Friday, October 22, 2010

Janganlah membodohkan dan memperbodohkan diri.

Tajuk yang macam emo je..
Aku tengah emosi? no no no ...tidak..
Aku cuma emo dengan orang-orang yang suka membodohkan ( ada ke dalam tatabahasa ) dan memperbodohkan diri.! sungguh emo walaupun ia bukan berlaku ke atas diri sendiri.
Adakah orang-orang yang suka jadi kerbau ditarik telinga ini bodoh? Bukan bodoh atau terancat akal tapi bebal sebab membodohkan dirinya. Kenapa terlalu jahat entry ini Miss Farah..? Tidak.. Kalau tak suka jangan jejaki blog ini..OK! Kenapa? Kenapa aku tulis tajuk entry macam ni ek? Sebab isu ini la..Isu apa? entah! begap! ( bukan engkau la labi! tapi labu! )
Isu membodohkan diri sendiri atau sewaktu dengannya adalah satu isu yang ada dalam masyarakat kita sendiri.
Aku pelik sangat la kalau ada girl tu sanggup membodohkan dirinya kerana cintanya kepada seorang lelaki. Sanggup buat apa sahaja, sampaikan duit pun berhabis sebab lelaki, dah la duit habis, body pun mungkin  melayang!. Tapi lelaki itu macam han**** dia layan girl itu. Tak cukup dengan itu sanggup dengar cakap lelaki itu...suruh itu dia buat then suruh ini dibuat..Wei kenapa ni ha?? dah kena ubat bodoh2 ke ( bkn guna2 ). Then dengan kawan pun dia kena buli..ish2..macam cerita gadis lurus tiang macam bawang putih bawang merah je...penonton pula rasa nak lempang mak tirinya!

Aku tak suka sekali kalau ada girl terlalu taat pada bfnya ( heii! dia belum tentu jadi suami ko la! lagi pun dia bukan suami ko! jangan jadi bodoh ).
Contoh : Gadis A : Kenapa tak makan ni?
              Gadis B : Aku diet la.
              Gadis A : Kenapa pula? Ko kan dah ok macam ni?
              Gadis B : Pakwe aku suruh diet..dia tak suka aku gemuk.
              Gadis A : Kalau ko gemuk kenapa?
              Gadis B : Dia tak nak jumpa aku lagi.

Ok! Disini sudah terang lagi bersuluh yang bf si gadis B ini memang tak ikhlas ye. Sebab dia tak dapat nak terima perempuan itu seadanya. Kalau ada orang nak berkawan atau berteman dengan anda mengenakan syarat anda perlu blah je..Jangan memperbodohkan diri anda! Kalau dia itu memang dah jadi milik anda contohnya suami anda, lain ceritala..mungkin dia inginkan kesempurnaan seorang isteri walau hakikatnya manusia memang tak sempurna..lagipun isteri perlu berhias untuk suami..betul tidak? Ini belum lagi kahwin dah pandai nak ubahsuai cakap muka hitam la, jerawatla, kurus sangatlah, gemuk la..itu tanda dia tidak ikhlas..tinggalkan sahaja orang macam ni..berlambak lagi yang lain.
Lagi.......aku memang tak suka sangat perempuan yang terlalu murah harga cinta..suka lelong cinta..ok! itu perbuatan hampas lagi begong ye..maaf terkasar bahasa..saya hanya memberi pendapat!
Pantang je bila lelaki itu puji..eh awak cantik?dah la berangan macam dalam filem hindustan..sebenarnya ia bukan pujian tapi jerat..jerat percintaan..uh uh uh!
Lagi satu..( sebenarnya banyak lagi nak tulis )..janganlah anda merendahkan diskaun untuk orang mendapatkan cinta..bukan aku suruh jual mahal sangat sampai tak laku tapi jangan jadi murahan! Jangan baru kenal dah terima cinta..Itu macam terdesak je ! Dan janganlah terpedaya dengan lelaki yang panggil "sayang", rindu, dan jiwang karat itu. Itulah modal murah untuk membeli cinta..lojik ke kalau kenal beberapa hari dah cakap itu semua..sengal..! So ambik masa untuk menilai seseorang itu...
janganla menjadi minah perasaan..hei! takkan orang itu jeling dan tengok engkau, engkau dah kata dia suka kat engkau.........

Motif entry ini!..tolongla jangan merendahkan martabat dan maruah anda..letak la ia ditempat yang sepatutnya..jangan sampai dipijak2! Jangan sampai menjadi ejekan orang!..bukan ditujukan untuk sesiapa! maaf kalau dah terkunyah cili! Dan lagi satu! Kalau kita tahu ada orang nak mengunakan kita janganlah asyik ikut telunjuk orang itu!! wei jangan la bendul sangat..tak guna ada pelajaran kalau nak membantah pun takut.. Perlu berani memperjuangkan hak diri! Jangan jadi kerbau yang disuruh membajak sawah.. ;)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA00UujczPN0PZ9g4CTDsaqGudyA2qgpMiZB6vHMq4NufuxoE-gg4gf_wiffFcJH_2Lnl7XOfc6jhr1IFFkJpB_TJAXrnofZpGGGdZIzoK5yjgZHixsuH6HnEftD4G8dlnnxCQ1hBZykk/s400/i+give+u+my+heart.jpg
SHARE:

3 comments

  1. eh?
    kenapa tak ada orang komen kat artikel yg hebat ni?

    ya..jangan keliru, saya bukan sindir. Tapi saya terpaksa puji sebab artikel ini cukup berterus terang dan jelas sejelas-jelasnya.

    (saya tahu cikFarah tak perlukan pujian sebab self-esteem orang berjiwa positif sememangnya dah cukup tinggi..dan pujian yg sebenar hanya untuk Allah.)

    apa pun, these good words are worth to be spread.

    sedih bila lihat orang yang kita kenal jadi hamba cinta yang belum pasti. Yang dah kahwin sibuk pulak nak bercerai.

    Mungkin betul la kata Shakespear (walaupun dia bukan nabi atau rasul).."Penyakit gila masih ada peluang untuk sembuh, tetapi kebodohan itu tiada ubatnya".

    ReplyDelete
  2. baik kita berhabis pulas untuk Allah daripada owg yg xtahu makna penghargaan

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH