Voucher Buku 1 Malaysia RM200

Assalamualaikum semua,
Mood sedang suka hati hari ini,
Maklumlah kerja semua dah settle so goyang-goyang kaki depan lappy la layan FB dan blog hahaha.
Okey, korang semua yang berstatus student tu dah ambil ke voucher buku 1 Malaysia yang berjumlah RM200 tu? Tak nak? Bagi kat aku, confirm aku nak punya. Sebab aku ni suka beli buku, RM200 tu rasa tak cukup je kan. Buku university bukan sama macam buku budak sekolah.. Kena Rm1000 baru cukup hehe. Tapi alhamdulilah ada voucher ni dapatla save bajet sikit kan..

Setiap satu voucher RM50 dan dapat 4 keping voucher. Tarikh sah laku, akhir March 2012. Memang dah plan pun nak beli buku semester depan, rasanya more 200 ++ tu hehe.

Aku baru ambil voucher ni semalam sebab aku kan busy. Semalam pulun semua, mula-mula keluar dari kolej pukul 10 pagi. Pergi library PPSPP. Print out agsimen yang dah repair tu. Pergi bilik lecturer hantar agsimen. Lepas tu perut menangis minta di isi. Makan di Canselori UKm, sedap makanan di situ. Nak pulangkan buku kat ATMA tapi tutup sebab rehat hari Jumaat, pergi PTSL pulangkan buku, ke surau PTSL, lepas siap bagai pergi ATMA untuk pulangkan buku semula. Tunggu bas U untuk ke PPS pula, masa tu nasib baik hujan dah reda, menongek pi mendaki gunung ganang ke PPS dan ambil voucher. Tunggu bas lagi Zon 3, turun depan PTSL.Penat menapak, rasa tekak nak minum lepak kat Pusanika makan bubur panas dan Mango Ais, jalan kaki belakang Pusanika sebab nak tunggu bas zon 2 untuk ke Kolej Zaba. Nasib baik tak ada monyet kalau tak teruklah haha. Sampai kolej dalam pukul 6 petang. Penat woo hahaha.


Sekian sahaja untuk karangan malam ni, I nak bersms pula. K bye..

Testing watermark

Cun tak ? or tuan blog yang cun?



Testing-testing water mark baru design.



Hujung Semester.

Assalamualaikum semua.
Lepas makan petang aka malam perlulah berehat sebentar sebelum ke bathroom memanjakan diri.
Dan nak update blog juga.
Banyak nak share kat my reader.
Macam tak bercaya bahawa sudah nak habis semester. Baru je masuk UKM, next semester dah second semester. Cepatkan masa berlalu ?

Entry kali ini nak mengimbau sejarah dari first dapat tawaran master sampai akhir semester.

Mula-mula dapat tawaran that mean permohonan barjaya diterima sangat excited. Lepas tu prepare segalanya untuk jadi student semula :)
Sangat teruja bila first time menjejaki kaki ke UKM, first time tau. Mendaftar sebagai pelajar Master di PPS.

Dan banyak juga aku tulis entry sepanjang pengajian aku di sini. Pengalaman berharga aku dapat. Sangat best!

Kuliah, agsimen yang menimbun dan sebagainya, walaupun susah tapi bila dah settle sangatlah happy hahaha. Malam ni kena repair agsimen dan esok nak hantar, pastu boleh la bergumbira selama sebulan!

Ok bai!

Ada masa akan ku update pasal buah hati ku ini :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH