Jatuh cinta kat Meiko Brand

Assalamualaikum,

Selamat hari Jumaat yang bahagia.
Hari ni kenapa rasa mengantuk je...zzzzz
Ramai tanya aku pakai make-up apa..(macam retis pulak kau kannnnn)
Aku pernah buat review pasal Meiko Naturactor..memang sampai sekarang aku setia.
Serius semua produk Meiko memang best sangat..yela produk ni dah lama bertapak di Japan sejak 1948 so memang kualiti barang dia pun sangat memuaskan hati.
Sekarang ni pun stay pakai naturactor cover face Meiko tapi aku dah upgrade yang lagi better dari naturactor tapi still brand Meiko.

Aku sekarang pakai MC Cover Face Meiko, serius lagi best berbanding naturactor sebab harganya pun best juga kan..Naturactor tu aku pakai setahun lebih pun masih tak habis-habis lagi, ni kan pula MC Cover Face yang pakai sikit pun boleh rata seluruh muka, mesti lagi jimat.

Aku bab skin care memang cerewet sikit, sebab benda pakai kat muka..yang pasti beli yang original. Loose powder naturactor Mieko pun super best, repeat beli kotak kedua dah. Pakai setahun baru habis aku punya Loose powder memang sangat jimat.

MC cover face ni dia ada extra fungsi..bukan je cover tapi treatment juga. Nanti aku buat review ya pasal produk ni..insyaallah.

 Inilah rupanya, kalau real memang cinonet je tapi kecik2 cili api..



Aku ambik code paling cerah sebab kulit aku kan macam puteri salju.....

Ok nnt aku review..MC Cover face dan Loose Powder Naturactor.

Harga?
MC Cover Face: RM 89
Loose Powder Naturactor: RM69

Beli kat cawangan Meiko, jangan beli yang China keluaran sebab tak sama macam yang original Meiko Japan.

Bye :)

p/s: Lepas ni nak try Octard lak tapi still Meiko produk..harga sama macam MC Cover Face..janji puas hati dan berbaloi..


Skin Care Kecintaan: Olay White Radiance

Assalamualaikum.

Lama tak update blog. Rindu kat blog tapi sekarang tengah pulun siapkan tesis. Doakan ye kawan-kawan. Aku ngah stress ni kena update blog. Memang nampak macam "eh kau busy kau boleh update ye'..tapi ni adalah terapi, lepas ni kita continue mengadap tesis sampai pagi sambil minum kopiko yehaaaaa. Tangan sakit asyik taip tesis tapi nak juga taip aka menulis blog.

Sebenarnya lama nak update about skin care ni. Reader banyak tanya guna skin care apa. ewahh-ewahh muka tak la macam telur dikupas tapi ramai yang tanya so kita wujudkan dalam segmen my review collection ni.

Sebenarnyakan..sebenarnya kannnnnnnnn aku dah guna Olay almost 10 years tau. Sejak di bangku sekolah menengah lagi tauuuuu. Korang boleh baca SINI..SITU...SANA..

Entry ni agak panjang juga tapi tak sepanjang tesis aku yang berjela-jela...sampai semput nak baca.

Aku just nak share pengalaman aku guna Olay, sebab dia sesuai dengan aku. Dah 10 tahun ye..so memang dah berumah tangga batu lah hahaha.

Aku guna Olay sejak di bangku sekolah menangah lagi. Masa tu jerawat pasir banyak giler kat dahi aku..dah la jenis gatal tangan asyik nak picit je..lama-lama terus banyak..dengan jerawat awal remaja lagi..huwaaa tapi tak la serius..cuma ayah dan mak aku akan bising bila tengok aku ni asyik cungkil jerawat je, dah la stail cungkil dengan besi..nampak ngerikan hahaha..

Masa balik sekolah tu tengok ada something atas almari dalam bilik aku..dannn ruapanya si Olay ni. Inilah dianya packing masa memula aku pakai.

Sumber: Google

Masa tu tutup dia color hitam lagi. Lepas tu aku tanya mak aku, ni siapa punya?? mak aku cakap "pakai la mak belikan, lepas ni pakai cream ni je"...wahh bestnya sebab aku tengok mak aku memang pakai Olay sejak muda lagi..terus menurunkan rahsia kecantikannya pada aku. Kalau dulu mak aku selalu belikan yang 100 gram tu..dan boleh tahan hampir 8 bulan tau..kalau pakai hari-hari non stop dalam 6 bulan gitu..setahun pun boleh tahan..betapa jimatnya pakai Olay yang 100 gram..memang mahal juga time tu tapi berbaloi la. Lepas pakai ni dengan setia alhamdulilah masalah kulit muka jerawat hilang..licin ja..chewahh tapi kalau bulan mengambang tu seketul dua tu memang normal la..nak dia cepat surut gosokkan cream malam or day cream kat jerawat tu lama-la, esok pagi insyaallah surut punya.

Sebenarnya Olay ni banyak jenis skin care ada total white, natural white, white radiance dan macam2..tapi aku lebih sesuai white radiance..memang harga agak mahal berbanding natural white tapi it very work for me. So kena pilih yang sesuai ya!

Kali ni aku nak review new Olay White Radiance. Dah sebulan pakai yang new punya..dia sama je macam yang lama tapi dia dah up gradekan bahan dan new packing. Kebetulan masa tu Olay aku dah hampir empty so terus mengeluarkan bajet untuk skin care, tapi nevermind sebab boleh tahan 6 bulan lebih for cream day/night  and 1 bulan lebih for pencuci. So sangatlah berbaloi-baloiiii!




Memula aku beli Olay White Radiance Advanced Whitening SPF24 (day cream) kat Watson..harga dalam RM 44 something kot untuk 50g..lupa pula. Lepas tu kan, dalam bulan 12/2013 tu aku pergi Giant nak cari syampu dannnnn tengok ada offer giler-giler dalam RM36 someting for all Olay cream dan serum..wahhh memang sales giler-giler so terus beli cream malam iaitu Olay Radiance Advanced Fairness Night Cream dan Olay White Radiance Advanced Whitening Serum. Takkan nak lepaskan sales ni..dah la tinggal sekotak je night cream so rembat je la..dan tertarik dengan serum juga. Banyak penjimatan tau! Beli jangan tak beli sebab dah last day time tu lepas tu back to normal harga RM 48 pulak...

Olay White Radiance Advanced Whitening Serum

Aku pakai serum ni sebelum pakai apa-apa cream kat mula. Memang best giler sebab meresap dalam kulit dengan cemerlangnya..kulit rasa macam segar sangat dan lembut dan cerah semulajadi secara sekata. Aku pakai sekali sehari je sebab nak jimat..memang syok giler time letak kat muka!
Fungsinya mencerahkan kulit secara semulajadi dan sekata. Yang penting kulit jadi putih pinky bukan putih mayat hidup! 

9.9/10 for u!




Olay White Radiance Advanced Whitening SPF24


Ini cream harian atau day cream dan ada SPF24. Sebelum pakai cover face/foundation aku akan tempek serum dan day cream ni dulu. Dia lebih kepada pelembab muka..hasilnya aku punya cover face lebih tahan lama, tak bercapuk kalau letak bedak tapi lepas korang apply kat muka biarkan dia meresap dulu seketika baru letak cover face ye.. Sangat suka!!!

Teksturnya sangat halus dan mudah meresap kat muka. Kalau nak nampak natural tak payah letak coverface cuma pakai bedak je lepas apply ni!..serius liang roma makin kecil dan kulit muka I halus je!

9.9/10


Olay Radiance Advanced Fairness Night Cream

 Aku ni sangat pemalas nak apply cream malam tambah-tambah kalau time busy..tu pasal cream malam aku ni susah nak luak hehehe..tapiii kalau rasa bulan mengambang dan ada seketul dua cik jerawat so aku akan pakai cream malam sebab lepas aku tonyoh2 kat muka cream malam cerawat pun malu nak kembang kat muka dan terus layu..amazing!!! tapi tenyehhh lama-lama tang jerawat tu ye.


Memang work sangat! Lepas korang tenyehh kat muka esoknya memang rasa nak cakap kat cermin ajaib "siapakah paling cantik di Malaysia"..dan jawabnya adalah kak Mahh..hahaha

Lepas bangun tidur mesti rasa berseri-seri je..muka lembut dan halus dan cik jerawat pun mengecut hehehe..memang sangat suka!

9.9/10


dan ini semua set lengkap aku:


Pencuci pulak memang benda wajib ada untuk pencuci muka aku. Aku prefer pakai cream cleanser sebab dia tak berbuih/tak bersabun..kulit memang cerah semulajadi..ulang sekali lagi cerah semulajadi ..pink cerahh bukan putih mayat ye! ngeri tengok orang pakai skin care putih keterlaluan macam zombie!

Apa yang TAK BEST!

Dari segi harga aku tengok yang ada yang MAHALLLL untuk kategori white radiance..teringin pakai yang Olay White Radiance CelLucent sebab nampak bagus tapi dah rm99 sekotak..terus cancellll.
Bau olay dari dulu sampai sekarang sama je..rasa jemu tapi tak apalah asalkan kualiti tip top aku tak kesah. 
Korang kena setia, kena pakai dalam jangka masa yang lama bukan seminggu pakai terus jadi snow white..memang takkan lah..so kena setia dan sabar! 

9.9/10 untuk semua produk di atas. 


No edit-edit with camera 360 ye..


tak edit jugak!


Lagi tak edittt..saja buat muncung ni sebab macam cmelll je..padahal....


v





v





v























v
















v


dan.kat bawah baru edit macam iklan2 skin care tu.



Inilah yang muka setulus salju with 360 camera. 

jangan terperdaya dengan effect camera 360 ye!

ok bye!


p/s: Ini sekadar perkongsian untuk my reader, kulit kita ni berbeza-beza so kena pilih skin care yang sesuai dan paling penting jangan tukar-tukar skin care..kena setia baru tahu hasilnya. Pilih lah skin care yang selamat dan kukuh di pasaran tak kira mahal atau murah yang penting bagus untuk kulit muka korang. Aku guna Olay sebab aku rasa sangat serasi..korang jangan ikut aku kalau rasa tak sesuai tau, Pilihan di tangan korang..kang jangan salahkan aku kalau korang pakai Olay terus jadi katak puru plak..so pilih yang bagus untuk kulit korang dan bergantung kepada kemampuan juga.



Review Bedak Arab Kokuryu Super Summer Cake.

Assalammualaikum,

Sekarang aku sangat busy dengan hal pengajian aku. Bersungguh sangat busy sampaikan hal blog pun tak terupdate. Harap maaf ye penaja-penaja sekalian.

Kebusy an aku ni menyebabkan aku susah nak bersiap lama-lama. Contohnya, kalau nak pergi library atau keluar...mesti take time nak bermake-up. Sangat lecehhh! Kena pakai cream muka, kena pakai foundation, kena pakai bedak...touch up lagi..memang take time. Keadaan sekarang yang memerlukan aku bertindak cepat dan tangkas..tak boleh berhabis masa untuk make-up muka depan cermin lama-lama..kekadang semua nak ekspress...so aku pilih Kokuryu Super Summer Cake ( Bedak Arab).


Kokuryu Super Summer Cake atau bedak Arab ni didatangkan dengan span yang sangat best. Serius bila sapu kan muka smooth je.


Inilah rupa bedak arab tu. Beratnya 50 gm. Memang tahan lama. Setahun pun boleh tahan tau.


Pilihan warna adalah orange blush.



Nak pakainya sangatlah mudah. Ok ini cara aku, dan cara ini menyebabkan bedak arab ni lagi smooth je.

1. Of course sebelum make-up korang basuh muka dulu kan?. Basuh muka dulu dengan pencuci muka korang.
2. Sekiranya korang pakai toner, boleh terus pakai toner. Biarkan toner kering di muka.
3. Ambil span yang disediakan, basahkan dengan air dan perah. Span tu dibiarkan basah, jangan terlalu basah atau terlalu kering ye.
4. Calitkan span basah itu kat bedak arab korang dan sapu sehingga rata di muka. Ala...macam sapu bedak compact biasa la tu.
5. Hasilnya muka gebu berseri-seri.


Jom tengok hasilnya, mesti terpegun kan..





Hasil calitan daripada bedak arab macam pakai make-up branded tapi just pakai bedak arab je.


ini hasil dari tuan blog.




Serius, aku sangat puas hati hasil daripada memakai bedak arab ni. Memang tahan lama sangat dan yang best makin lama pakai makin berseri-seri. Tak melekat kat tudung. Kalau dah agak-agak span tu belasah banyak kali guna dan bau pun masam-masam korang just letak sabun kat span basuh dan simpan je. Span kembali harum..memang tahan lama span tu tau!








Ketahanan: Dari pagi sampai petang still melekat kat muka lagi.
Rate: 7/10
Kategori rate: Love, Like, Dislike

Kebaikan:
Long lasting, jimat, isi dalam padat, 3 in 1, cepat!

Keburukan:
Bekasnya macam bedak-bedak fesyen lama, kalau kulit kering korang kena pakai make-up base or losyen, dan tak kena pastikan span tu sapu betul2 kang nampak bercapuk.

P/s: Bedak Arab ni, ada yang original dan ada yang fake, kalau nak original pastikan beli di  Le Chantique Shope

My Review: Nutrimetics Magix Lip Colour.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni nak review Lipstick pula. Dalam banyak-banyak lipstick, Nutrimetics Magix Lip Colour nilah lipstick paling aku suka dan dah berulang-ulang kali beli sejak aku buat degree kat USM lagi. Dalam 7 tahun dah guna lipstick ni dan tak pernah putus dalam simpanan walaupun aku ada lipstick lain. Still setia sangat.

Inilah dia lipstick kesayangan aku. Dulu packaging dia lain, warna putih sekarang warna gold.

Harga retail RM 18.00 

Sangat murah dan berbaloi-baloi.


Nutrimetics Magix Lip Colour ni sebenarnya ada tiga color iaitu purple, oren dan hijau. Aku lebih suka warna purple dan oren sebab color dia terang. Kalau warna hijau macam tak pakai lipstick sebab terlalu natural.


Nutrimetics Magix Lip Colour ni mengandungi vitamin E dan pelembab, memang tak menghitamkan bibir malah bibir akan kemerahan kalau tak pakai lipstick. Macam dia merawat bibir kitalah sebab ada vitamin E kat dalamnya. Bibir aku ni sangat sensitif kalau pakai sebarangan lipstick akan menyebabkan mengelupas dan berdarah. Dulu ada pernah beli jenama yang best-best tapi hampa..tak tahan, bibir jadi lebam dan mengelupas. Terus kasi kat adik. Rugi je beli lipstick tu sebab boleh beli 3 batang Nutrimetics Magix Lip Colour.

Korang jangan rasa gelabah tengok color ni sebab dia akan bertukar color bila kita letak kat bibir kita. Warnanya bergantung kepada body chemistry korang. Macam kat bawah ni, tapi color dia tak 100% jadilah sebab aku sapu kat tapak tangan, tapak tangan kan lebih kasar berbanding kulit bibir.




Lavender ni lebih kepada purple kemerahan.
Sunflower lebih kepada warna pink merah.

Pada aku kedua-duanya sesuai dengan aku dan best sangat. Pada aku sunflower lebih pekat berbanding lavender.


Ketahanan: Ketahanan sangat panjang. Selepas makan pun still masih lekat lagi kat bibir lagi.
Rate: 10/10
Kategori rate: Love, Like, Dislike


Serius, ni lipstick kegemaran aku sepanjang masa. Kalau korang mengalami masalah bibir sensitif, bolehlah try Nutrimetics Magix Lip Colour ni. Harga pun murah, kualiti pun bagus.

Boleh dapatkan kat semua cawangan Nutrimetics seluruh Malaysia.

Kebaikan:
Long lasting, colour smooth je, dan paling penting menjaga bibir anda.

Keburukan:
Bekas lipstick ni perlu diperbaiki sebab color kat bekas lipstick ni pudar. Nampak tak cun pula.



NYX Cosmetics Review.

Assalamualaikum semua!

Selamat petang, aku masih kat kampung, esok terpaksa balik Bangi untuk settlekan tesis yang tak habis-habis ni hehe. Kat kampung ni tau je lah displin tak kuat nak mengadap tesis. So kena displin dari sekarang.

Sebenarnya dah lama sangat aku nak cari make-up pelet ni. Aku selalu beli kecik-kecik pelet kat Watson atau Guardian. Sebenarnya kalau bab make-up ni aku prefer beli yang original. Memanglah Mac, Channel yang cetak and rompak banyak jual kat online dan pasar malam..memang cun-cun...tapiii kulit aku ni sangat memilih, kalau yang fake punya produk mesti naik jerawat, mata ketumbit dan macam-macam. So nak tak nak kena beli kat farmasi juga..kalau ikut kan hati nak jenama mac original tapi mahalll hoii so pilih je Revlon, In 2 It, Maybelline...tapi beli kecik-kecikk je..

Fikir-fikir mau beli pallete yang besarr punya. Sebelum ni pernah beli kat akak Azlina Perfumes ni lipstick NYX...dan perfumes..lepas tu pakat beli pallette pulak. Suka beli kat beliau sebab puas hati sangat. Yang penting 100% original :) Kalau korang nak beli perfumes dan make-up try contact dia tau. Puas hati punya ;)

Lipstick first yang pernah aku cuba ialah NYX Xtreme lip cream dan Round Lipstick.



Paling best yang NYX Xtreme Lip Cream tu..aku pilih color nude peach.
dan round lipstik lousiana..menampakkan lebih hot dari biasa hehe..

Pada aku yang NYX Xtreme lip cream tu long lasting...kalau kulit cerah memang cun la..sebab nampak menyerlah.

dan my pallete la..best tau main make-up2 hehe..



Best tau sebab dia ada set shadow, lipstick, lip gloss, lip pencil dan blusher. So tak payahlah nak pening-pening nak cari semua color tu kan.


Aku punya pallete ni set Soho Glam Collection.

nak tengok dalamnya ye..nahhh.







Lepas ni tak payah risau kalau nak ber color-color lagi sebab macam-macam warna je..nak buat smokey eyess 10 inci  pun tak pe hehehe..

Kekadang aku ni ikut mood juga, kalau malas make-up just bedak dan lip balm je hehe..tapi kalau keluar jenjalan harussslah make up ye hehe..





hasilnya...


Aku memakai NYX Xtreme Lip Cream nude peach color.



untuk nampak lagi garang macam naga hehe




Maybe color yang slow sesuai dengan wajah aku kot hehe..




ok bye semua. Selamat ber make-up hehe


p/s: tengah belajar nak buat shading...


Contacts Lens Lagi.

Assalamualaikum.

Contact lens lagi? of courselah sebab aku memang pemakai contact lens. Bukan untuk gaya tapi kerana keselesaan takhala memakainya. Memang aku kerap order online shop for contact lens. Memang pernah ambil kat kedai spex mata tapi tak tahan pula nak pakainya. Memang ramai suggest untuk ambil di kedai spex mata yang bertauliah tapi kalau pakai just sekali dua lepas tu tak tahan. Aku rasa macam mata aku kena tarik je bila guna jenama mahal-mahal. Pedih dan merah-merah mata aku. Not good juga la kan? Beli mahal-mahal lepas tu buang kan membazir. Beli online ok je..so teruskanlah walaupun it from Korea. Aku tak suggest kan korang beli online shop, it ikut kepada keselesaan mata korang. Kalau ok, teruskan, kalau KO, korang stop je la kan. Karang kot aku pula kena saman kan.

Online shop pun, not all aku akan beli. Kenalah selected juga kan. Selalunya aku suka beli kat SINI. Bukan nak promote ke apa, cuma aku suka servisnya, today u pay, esok dia posting, lusa dah dapat. Cepatkan? Respon pun ok. But you must serious buyer la. Harga pun sangat berpatutan sebab boleh get harga borong. Memang dah banyak kali juga aku order. Include my sister pun dah 2kali order di situ. Dia pun suka. More comfortable than old her contact lens.


Aku beli stock untuk berbulan-bulan. 1pair for 3 -6 bulan. If 5 pair? Itu pun kalau open satu-satu ikut tempoh hehehe. Beli colour grey, green, pink, blue..hoho tak sabar rasa nak guna.

I love this colour. Grey is suitable in my eye. My sweet eye, look bling bling la hahaha.


Yang ni last stock before new order. Kalau aku pakai lens yang dark just like blue dark. My eye still look black. Melainkan pakai grey colour. Hari-hari memang pakai colour ni ye. Sebab last stock dalam tangan. Almost 2 month pakai ni. Ni dah ada stock baru. Mesti nak try yang baru.

Aku 2 kali je order colour coklat, sebab mata tetap nampak hitam. Lagi pun aku macam tak kena je coklat eye.



Still black eye kan? wahhal blue colour. Ini lens biru di atas. Janji selesa. Aku kesah?


Semester lepas punya picture. Grey, soft blue is suitable for my eye. Hahaha. Lepas ni nak try pink and green pula, Jangan terkejut.

Buat entry ni, of course penjual contact lens akan mengejar aku. Setia pada satu je sekarang. Mana yang suitable tu la yang diutamakan. Ye dak?

Baii.


P/s : Kalau tak rabun, aku pun tak hinginnn pakai benda alah ni.

Saya Nampak Muda dengan Olay.

Assalamualaikum,

Selamat malam semua.
Nampaknya hujung minggu sampai Deepavali terpaksa terperuk di kolej je. Tak kemana-mana. Tak per, buatlah kerja kau yang mengunung tu janganlah ditangguh-tangguh. Okey, kali nih bagi tips aka rahsia kecantikan. Kau cantik ker nak bagi bagai tips tu? aku kesah.. Yang penting aku nampak muda dari usia aku kan..awet mudalah tu. Budak umur belasan tahun pun panggil aku adik? so korang mesti jelesskan sebab umur aku 20+ tapi masih nampak fresh and gojess ( ok just joke bukan riak tapi ini adalah benar belaka ) hahahaha.

Sebenarnya aku adalah pengguna yang sangat setia. Memang elok buat calon kekasih sebab aku setia. Eh tetiba pulak. Masa aku zaman sekolah lagi aku guna produk Olay. Itu pun mak aku yang suggest sebab dia adalah pengguna Olay yang tegar..tu sebab mak aku awet muda jerr. Dia belikan dan aku still pakai sampai sekarang. Sebelum aku menempek sebarang make-up atau bedak di atas muka comel aku nihh, aku pastikan menempekk benda ini terlebih dahulu,



Aku pakai benda alah ni sejak form 5 lagi. Kesan dia bukan pakai hari ini kau terus nampak kesan esok. NO is NO bukan yer.. Paling awal mungkin dalam 3-6 bulan. Dia bertindak secara perlahan-lahan tapi sangat smooth dan licin okeh. Aku pakai 2 versi yang di atas dan bawah :


Aku beli selang seli, kadang-kadang beli Olay whitening Cream spf 19 dan kadang-kadang di atas. Sebenarnya sama je, cuma yang spf 24 lebih kepada pencerahan dan tahap spf yang lebih tinggi. Tapi bezanya, yang spf 19 murah sikit manakala spf 24 kau fikirlah sendiri ( takkan semua nak bagitahu ). Harga dalam rm35 ke atas, lupa plak tapi nak dekat rm40 la. Murah dari yang lain dan sangat berbaloi.


Sekarang aku stay guna Olay juga, tapi lebih kepada total effect, al maklumlah dan 20+ tahun.


Sangat berbaloi sebab lengkap dengan foundation sekali. Cadang nak beli yang ini tapi kopakk pula duit aku nanti .


 creamnya sahaja dah dekat 70 hengget huhuhu. Belum lagi yang lain yang beratus tu hohoho..Tunggu aku ada duit berkepok-kepok dulu eh.. hahaha. Tapi memang produk ini baguslah.


Itu pasal aku still muda tu, macam belasan tahun je kan.. naik lif sila tekan sendiri..tapi ramai juga tolong tekankan (peribahasa baru, yang otak pick-up je faham muahaha )

Okey, ini cuma tips aku je, kalau korang cuba produk ini dan mendatangkan mudarat bukan di bawah tanggungjawab aku..itu semua koranglah yang bertanggungjawab. Sebab bukan semua jenis kulit boleh ngam dengan some product. So beware lah. Kang sopak kulit muka jangan nak saman aku lak.. yer.. hahaha.

Walaupun Olay ni produk biasa-biasa tak se gah SK 2, The Body Shop, dan sewaktu dengannya tapi dia mempunyai keistimewaan sendiri. Yang pakai sahaja tau. Tapi korang kena tau Olay ni produk pharmacy, diuji beberapa kali. Tapi the key to success kenalah setia guna. Jangan guna kejap tukar itu ini sebab nak hasil cepat. Korang tak usah percayalah produk-produk yang dalam masa singkat sahaja dapat memutihkan, menegangkan, mengebukan dan macam-macamlah. Semua itu BOHONG dan ada KESAN SAMPINGAN. So, berhati-hati ye. Yang paling penting keserasian produk berkenaan dengan kulit korang. Kalau mahal macam mana pun produk tu tapi hasil HAMPAS tak payah lah nak berlagak guna produk harga beribu raban tapi ZERO.

Kawan aku guna Nevea je tapi kulit putih gebu mulus..sebab produk tu sesuai dengan dia tapi kalau aku pakai tak tahulah kesannya kan.. hahaha.

Ok, tapi aku tetap setia dengan Olay sebab dia berkesan dengan kulit aku. Ada juga try produk lain,konon nak sokong barangan buatan Malaysia tapi hasilnya..oh hampa. So kembali pada pakwe lama si Olay.

ok terima kasih kerana sudi membaca, bai.

P/s: Ada sesiapa nak sponser produk Olay kat aku?

Aku Setia..

Ramai juga yang tanya, aku pakai produk apa? ( maybe kulit mukaku cantik kot huhuhu..perasan )
Jawapannya..Olay..Aku tetap setia dengan Olay dari dulu sampai sekarang!
Tak silap aku hampir 7tahun aku hanya mengunakan Olay.
Olay White Radiance Cream Cleanser merupakan produk yang aku paling setia.

http://img15.shop-pro.jp/PA01082/650/product/17837479.jpg 
Aku pernah juga nak tukar produk lain sebab bosan asyik pakai produk pencuci muka yang sama je! Tapi hasilnya amat mengecewakan kulit mukaku gatal-gatal dan tumbuh jerawat..
So aku kembali kepada Olay White Radiance Cream Cleanser.
Tak tahu la..mungkin produk itu je yang sesuai dengan kulit aku.
Kulit muka aku ni tak kisah kalau pakai bedak, cream, foundation sebarang jenama.
Tapi kalau pencuci muka memang sensitif..hanya Olay White Radiance Cream Cleanser sahaja yang sesuai dengan aku setakat ni.
Tapi aku amat bersyukur kerana produk ini murah, senang nak cari dan berkesan dengan aku, kalau kita guna produk kecantikan yang mahal-mahal pun tak guna juga kalau tak berkesan betul tak?!

Sebenarnya produk ni, mak aku yang suruh aku guna sebab dia kata masa muda-muda dulu dia guna berkesan..tak ada jerawat..kulit licin dan halus..sampai sekarang ok lagi kulit mak.
Mula-mula dulu aku pakai cream dia je..Olay white radiance uv whitening cream SPF 19

http://www.freewebs.com/dulcelindo/OLAY%203%20IN%201%20WHITE%20RADIANCE%20UV%20WHITENING%20CREAM%20SPF19%20100G%20$15.50.JPG

Then lepas Olay mengeluarkan wajah baru. Dari Olay white radiance uv whitening cream aku tukar kepada Olay white radiance intensive cream SPF 24 uv protection. Tak banyak beza cuma harga up sikit dan SPF pun up lagi..Tapi tetap sama dan berkesan.
http://ecx.images-amazon.com/images/I/41PAdkfeV6L.jpg


Aku juga ada mencuba Olay white radiance night whitening cream. Tapi aku ni jenis malas nak sapu cream malam-malam kat muka. Masa mula-mula beli memang la rajin. Bila dah masuk 2 minggu guna rasa malas dan kadang-kadang terlupa. Lepas itu jadi stock tak pakai sampai lama-lama then buang! sebab tak elok pakai barang yang dah lama open! So lepas tu aku tak nak beli cream malam cukup la cream biasa ( harian ) itu pun kadang-kadang pakai, kadang-kadang tidak! ( kalau keluar je pakai )


http://valensvanitysquare.com/wp-content/uploads/2008/02/resize-of-resize-of-olay-night.jpg



Untuk pelembap muka aku guna Olay moisturizing cream. Aku suka sebab muka aku sentiasa fresh look! Pelembap ni amat bagus untuk kulit..Perlu pakai sebelum make-up!

http://www.instylecebu.com/wp-content/uploads/2010/03/IMG-0237-1.jpg 


Sekarang ni aku dah jarang pakai cream Olay tapi pencuci muka aku tetap setia..tak boleh tukar dah! Aku pakai Elianto Miracle BB Cream SPF 25 PA+ sebab dia lengkap dengan Oil control, moisturizing dan brightening..boleh dikatakan foundation lengkap la !harga pun boleh tahan..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrtqy6x5ThTa9eiqiPJKpogLdIRpopvV39y4802TRn4cGk-oyPLrr7cS2nrFz8-l8shENwqI8Jw6wVO6tfd-wwejSlEAlKxV2bXOxnHNTKQPws0E5Jlu6xePx7uu7o3s9vWwS9uTlUmauf/s1600/BBMultiplex.jpg 

Then aku guna Anglefit Maybelline..so sweet sangat! Setakat ni 2 faundation aku guna..tetap puas hati..nak lagi up kena tunggu kerja dan pegang duit sendiri..hehhehe..
http://images.cannla.com/Main/02/92/00028392/Maybelline-Angelfit-Liquid-Foundation-Apricot-Sand-.jpg

So, apa-apa produk kecantikan ada keistimewaannya tersendiri. Kita sebagai penguna perlu menilai baik buruk..Kalau anda dah jumpa produk yang sesuai dengan kulit anda janganla tukar yang lain hanya kerana pengaruh iklan. Mungkin produk itu baik untuk orang lain tapi tak sesuai untuk kita. Jenama itu penting dan kena ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, kalau ada halal logo pun lagi bagus. Mahal atau murah bukan terletak kepada status produk atau kebanggaan tapi produk yang berkesan dan sesuai dengan kita adalah produk yang terbaik. Tak guna kalau harga beribu-ribu tapi tak ada kesan! betul tak?

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH