Sunday, October 3, 2010

Kelentong? Hipokrit?

Salam pembuka bicara..
Masa untuk mengupdate blogger!
Ini la masanya sebab aku tak ada kerja..
Aku bukan penulis yang pro tp aku memang minat menulis..
Aku tidak pandai meyusun kata tapi hanya penulisan ini sahaja aku mampu tulis..
Bagi yang suka singgah ke blog aku ni..aku minta maaf banyak2 kalau kamu semua tak suka cara penulisan aku ni..
Aku menulis bukan untuk "sound" or sakitkan hati orang lain.. tp untuk diri sendiri dan lillahitahala..
Hanya untuk menegur kelemahan diri dan secebis nasihat untuk tatapan umum..
Selemah2-lemah iman adalah kita "menegur" atau menegah perbuatan buruk di dalam hati..
Ia aku akui, aku manusia yang lemah..
Aku hambaMu yang lemah..
Banyak yang perlu diperbetulkan..
di dalam dan di luar..

Hmm tak perlulah kita nak war2kan pe yang kita nak buat cukup Allah je yang tau..
Berdosa rasannya kita merwar2kan perubahan kalau "hati" dan nawaitu kita pun tidak BENAR..


Topik sekarang!
Hipokrit?
Kelentong?
Menipu?
Munafik?
dan sebagainya..
Hmm memang semua itu memang diketegorikan sebagai "adik-beradik" seemak dan sebapa..
Mengarut je aku ni..memang nak "mengarut" in my opinion!

Begini dan begitu mulanya!
apa ek?
Macam mana nak mula..
Pernah ke dengar peribahasa English
" Dont judge a book by its cover"
meluas juga peribahasa itu digunakan..
atau "alim2 kucing" bila depan kita baik!, belakang hanya Allah je yang tahu..

Anda pernah ke tidak berjumpa dengan seorang yang nampak baik tp hanya Allah yang tahu ( tidak layak aku mengelarkan orang itu begitu dan begini, anda ada otak, ada akal, anda boleh tahu)

Bukan untuk meyuntik, menikam hati sesiapa tapi just for share..
Sharing is caring!
i care about u! of course!
OK! Contoh, tidak ada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah pergi mengadap-Nya..
Orang itu nampak alim ( islamic ), mcm uztaz kata2nya, tutur katanya sejuk di dengar ( nasi yang makan tak kenyang - nasihat ) dan nampak macam sempurna ( manusia xpernah sempurna) , peragainya
Allah yang maha mengetahui..

Apa namanya itu?
suka menipu, suka cakap tidak serupa bikin, kaki kelentong..
mungkin kalau orang tidak kenal, mesti cakap..Ya Allah baiknya dia ni, bagus, orangnya warak tapi bila dia sudah mempamerkan peragai sebenarnya..
Susah nak kata..
kalau dia kata "saya nak pergi kedai hari ini"
mungkin dalam 6 perkataan itu, anda hanya perlu percaya 1 sahaja iaitu "saya"
yang lain2 jangan la percaya..memang kaki kelentong..
Orang2 mcm ni juga cakap memang pandai..mcm ahli politik nak berkempen..
mungkin ada pakcik2 dan makcik2 yang ternganga bila org mcm ni membuahkan kata..
jangan masuk lalat dalam mulut dah la..
tapi yang sedihnya..
kata2 je berapi macam gunung berapi nak meletop..
tapi cakap tin kosong je..
bukan sahaja habuk xada..zarah pun tak ada..
Apakah ciri2 orang mcm tu?
Fikirkanlah..
Janganlah kita meletakkan diri kita di tempat yg sedemikian..
be your self!
tak guna pujian orang kalau diri sendiri hancuzz..
Kalau hari ini kamu menghipokritkan diri kamu..
tapi esok bila org tau kamu itu memang hipokrit..
sedikit pun org takkan bercaya kata2 kamu!!
so ingat!!
aku juga mengingatkan diri aku!
Jangan jadi golongan munafik yang dimurkai Allah!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXB20EoMT8NgLyqksEWKHfku5__uMsoEJfkGyO59YefOfo1QPuDwARvU1GeSv1qKysT575bl0yGf3d9rB6hu9rSmwRWIgjqSr67StMIGcVo5wWrsCmPdLecWTQpKDtpb1fRhDhB3ap35Yr/s320/14.jpg
Alim2 kucing..huhuu...


SHARE:

No comments

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH