-ala western food yang boleh dikatakan ada privasi tapi rupanya kucar kacir juga. Pilih menu pasta cheese chicken, strawberry milk shake dan teman memilih fried rice beef dan nescafe ais. Dia tekak melayu, so biarkan dia dengan nasi goreng dia.


strawberry milk shake kepunyaan saya.

pasta cheese chicken

fried rice beef

Serius fried rice beef dia sangat sedap, tapi pasta aku lebih kurang je rasanya. Hurmm rugi tak order fried rice beef ni.

Inginkan ketenteraman dan privasi semasa menjamu selera dengan harapan dapat menikmati hidangan dengan tenang tapi keadaan riuh rendah dengan kehadiran budak-budak yang nakal tak boleh nak dikawal. Serius semua orang pandang-pandang parent yang tak boleh nak kawal anak-anak dia tu. Berlari seluruh restoren, meloncat-loncat atas kerusi. Rasa nak bagi penampar je, tapi sabar. Bukan benci budak-budak tapi tak suka kalau terlalu nakal sampai tak dengar kata. Kepada parent yang rasa nak bawa anak-anak tu, pastikan anak-anak anda dengar kata dan boleh dikawal, jangan sampai menganggu orang lain. Ni main biar je anak-anak dia. Serius sangat mengganggu, rasa nak cepat-cepat blah dari restoren tu. Pelanggan yang ada kat situ je semua muka begang. 

Hari tukan, masa  makan kat McD,  masa tu aku tengah main Ipad, kawan aku pi toilet, ada budak yang duduk sebelah meja aku, dalam 3 beradik semua kecik-kecik dalam 6-4 tahun, si ibu duduk di tepi, si ayah tengah beratur beli McD, dia curi-curi ambil fried fries aku, aku sesaja buat tak nampak, lepas tu dia datang lagi ambil, bawa lari, ambil lagi bawa lari..then aku tengok dia dan senyum..hurmm dia takut, masa tu ada beberapa ketul fried fries dalam tangan dia, dan aku cakap tak pe ambilla dik then dia lari sambil ambil fried fries aku. Aku tak kisah langsung dia nak makan, maybe lapar kot tapi yang aku kisah si ibu yang nampak perbuatan anaknya tu, tak nak langsung menegur. Sepatutnya tegurlah, kena ajar yang mana boleh buat dan yang mana tak boleh buat..jangan sebab mereka "tak berakal" main biarkan je. Sebelum "berakal" la kena ajar nanti terus tak berakal baru tahukan???? Jangan syok buat anak je tapi nak ajar anak tak terajar. Dah besar nanti kot jadi penyamun. Kesiankan?

Banyak sangat kena fikir miggu ni, harap dapat buat keputusan yang tepat untuk masa depan. Ya Allah permudahkan urusan hambaMU ini, ringankan segala beban dan masalah dan tabahkan hatiku.

Beban thesis memang hebat! 


 Orang yang sama tapi personaliti yang berbeza.

Cuba untuk senyum :')



 Bye.

p/s: dah hilang 5kg, nanti aku share cerita diet ye.


Ubat malas adalah rajin.

Asalamualaikum.

Hari ni update blog kat library. Sebenarnya malas sangat pi library, kalau duduk bilik semestinya asyik nak zzzz je, kerja ofcourse terbengkalai. Sekarang ni busy cari bahan untuk thesis, nak tukar tajuk rasanya sebab tajuk yang aku buat ni ala-ala PHD la pula, agak rumit..hope sangat penyelia bersetuju dengan tajuk baru aku ni, nak rangka mini draf sebelum tunjuk kat penyelia...

Kalau nak buat tajuk thesis baru of couselah kena berjuta- juta benda kena baca, kena faham, kena in mood hahaha. Agsimen pun menyusul, kena fikir juga..banyak beban kena fikir semester ni hahaha.

So ubat malas kena lah rajin. Kalau malas apa pun tak jadikan. So chayokkkk


Result Semester ini.

Assalamualaikumn..

Semalam berpusu-pusu kawan-kawan seperjuangan yang excited nak tengok result. Alhamdulilah kepada yang mendapat result gempaq. Ada yang sudi share is caring ada yang sembunyi-sembunyi. Tapi ada aku kesahh?? hahaha.

Result semester ni alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi. Walaupun kecewa tak dapat 4.00 tapi tetap bersyukur. Belum cukup usaha, berdoa dan tawakal la tu so kena cuba yang terbaik untuk semester hadapan untuk thesis dan satu lagi subjek. Kena betul-betul usaha kuat kali ni. Nak juga tukar pinjaman kepada biasiswa.

Jom share result tapi tak mau bagi penuh hehehe. Sayakan blogger so kenalah share pada kekawan. Result semester lepas memang tak best tapi alhamdulilah semester ni dapat cover, dan harap thesis dapat A aka 4.00 doakan ye wahai reader kesayangan.



Tekalah result aku dapat bape? heheh saja blurkan kalau open semua of courselah korang tahu? Dekan List? tunggu dan lihat hehehe. Tapi still rasa muram sebab target tak capai iaitu 4flat. Kalau untuk master 3.75 (untuk 12 unit ke atas sahaja) di UKM, untuk degree 3.65. Tahniah pada yang berjaya.

Walau berapa pun result kita adalah keberkatan. Kalau result bagus tapi atas usaha orang lain pun tak guna juga. Kenalah usaha sendiri. Begitu juga kalau result bagus atas "usaha pelik" so..korang faham-fahamlah. Result or PNGK semua tu cuma atas kertas je, bukan bermakna best result adalah pandai. Tengok kita bawa diri, kalau best result tapi kerja pun tak boleh nak buat, bila orang tanya terblur-blur, IQ zero pun tak guna juga.

Tapi janganlah bila aku cakap macam tu korang fikir malas nak study. Result juga satu pakej dalam masa yang sama kayakan minda korang dengan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Betul tak?

P/s: Alhamdulilah lulus dan layak meneruskan pengajian. Doakan kejayaann CIk Nurfarah ye. Aminnn.. Lepas ni ada rezeki boleh continue PHD pula. aminnnnnnnnnn.

Mak selalu cakap, kita jangan bongkak dan sombong, terima teguran dengan hati terbuka walaupun taraf pendidikan kita tinggi. Jangan jadi bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.

Char Kuey Teow

Assalamualaikum,

Lama sangat tuan blog tak update-update blog. Mesti reader bosan sebab entry tak bergerak-gerak. Kebusyan aku macam perdana menteri membuatkan aku tak sempat nak menari laju atas keypad pinky ku ni. Ok korang suka makan char kuey teow. Aku suka! Tapi bukan fun nombor satulah tapi tetap suka. Selain makan char kuew teow Penang dan area Ampang aku suka makan char kuey teow kat my lovely kolejku Pendeta Zaba. Jom skodeng!

Jom close up sikit, kasi terlioq sikit.


Sangat sedap dimakan panas-panas, udang ada empat ekor, lepas tu kerang pun banyak. Sedapp wooo..

Pemakan char kuey teow.


Pemakan char kuew teow 2.


Tuan blog, rasa malas nak update gambar selekeh ni huhuhu..

Motif entry ini, jom beramai-ramai serbu Zaba semester depan kerana banyak pilihan makanan yang beraneka versi. So siapa kata Zaba tak best? semua ada woo, kolej paling selamat lagi.

P/s: Semester depan still duduk Kolej Zaba. Best wooo.

Minggu Huru Hara

Assalamualaikum,

Sorry kepada reader sebab lama sangat tak update blog. Hehehe..jangan nagis-nagis tau sebab tak dapat baca coretan aku ni. Tau ada yang sampai demam tunggu aku update belogg..sorry ye my reader terchentaa..

Sementara nak tunggu mood kembali ber agsimen ni, take a time untuk corat-coret dalam belog comot ni.
Minggu ni, adalah minggu yang sangat busy, walaupun busy tapi masih nak luahkan dalam blog,,,terapi ni..:)
Sebenarnya semester ni adalah paling hebat daripada semester lepas, walaupun semester lepas asyik merungut dalam belog tapi semester ni, paling heaven. Kerja macam turun dari langit, semua kerja kena buat ala mini thesis (ala-ala thesis ijazah dulu tu)...Nahh beban kerja semester ni.


Semua ada 13 kerja, yang di highlight colour oren tu semua dah siap, tinggal 4 lagi kerja kena hantar. Minggu ni Jumaat ada exam method dan kena hantar 2 agsimen, next week hantar 2 lagi agsimen. Lepas tu boleh tidur sekejap, tapi kena fikir pasal thesis pula :')
Memang tersangat stress tapi masih mampu senyum, tak pernah rasa macam ini (degree dulu tak macam ni) sebab ada hari yang berjaga 24jam, tak tidur malam sampai ke pagi untuk siapkan segala tugasan yang hebat ni. Ubatnya terpaksalah menelan nescafe dan kopi untuk menahan mata daripada mengantuk. Heaven kan?

Macam minggu lepas tersangatlah stress sebab kena balik kampung uruskan biasiswa My Brain, syukur alhamdulilah dapat tapi kena bersusah sikitlah, back to hometown, buat medical check up, sign saksi, penjamin..tapi settle. Lepas balik dari kampung..fuhhh kena marathon tanpa henti untuk siapkan  3 agsimen macam ala thesis..dan siapkan take home exam. Memang tak rehatlah. Mata dan minda penat. sampai diri tak terurus, makan tak menentu, rasa diawangan. :')


Nahh ambik kesepahan kemejaanku. Memang lintang pukang. Semua buku kena keluarkan untuk betungkus lumusan membuat kerja. Mata sampai letih mengadapnya. Serius rasa nak muntah. Tapi sabar. Kena pegang kata-kata ni : bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..aminn ;')

Kita ni memang jenis tak suka lintang pukang, walaupun suka buat sepah tapi mesti nak kemas semula. Baru mata terang je tengok, maybe dah terbiasa dari kecil..mak ajar jangan jadi peyepah.


Aku nak bagi tips kepada sesiapa yang cepat gantuk, so minumlah Nescafe Black Roast aka Kopi O. Pasti sampai pagi segar. Yang perisa lain ok jugak tapi yang ni paling power..woo atau pun Alicafe.

Rasanya tak sesedap Latte, Mocha dan original sebab pahit sikit tapi sangat power untuk berjaga sepanjang malam. So cubalah *kalau terjadi apa2 bukan tanggungjawab aku yerr

Lepas ni kena berjuang siapkan 2 agsimen, harap mood datang dan kebal sampai siap, esok kena prepare exam pula. Risau ni.



Dengan Cik Mira, lepas hantar agsimen...semoga kami kuat mengharungi lautan luas.


Pucat woo
Nampak sangat editnya, sesaja belaja mengedit bukan mengedik. Mata saya nampak besarr la, tapi mata tak edit yee..


Yang ni tak edit cuma put water mark ye muahaha.. Keep your smile! Kepada kekawan selamat bergelumang dengan agsimen. Good Luck for exam!


Wish me LUCK and Good Luck to my friends :)




 Nak siapkan kerja ni, bye semua :)

Gambar : Yang tiada water mark from google.

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH