Sunday, November 27, 2011

Beli Handbag Lagi!

Assalamualaikum semua..
Rindu ye sebab dah seminggu aku tak update blog. Jelezz dengan orang yang hari-hari boleh update blog wahhal sampai setiap jam..dan ada yang tiap minit mengupdate blog. Banyakkan masa terluang korang bersama blog kan..mari sini tolong aku buatkan tugasan yang banyak nih hehehe. Gerenti korang muntah mengadap segala buku, jurnal, artikal dan bahan ilmiah yang lain.

Kononya update blog ni nak bagi ganjaran la sebab dah siapkan tugasan. Tapi ingat masih menunggu 3 lagi course work belum siap. Cisss, malam ni kena bertungkus lumusannn la aku lagi. Baru je nak rehat sebab dah siapkan 1 tugasan,, :'(

Semalam, sebab terlalu tension perhabiskan tugas yang satu ni, honey dew kita bawa keluar lunch dan berjalan cuci mata sekali. Nak hilangkan ketensionan yang melanda nih. Melantak mekdi sekali harung lunch dengan sarapan...ooohh kekenyangan macam ular sawa..


 Serius, dulu tak suka mekdi tapi sekarang dah fall in love.


Love Mc Flurry also. yummy!

Lepas tu pergi KL sebab bosan gila lepak Bangi tambah-tambah dalam kampus sebab kepada asyik ingat agsimen, presentation, course work, field work proposal dan berlambak lagi benda kena ingat so kena ke KL jauhkan sikit dari campus.

Traffic jam rasa nak tendang semua kereta. Hurmm memang adat duduk KL asyik tengok keadaan kereta yang huru-hara dan pemandu yang bodoh bertingkat-tingkat sebab kurang ajar dan moral yang rubbish sangat. Mereka tukar laluan main hentam je, signal tak bagi lepas tu suka sangat meluru keluar simpang secara tiba-tiba, suka mencelah secara tiba-tiba..kalau tak alert memang berdentumlah jawabnya. Bahaya! Nak je bagi penumbuk kat mereka tuh iskk lagi tension aku tengok tapi tak apa kurang sikit nak fikir pasal tugasan semua.

Pergi jalan-jalan Time Square je tapi manusia macam lautan, maybe sebab time cuti kot. Aku ni jenis tak suka tempat yang huru hara macam tu, jalan-jalan dan tengok banyak kedai jual bag dan tergoda dengan bag yang super cute tu. Harga pun murah-murah sangat-sangat teruja rasa nak sambar semua beg kat situ..Lama juga buat pilihan, sidia hanya mampu senyum je sebab dia tahu kegilaan gadis macam aku terhadap handbag. Serius semua comel dan jauh murah dari online shop. Itulah aku lebih prefer beli kat kedai sebab kita boleh choice sendiri. Kualiti boleh tengok dengan bijik mata sendiri..

Mula-mula nak pilih ni, pastu itu, pastu tang sana plak..rambang-rambang bijikk mata kalau macam ni. Akhirnya aku pilih beg Pink White yang super sweet nih. Boleh digayakan dengan sling style dan macam handbag biasa pun boleh..

Ini dia pilihan aku.. sweet kan.. Sesuai untuk dating hahahaha..


 Tali boleh dilaraskan mengikut gaya kesukaan anda!

 Eh bukan iklan jual beg yer..

Suka beg ni sebab dia comel..

Lepas itu, makan-makan kat Old Town dan zasss balik UKM. Bila terpandang pintu masuk UKM maka aku sudah berada di zon tension sebab kepala akan teringat segala tugasan dan otak kena bekerja semula.. Kenalah bergelumang dengan segala buku, jurnal, artikal, dan segala-gala yang memerlukan kepayahan otak untuk memikir dan ingatan. Semoga permudahkan segala tugasan aku ini. Aminnn..

Ok baii, nak sambung kerja lain pula nih. Berdebar nak present bagai nih. Depan budak-budak PHD yang banyak tanya pula tuh.. :'(

p/s : Adakah sebab terlalu tension aku beli bag baru? itulah terapi sebernarnya muahaha..............

7 comments:

  1. Wahhha denki nye!..
    i pernah mkn smpaii knyng cm ulor sawoo.hehhe

    ReplyDelete
  2. @Cik Etel

    sangat enak selepas makan terus tidorrr hahaha

    ReplyDelete
  3. Ya Allah . Comelnya handbag , pink lagi tu . Hihi

    ReplyDelete
  4. Pelangi pun gila makan mekdi tau. HIK3

    ReplyDelete
  5. kentang menyelerakan.hihihi
    ts time cuti memang ramai,thats jarang keluar g sana kalau time cuti.hhihi

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.