Thursday, October 28, 2010

SOMBONG ?



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBdWsuLjAVf9aMWZ_za0oe1a36KsIsNqMaj1qFUjwn5pN0lJoGqaI5GHcO8HPNH1KU0bIAt0Rek8_yDGx_QvfyrEPQQ9PuOjJqw9Gn2b0n747pBZxM2zoPj7daOSnT-UZj4rxOM-w93sts/s400/sombong+tol+dia.jpg

Bersyukur merupakan perkara yang wajib perlu ada dalam diri manusia.
Manusia yang tak tahu bersyukur adalah manusia yang sombong. Bukan sahaja sombong dengan manusia tetapi sombong dengan Allah.

Orang yang tidak bersyukur ini merupakan orang yang tak tahu untuk berterima kasih ke atas jasa dan kebaikan orang ke atasnya. Hanya yang dia tahu mempertikaikan apa yang orang buat ke atas dirinya. Sungguh angguh manusia seperti ini. Betul!! Kerana mulut manusia terjadinya dosa dan kerana mulut juga manusia masuk neraka.  Seperti sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah."

Jadi perlu ingat..jangan sombong.
Apa yang terdetik dihati akan diluah ke mulut. So kena bersihkan hati anda. Ada sesetengah orang itu sembahyang tidak tinggal, mengaji Al-Quran setiap hari, dan berzikir  tapi hatinya masih tidak tenang. Kenapa? Mesti ada yang tidak kenakan…so muhasabah diri anda…mesti ada kurangnya dan mesti ada silapnya..Macam mana nak tahu..ingat apa perkara yang pernah kita buat dahulu. Manusia kalau berdosa dengan Allah..Insyaalah akan di ampun oleh Allah kalau kita bertaubat kerana Allah Maha Pemurah dan Pengampun. Tetapi kalau kita berdosa dengan manusia macam mana? 
Haa jawapannya hanya akan diampunkan dosa kita kalau kita meminta ampun kepada manusia itu tapi kalau manusia itu tidak mengampunkan kita…sepanjang hayatla kita berdosa…berhutang la dosamu di akhirat kelak!

So di sini mulut perlu dijaga. Kerana mulut juga badan binasa. Sebab lidah manusia lebih tajam dan bisa daripada mata pedang. Kerana lidah itulah fitnah berleluasa.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)..
Firman Allah Subahanhu Wata'ala dalam Surah Al- Baqarah ayat 191, tafsirnya:
"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan."


p/s semoga kita dijauhkan dari fitnah dan menfitnah…


SHARE:

No comments

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH