Thursday, January 20, 2011

Blogger Tarik Rambut?

http://i6.photobucket.com/albums/y217/mkhan2/6a00e54f0e6dba883400e54f13fe718833-.jpg
Apa barang tarik rambut macam ni!

Salam
Asal bergaduh je mesti tarik rambut..tak benda lain ke nak tarik selain tarik rambut, tarik la kain ke apa ke opps terlebih sudah la hahaha..adakah benda ni sinonim dengan perempuan? Ini hanya perumpamaan je. " Tarik rambut" aku umpamakan sebagai bergaduh.
Aku pelik la kenapa nak gaduh benda kecil-kecil ni. Bukan bawa ke mana pun..sudah-sudah la tu adik oii..banyak benda lain boleh buat..
Aku ni memang hobinya berblog walking...kalau malas nak update blog aku jalan-jalan kat blog yang aku follow, yang memfollow dan orang awam lain. Aku tertarik la dengan entry ni dan membuatkan aku nak tengok entry lain ( tak senonoh tol aku )..dia bergaduh dengan kawan dia juga..blogger juga..yang nak buat aku gelak berdekah-dekah ( tak baik tau ) benda bergaduhya kecil sangat..sebab kawan dia tak cantik design header untuk dia..tu je..lepas tu boleh gaduh besar..semua boleh keluar "babi" "anjing" "biawak" ..ala adik jangan la sebut nama binatang-binatang tu nanti tersedak pula mereka nanti..Boleh pula sebut-sebut nama bagai dalam blog dia..siap link lagi..aku pun yang jadi internet bergerak buka la link kawan dia..wauuu banyak entry yang meyebut-yebut nama binatang kesukaan ramai bila tengah HOT..

Aku pun malas nak layan sangat..lantak korang la..asalkan korang bahagia. Tapi ada satu blog lagi ni..memang aku terkesima membacanya..dan rasa takut pula nak masuk blog dia lagi..kalau aku takut masuk, tak mungkin jugalah aku nak komen..silap-silap aku pula yang dihanjingkan. Budak-budak sekarang ni tak makan teguran..kita tegur, pisau pula dihulur..lebih baik tak payah. Kalau nak tegur just gitu-gitu je..lebih-lebih tak payah.. Aku pun tak tahu la blogger ni marah kat sapa..sebab entry dia penuh dengan makian berbisa..serius rasa macam huhh..dia ni kenapa ye?..nasihat aku la..kalau kita nak marah seseorang tu jangan la sampai mengiktiraf seseorang itu ANAK HARAM..lepas tu jangan la nak kaitkan mak bapak budak yang kita marahkan tu juga ANAK HARAM..berdosa wei buat macam tu. Kalau korang berdosa dengan Allah, insyaallah kalau minta ampun boleh diampunkan tapi kalau dengan manusia macam mana? Mengata-gata orang lain anak haram ibarat menuduh orang berZINA..larat ke kat padang masyar nanti cari orang yang kita kata "anak haram" tu nanti?..dah la..nak gaduh tak payah buat makian yang 18SG...

Tak payah la gaduh-gaduh..bukan dapat apa pun. Lagi pun jangan gunakan Blogger ke, Facebook ke sebagai laman untuk bergaduh..kalau tak suka cara someone tu tegur la dengan cara berhemah dan beriman. Jangan jadi orang macam orang tak bertamadun. Tak perlulah cipta entry balas membalas untuk sesi serangan bom atom sesama sendiri..apa faedah korang dapat?

http://faridul.files.wordpress.com/2009/06/tikus-gaduh.jpg?w=400&h=303
Tikus pun tak gaduh macam tu tau..:)

No comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.