BLOG-BLOG YANG NGERI NAK LEPAK

Salam.
Hari ini aku nak share serba sedikit tentang blog. Kepada sesiapa yang berblogwalking mesti rasa macam ngeri je masuk atau lepak kat some blogkan...bukan ngeri sebab ada hantu atau pontianak tapi ngeri dengan keadaan blog yang boleh membuatkan mata juling dan telingga berasap..betul tak?

Entry aku ni bukan nak kutuk blog orang, blog aku pun banyak kekurangan..tapi cuma teguran dan nasihat sahaja. Kalau rasa benda ini relavan sila ambil tindakan tapi kalau macam kisah dongeng korang tak payah la ambil kisah OK! Aku tegur pun untuk kebaikan bersama...dunia blogging kita ni bukan besar sangat. Masuk blog ini jumpa blogger sama juga...masuk blog itu jumpa blogger ini..lebih kurang macam tu jugalah.. Tak bercaya? try la blogwalking confirm yang kaki BW tu sama juga...lepastu tengok link-link dalam blog mereka mesti ada blogger yang fimiliarkan...

http://edwardkhoo.com/wp-content/uploads/2008/03/music-note.jpg 
1. MUZIK

Kebanyakan blog yang aku lawati memang banyak sangat pasang lagu dalam blog. Kadang-kadang rasa macam nak pengsan bila buka blog mereka. Bukan apa terkejut dengar lagu yang melalak-lalak..nasib baik aku tak lemah jantung. Kalau tak ( minta dijauhkan ).. Sebenarnya memang nampak nice tapi amat MENGANGGU sebab akan membantutkan nafsu reader untuk terjah entry-entry korang. Contohnya, aku ni suka buka banyak tab untuk terjah blog orang..korang fahamlah kalau 3-4 blog yang aku buka semua pasang lagu...apa jadi? sudah tentu macam radio rosak aku dengar. Lagi mengganggu kalau korang letak video dalam entry blog korang then letak lagu..macam mana nak tengok video dan macam mana pula nak dengar lagu korang? ganggukan..so aku click X je kat tepi tu sorry ye. Better tak payah letak LAGU la. Kalau lagu itu best sangat korang dengar sendiri je kat lappy korang.


http://dl.glitter-graphics.net/pub/590/590941r351ykwhz6.gif

2. BACKGROUND / LATAR BELAKANG

Cuba korang tenung lama-lama gambar kat atas ni. Pening tak? kalau tak pening baguslah. Memang la blog korang nampak hebat daripada blog orang lain sebab ada background ala-ala hujan tapi amat sakit mata ye. Ada juga 2-3 blog aku tengok buat background blognya macam ni. Comel tu memang comel tapi bikin gue pusing. Kalau adik-adik suka gambar macam ni better buat screen saver pc or lappy je la ye. Sebab TAK SESUAI la nyah.. Nanti tak sempat seminit dah orang tekan X..dan rasa trauma nak masuk semula blog u olls sebab dilanda migrain selama seminggu..

http://barkyrzone.files.wordpress.com/2009/07/menulis.jpg 

3. TULISAN

Dalam bab tulisan ni aku nak komen bab jenis font, saiz, warna, ejaan dan sewaktu dengannya. Aku bukanlah cikgu yang semak ujian atau exam korang tapi aku mungkin di antara reader atau pelawat blog korang. Setahu aku kebanyakan jenis font tu masih boleh dibaca lagi tapi tolong jangan guna font yang pelik-pelik yang tak sesuai dibaca oleh manusia..korang fahamkan.. Tapi yang rasa nak lari je dari blog korang bila saiz tulisan itu hanya kuman je boleh baca. Contoh macam ni ,  
 Cik Farah sangat comel.. atau jangan copy cat sebab nanti kena sumpah jadi dog!
Memang la tulisan itu boleh dibaca tapi kesian reader korang terpaksa tambah kanta spex mata. Kalau nak mempamerkan kecomelan korang pun tak payah la mencomelkan font yang sedia comel tu.
Lepas tu pengunaan warna untuk tulisan. Contoh macam ni :
Blog cik Farah pinky la.
Warna tulisan yang amat slow. Memang la aku tahu perempuan memang suka benda girly-girly tapi tolong jangan pilih warna yang geli-geli ye...sakit mata wei nak beliakkan besar-besar! Aku cadangkan kalau guna warna font, gunalah warna yang gelap macam hitam, pink gelap, hijau gelap. Tapi kena sesuai dengan background la. Kalau putih pilihlah warna gelap, kalau hitam pilih la warna terang/warna berlawanan seperti putih. Lepas itu cara korang menulis. Nak kata sms tapi blog, nak kata blog tapi apa ye ?
Aq cnta pd ko,        n3 aq omey x?        aq sk jln2 nek beskal..
Nak baca pun sesak nafas dan menghilangkan mood reader nak meneruskan pembacaan yang seolah-olah berjalan tanpa cahaya di kala malam menyelma. Lepas tu tulisan tu jangan buat colourful macam ni.
Saya Suka Warna-warni

http://api.ning.com/files/0I198iCm5LEGUzMYAf7mDt1idlt*68R7iyQvmIlC1wHMSLL9OR0gH9GONi*cjPoWROuqD6Ms7J8uCGYBxPjB4rq2MTtZZaMf/top_50_widgets_memory2.jpg 


4. WIDGET

Korang pernah masuk tak kat blog someone yang kaya dengan widget. Tak cukup jam yang melekat kat wall, jam yang boleh timbul kat side blog pun ada. Lepas tu bersepah dengan gambar kartun...meriah giler dengan widget gitu. Boleh dikatakan macam kedai serbaneka je..macam-macam ada. Kalau dah kaya dengan widget kaya jugalah dengan jumlah berat blog tu, Nak loading pun lambat. Lepas tu ada pulak bunga-bunga cinta yang berguguran di kedua-dua sidebar blog dia. Kalau boleh seluruh blog penuh musim luruh..ayooyoo..pening daaa.. Memang la nampak sweet macam gula-gula tapi sebenarnya memberatkan blog dan melambatkan proses loading. Contohnya, masa aku nak blog walking..aku ingin meninggalkan jejak tanganku tapi widget-widget ini sudah menghapuskan niat murni aku nak mengomen..sebab bila aku clik je blog dia keluar web widget yang dia pasang. Banyak kali aku buat still sama. Niat nak follow tapi aku larikkk je.. Aku ingin ingatkan kalau nak orang menghadirkan diri ke blog anda tolong buang widget yang tidak penting itu.

http://2.bp.blogspot.com/_Eos38-mt1ME/TPniizwRK2I/AAAAAAAAAFo/fO5XKgtRBGY/s1600/NoKlikKanan.GIF

5. DISABLE RIGHT CLICK

Sebenarnya benda ini amat menganggu sebab kurang mesra pengunjung. Sebab mungkin ada setengah reader yang masih tak tahu guna key untuk fungsi right click ni. Sebenarnya korang tak payah la pakai fungsi ini pun kalau orang nak cilok artikal korang..orang akan cilok juga. Dah namanya dunia tanpa sempadan. Mestilah semua benda akan dikongsikan... ( jangan kongsi bini dah la ye ).. Lepas itu aku tak suka orang guna disable highlight sebab lagi kurang mesra. Contoh, aku ni bermurah hatilah nak letak banner budak ni dalam koleksi banner aku..so aku nak copy code banner dia tapi tak boleh highlight..so minta maaflah..aku malas nak tambah kerja aku nak taip satu-satu code banner engkau. Ha siapa yang rugi..kan dah rugi iklan free dari aku. Kalau orang nak copycat korang punya cerita atau gambar..macam-macam cara ada. Tak payahlah disable right click atau disable highlight. Kalau takut orang cilok karya korang lebih baik tulis diary, baca sendiri-sendiri then simpan elok-elok. Itu pun kalau nasib korang baik, kalau tak mesti ada yang terbaca punya kahkahkah..
Tips : nak copy Ctrl C, nak paste Ctrl V, nak find Ctrl F, nak open new tab tekan Ctrl click link tu...nak tahu lagi jom ke SINI

p/s : Tak suka tak payah hirau tips aku ni..

21 comments

  1. sangat setuju.. semua point2 anda tepat mengenai sasaran..umpama gugurnya bunga sakura di gurun sahara... ehhh ade kene mengene ke???

    paling saya setuju bab letak lagu dlm blog...pastu takde button stop... arghhh stress..tak bukak dah blog dia sampai bila2...

    paling tensen, blog yg banyak widget ...nak tunggu loading, berat nak mati... tensionnnnn...

    ReplyDelete
  2. i don really like reading so i really hate number 5!

    ReplyDelete
  3. dari no.1 sampai no.5 semuanya saya setuju!!

    ReplyDelete
  4. setuju...bab yg lagu tu mmg tip top saye suka.. lg satu tak suka orang yang dari atas sampai bawah muka dia sorang je... nampak sangat gilo glamor dgn suka syok sendiri... mintak maap lah yo... lain orang, lain gomar ek.. hehe...peace!

    ReplyDelete
  5. Salams

    tahniah cikFarah sebab sudi untuk senaraikan perkara yang boleh 'menghalau' visitor buat selama-lamanya..

    kengkadang dorang ni lebih kepada syok sendiri..maklumlah pc yang dorang pakai pun top-spec..letak la beratus widget pun takde masalah bagi pc dorang..

    tapi bagi user macam saya yang guna laptop low-spec, pakai line berukband, hmmm... terpaksa klik butang X sebelum browser hang..

    ReplyDelete
  6. @khalidahmacambaguss~O_o

    setuju tu..kadang2 semua entry yang mereka tulis semua nak letak gambar sendiri..macam bukan blog tapi album gambar :)

    ReplyDelete
  7. kahkah, cikfarah.
    setuju sangat2 dengan entri ni.
    kadang menyampah nak tunggu loading widget2 segala
    sampai last2 tutup ja belog tuh.
    anyway, belog saya tak macam tu kankan opppss.
    kehkehkeh.

    ReplyDelete
  8. @athirahzaki


    blog cik atirah best...laju je loading..hehe :)

    ReplyDelete
  9. A'ah. lebih kurang macam tuh la.. haha
    Berat sangat.. paling tak suka bila orang buat tulisan baby.. iieewwwww... Kelazz statement ko nyah..

    ReplyDelete
  10. alamak..entri ni dah lame tapi syieda 1st time datang syieda. datang la blog syieda. komen sikit. syieda still need guide.^_^

    ReplyDelete
  11. mcm mne na wat icon yg mcm sis ni punyer ? yg icon "newer" , "home" , "older" ..

    ReplyDelete
  12. Saya rasa blog saya simple tapi awesome .. hahahah .. agaknye laa ..

    code dalam dunia blog sangat penting .. sebab tu , bagi yang pro dalam coding bagai ni , blog dia mesti comel .. kan ?

    jemput la singgah blog saya .. cuma blog saya ada lagu yang saya hide ^^

    http://anapoppop.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Betul tu Kak Farah!!
    Saya setuju!!

    Tapi saya tak disable right click. Saya disable "copy" terus!

    Adakah itu juga menghalau visitor?

    ReplyDelete
  14. nak copy boleh x , emangnya topiknya menarik bangat

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH