Friday, October 29, 2010

Kerja?


Hari yang baik! Sebenarnya semua hari adalah baik..Tapi hari ini aku mendapat panggilan ujian untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Ini kali kedua selepas jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 selepas aku STPM tapi masa itu nasib tidak menyebelahi aku kerana aku gagal ujian itu. Maybe sebab tak prepare tapi memang tak ada rezeki so janganlah dikesali. Dan hari ini selepas bergelar graduate di Usm kunjungan surat panggilan ujian SPA mengunjungi peti suratku. Tak akan aku persiakan insyaallah. Memang sesi saringan dan tapisan amat mencabar kerana ada empat peringkat yang perlu dilalui untuk menjayakan diri sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

(i)            Tapisan Awal Calon yang mendaftar secara online dengan SPA akan ditapis permohonannya sama ada memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon;
(ii)           Peperiksaan Calon yang telah melepasi tapisan awal dikehendaki menduduki peperiksaan bagi menilai pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohon, daya menyelesaikan masalah dan kemahiran bahasa. Di samping peperiksaan ini, ujian sahsiah dan minat juga diadakan;
(iii)          Penilaian kompetensi (Competency Assessment) Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasa-bahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain; dan
(iv)         Temu duga Sesi ini bertujuan menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.
( Sumber SPA Malaysia )

Memang mencabarkan untuk melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi. Dah la aku kena menduduki peperiksaan yang meliputi 7 jenis ujian yang mencabar. Kena prepare awal-awal ini tapi rasa malas la..tolonglah naikkan semangat aku ini! Exam ni hanya tinggal beberapa hari je..13 /11 /2010 ini..Chayok Fara!!

Pada pandangan aku memang tapisan ini amat bagus dalam pencarian pegawai kerajaan yang berkualiti tinggi tapi yang tak bagus kalau ada menggunakan “ cable “ atau orang tengah. Itu amat tidak adil kerana menginayai orang lain yang berkelayakkan. Betul tak? Lagi satu kalau kita guna cable tapi kita tak layak atau tak ada kualiti, adakah gaji yang kita terima itu berkat/halal? Di situ persoalannya. Dah la gaji itu perlu bagi anak bini makan so fikir-fikirkanlah. Darah daging yang haram hanya sesuai di makan api neraka sahaja. Hanya Allah yang tahu. Ya Allah jauhkan aku dari kemurkaanMu ya Allah.

Rasulullah sebut hal ini menerusi sabdanya : “Sesungguhnya daging yang dibesarkan dengan sumber yang haram, maka nerakalah yang lebih utama baginya” (Riwayat at-Tabrani).

Kalau gunakan cable di atas kelayakkannya tak apa. Sebab cable sebagai orang tengah untuk mencadangkan ia mendapatkan pekerjaan itu tapi kalau STPM pun lingkup tup tup dia dapat kerja bagus..so macam mana tu?Mungkin itu rezekinya tapi kalau ada cable..itu sudah tidak adil dan di anggap menindas orang lain yang lebih berkelayakkan lagi.
Ingatlah setiap apa yang kita buat di dunia walaupun hanya sebesar zarah akan di hisap oleh Allah di akhirat kelak!


http://3.bp.blogspot.com/_e0SR7btGkwo/S-AsGTJbMmI/AAAAAAAAC4o/GKQz-Bc-DRs/s1600/bursa-kerja1.jpg

No comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.