Saturday, October 16, 2010

External Hard Disc

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXYx9849QwR4Y_aD4FsHaSeINBG7rF0C3MDOD4mjHuGiWt3aN94HpsweG8uohy8hDfefOZWsm1JmzhAfoAKg60BLhQUoHGc1skxSbAzVDXiP5qBmu5gnKkD1EvZEkZoEVRKQ114ley3Qbt/s400/Toshiba-640GB-External-Hard-Drive.jpg

Aku mula mengenali external hard disc ( EHD ) semasa aku belajar di USM..masa itu aku tahun 1..
Sebenarnya EHD ni banyak kegunaanya..
Pada siapa2 yang kaki download drama, movie dan apa2 je yang memerlukan memory yang tinggi penyelesaiannya dapatkan external hard disc..
Aku pun tidak ketinggalan memiliki EHD aku sendiri..daripada aku beli pendrive lebih baik aku beli EHD..
Dah lama juga usia EHD aku..dalam 2tahun lebih..
Aku beli jenama Sensonic..320GB..rm 250..je.
Mungkin sekarang dah lagi murahkan..masa aku beli EHD ni, masa aku tahun 2 semester 4!
Aku beli sebab nak tampung memori laptop Acer Aspire 4520 yang hanya 120 GB je..
Sekarang ni laptop pun dah ada 500GB dan 1000GB..jelez giler!huhuhu..
Memang special EHD sebab kita boleh simpan semua data kita dengan selamat kalau laptop ada masalah or kena format, bukan semua data boleh selamatkan..( contoh macam aku format laptop hari tu..banyak yang hilang my data ).
EHD ni pun boleh menjimatkan memory laptop anda..nanti kalau terlalu banyak sangat data..lembab la laptop korang,,huhu..

 Inilah my external hard disc..tak la cantik tapi i love it!!


Tak cumel tapi menarik sebab dia banyak berjasa pada aku!

Aku juga nak share tentang tips untuk membeli external hard disc..
Sebelum beli bacalah tips-tips ini ..ok!

Tips untuk membeli external hard disk

1) Pilih yang berjenama – Untuk mendapatkan external hard disk, adalah dinasihatkan untuk memilih hard disk yang berjenama. Ini kerana, walaupun hard disk yang berjenama biasanya lebih mahal tetapi untuk jangkamasa panjang ianya lebih menguntungkan. Jika kita memilih jenama yang kurang dikenali dan murah, kemungkinan untuk cepat rosak adalah tinggi. Seterusnya boleh menyebabkan kita kehilangan data yang kita simpan dalam hard disk tersebut. Selain itu, kebaikan memilih yang berjenama adalah kebiasaannya yang berjenama menyediakan jaminan yang lebih lama. Oleh itu, jika hard disk kita rosak dalam masa jaminan, hard disk akan dibaiki secara percuma.

2) Membuat penyelidikan sebelum membeli – Adalah lebih bagus sekiranya kita melalukan penyelidikan terlebih dahulu berkenaan dengan hard disk yang kita ingin beli. Kita boleh survey di internet dengan menggunakan enjin pencari seperi google, yahoo dan sebagainya. Melalui internet, kita boleh mendapatkan maklumat seperti harga, jenama, spesifikasi dan lain-lain yang berkaitan supaya kita dapat membuat perbandingan terhadap jenama hard disk yang ada di pasaran. Kita juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan external hard disk yang kita memang ingin beli supaya kita mengetahui kelebihan dan kekurangan hard disk tersebut. Seterusnya dapat lebih meyakinkan kita untuk membelinya.

3) Sambungan pada hard disk – Untuk membeli external hard disk, jenis sambungan pada hard disk tersebut perlu dipastikan supaya kita dapat pilih yang lebih laju penghantarannya. Kebiasaannya terdapat dua jenis sambungan yang ada iaitu sambungan berdasarkan USB iaitu Universal Serial Bus atau sambungan berdasarkan Firewire. Firewire lebih laju tetapi tidak semua PC mempunyai sambungan Firewire. So perlu pastikan terlebih dahulu samada terdapat sambungan Firewire pada PC anda. Tetapi pada masa sekarang, USB port memang ada pada kebanyakan PC, so untuk memudahkan kita, lebih baik pilih yang berdasarkan sambungan USB. Selain itu, untuk sambungan USB ada dua kelajuan yang ada iaitu USB 1.0 dan USB 2.0. Sememangnya USB 2.0 adalah lebih laju. Cuma yang penting, periksa sambungan USB yang ada pada PC kita terlebih dahulu supaya senang kita memilih external hard disk yang kita nak beli.

4) Kelajuan – Seperti biasa, semua orang mesti nak hard disk diorang laju dan cepat memindahkan data. Untuk memastikan kita membeli hard disk yang laju, tiga perkara penting perlu diketahui berkenaan hard disk tersebut iaitu seek time, buffer size, dan RPM. Seek time (masa cari) yang perlu adalah kurang daripada 10ms. Manakala saiz buffer (saiz cache) yang sesuai adalah 4MB ke atas. Lebih besar saiz cache tersebut akan menyebabkan penghantaran data lebih laju. Yang ketiga adalah RPM, iaitu lagi besar nilai RPM lagi laju hard disk tersebut. RPM yang minimum untuk kelajuan yang baik adalah 5400 RPM (round per minutes)

5) Saiz hard disk – Perkara terakhir yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli had disk adalah saiz atau kapasiti hard disk tersebut. Ini sememangnya, kriteria yang memang sentiasa dipertimbangkan oleh pembeli hard disk. Untuk saiz hard disk, kita pilih berdasarkan kemampuan atau bajet kita semasa membeli hard disk. Jika kita mampu membeli hard disk yang bersaiz besar, belilah yang besar. Kebiasaannya saiz hard disk adalah 120GB, 160GB, 320GB dan seterusnya sehinggalah ke 1TB. 1TB bersamaan dengan 1000GB! Besarkan?!. Apapun sebelum beli tu, tambah extra %50 kepada saiz yang kita rasa kita perlu. Ini kerana kebiasaannya, selepas kita beli hard disk, banyak data yang kita akan simpan. Seterusnya, pergi la beli satu!!!? Selamat membeli………….
Ok..ini adalah tip2 yang berguna kepada pengguna di luar sana..Jadilah pengguna yang bijak jangan sampai "orang pijak kita"...



Sumber : http://picinfoforu.blogspot.com/


http://www.ipmart.com/contents/products/P15000/15142/extra_pic/VAIO_USB_2.5-Inch_Portable_Hard_Disk_Enclosure_Pink_ex1.jpg 
Bestnya kalau dapat EHD warna pink! i love pink so muchh!
SHARE:

No comments

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH