Jom mandi perfumes!

Assalamualaikum semua sahabat dan pembaca tercinta!

Woowww happy je korang ye weekend boleh berjimba-jimba keseronokan tapi aku keseronakan terperuk dalam bilik sambil minum kopi segera cap econsave mengharapkan mata tidak mengantuk agar segala tugasan boleh disiapkan dalam masa yang sudah ditetapkan...

Kononnya nak diet tak mau ambil nasi tapi semalam ada orang ajak dinner..so makan juga nasi dengan tomyam, ikan tiga rasa, telur dadar, dan ulam-ulam+sambal belacan..licin nasikk sebab konon 3 hari tak sentuh nasi..semalam bekecai segalanya hahaha.. tak apa, kang sakit kang siapa nak jaga, dah la duduk sensorang kat kolej ni..mak ayah nunn jauh di kampung halaman tu, so hari ni kembali no say to nasikkk..just take Shaklee chinch je..sudahhh..

Sementara nak menelaah tesis yang bikin emosi tak keruan tu meh sini aku share hobi aku nih.. Memanglah rasa macam membazir tapi dah suka, cinta, minat, finatik so tak boleh nak buat apa. Aku memang bukan jenis yang suka pakai sekali sembur setengah botol..aku jenis suka pakai sikit-sikit..asalkan aku yang bau sudahlah bukan mau mengoda lelaki atau perempuan pun kan  hahaha..tapi seronok tengok perfumes banyak-banyak macam mereka sedang beramah mesra je kahkahkah..

Kepuasan kepada aku kalau pakai perfumes dia akan long lasting, baunya melekat kat badan..tu yang aku suka. Aku tak suka bawa perfumes dalam bag sebab berat..sakit bahu tau. So aku prefer masa nak out aku dah siap sembur dan bau tu boleh tahan dalam 8jam gitu..

Macam aku ni bukan jenis setia kepada perfumes hanya kepada satu jenis je..aku ni perfumes lovers. Kadang-kadang aku rasa wooww bestnya tengok orang yang boleh setia dengan 1 perfumes selama bertahun-tahun..repeat beli perfumes yang sama je. Macam aku ni dari dulu sampai sekarang asyik bertukar perfumes je kejanya tapi BF tak tukar-tukar lagi (ehhh?!)..tapi pink still pink kan :)


Ini adalah semua koleksi perfumes aku, semua original perfumes kecuali Flora Gucci dan 212 Sexy tu je gred AAA. 

Pendapat aku perfumes gred AAA :

Kalau korang nak merasa pakai perfumes branded tu dan bajet tak cukup, bagus juga cuba gred AAA or AA ni. Dari segi kepuasan memang tak ada kepuasan pun sebab baunya tak long lasting. Tak kisah la kalau penjual tu kata 90% sama macam perfumes original tapi memang TAK SAMA. Bau memang sama tapi ketahanan tu tak sama langsung. Kalau korang larat sembur sejam sekali ok je kot hehe. Pada aku memang tak tahan lama perfumes gred-gred ni, tapi pada korang tak tahulah. Lagi pun kalau gred ni kalau pakai macam bau semacam je kalau jenis tahan lama. Contohnya dulu ada beli Escada gred perfumes..lama-lama bau masam uuwekk..kang ada orang cakap aku bau masam..padahal perfumes yang masam.

Hari tu, aku ada buat eksperimen dengan perfumes aku ni, nak uji antara banyak-banyak tu mana paling long lasting sangat..ternyatalah yang original paling long lasting..yang lain out kan tapi ni rankingnya..mana tahu korang boleh rujuk hasil ni untuk pilih perfumes korang kan.

Paling ngetop long lasting perfumes milik Cik Nurfarah:

1. Fantasy by Britney Spear.
2. Orient Van Cleef & Arpels.
3. Bill Blass
4. Guess By Marciano
 (bau paling long lasting top 4, still kekal u olls)

5. Live Luxe Jennifer Lopez
6. Emporio Armani Diamonds Intense
7. Lovely in Pink Sweet Honesty by Avon
8. 212 Sexy ( gred AAA)
9. Flora Gucci ( gred AA)


Yang body shop lupa nak eksperimen..tapi dia memang pati perfumes.

Macam mana aku buat eksperimen?

Aku guntingkan kertas kecik-kecik 9 bahagian, aku semburkan perfumes tu 1 kertas 1 perfumes dan renamekan sekali. Lepas tu biarkan dalam suhu bilik selama 3 hari...dan lepas tu try cium 1 persatu..baunya..ternyata gred perfumes langsung hilang baunya. 

Kalau korang nak server pasal perfumes dan nak perfumes best-best boleh server kat WEB ni. Ada banyak forum, rate, komen dan macam-macam as rujukan untuk beli some perfumes tu.


Tip jenama perfumes:

Kalau korang suka bau manis-manis, buah-buah dan fresh..aku suggestkan korang beli jenama selebriti macam J.LO, Britney, Lady Gaga, Katy Perry dan macam-macam lagi. Sebab kebanyakan yang aku cium bau perfumes jenama selebriti ni lebih kepada bau manis-manis, buahan dan fresh.

Kalau rasa nak kelainan boleh try designer lain macam Gucci, Prada, Dior, Lanvin, Guess, Bill Blass, Channel dan macam-macam lagi. Contohnya kalau macam Dior dan Channel bau dia mewah dan keras. Ala-ala mak datin gitu..

Kalau selebriti, Britney Spear memang perfumes dia wangi-wangi dan long lasting..bau manis-manis caremel gitu. Aku pernahlah cium tapi tak semua brand dia lah. Tapi aku suggest kalau korang nak original dan bajet boleh beli perfumes selebriti sebab dia murah sikit berbanding perfumes lain yang super mahal tu hehe..

ini mini review bau perfumes milik aku ni :

1. Fantasy by Britney Spear. - Bau dia manis-manis caremel, makin lama makin meyusuk kalbu u olls. Tinggal setengah botol, lepas habis ni mau repeat lagi.
2. Orient Van Cleef & Arpels. - Bau mewah, macam channel Coco Mademoiselle dan dior cherry. Best long lasting, mula-mula bau keras lepas tu harum dan bau lembut..
3. Bill Blass- bau dia green je..macam bunga rampai yang sangat pekat dan mewah je pakai. Kalau dalam air cond memang long lasting sangat sebab ia sesuai dalam suhu dingin.
4. Guess By Marciano- bau dia citrus plus vanilla, suka sangat.ada macam bau coklat sikit tapi nyamann..

5. Live Luxe Jennifer Lopez- baunya fruity dan segar. Bau macam fimiliar as sun flower by Elezebert Arden, escada macam gitu. ketahanan not bad la. Aku suka pakai kalau pi fakulti. Untuk half day keluar ok lah.
6. Emporio Armani Diamonds Intense- woody, sweet je bau dia, ada bau laici sikit. Bau dia soft tapi still ada bau, prefer bawa sekali this perfumes dalam bag untuk kekalkan bau I.
7. Lovely in Pink Sweet Honesty by Avon- Kalau korang pernah pakai sweet honesty yang biasa ia sama bau tau dia macam bau bedak je.
8. 212 Sexy ( gred AAA)- Bau dia keras, tapi lama-lma lembut je dan masyukk. Teringin nak beli orginal.
9. Flora Gucci ( gred AA)- Kebanyakan Gucci EDT, bau bunga-bungaan..gred mmg cpt gila baunya hilang..

Tapii................aku dah order perfumes sebotol lagi jenama Lanvin..

suruh someone hadiahkan (amboi main suruh-suruh pulak ye) kalau tak mau, tak mau marry u tauuu..hahahaha (gelak jahat)

Perfumenya adalah :    Marry Me!



Ada maksud tu tau! hahaha..ok bye, nanti dah ada perfumes ni dalam tangan aku share ye! 

Bye.

P/s: Lepas ni kena nekad takkan beli perfumes lagi, habiskan yang 10 botol plus sebotol yang Marry me, sekarang nak belasah si J.LO Luxe sampai kering dulu.. Tapi boleh kah berhenti ketagihan ini? STOPPPP FARAH JANGAN MEMBAZIR!!! 









Kegilaan Terhadap Gadget Makin Meluap-luap.

Bertenang sila bertenang.
Bersabar dan jangan gopoh.
Iskk aku ni pun tak tahu tabiat apakah ini. Gila memang gila.
Tapi tak mengila menyusahkan orang sudahlah.
Hari tu memang membuak-buak nak Blackberry, ayah dah bising. Dia kata dah banyak sangat handphong nak buat apa? Mulalah ayah mengira koleksi handphone aku..ayah kata handphong lama tu harga beribu pakailah sampai rosak, kalau rosak baru boleh tukar baru kan huhu. Ok terus matikan niat beli handphong. Aku pula jenis tak suka keluarkan simpanan dan pinjaman PTPTN untuk beli barang kehendak ni sebab memang tak berbaloi dan rasa rugi. or kedekut?! haha, kalau family yang belikan memang suka sangat sebab macam present, bila diguna akan dikenang-kenang.

Tapi HTC Ryhme aku tu hasil duit kerja dan duit blog. Ayah kata lebih baik beli barang kemas like cincin or gelang tapi aku memang kurang minat tapi terover kat gadget like handphone.
Tapi entah apa yang merasuk aku membuatkan aku nak memiliki smart phone yang menjadi kedambaan pengila gadget terkini. Htc ni dah ada orang booking nak beli. Aku jual dalam rm1xxx sebab masih ada warranty. Orang yang beli tu pun someone special, kalau tak confrm tak nak ambil harga mahal hehehe. Yela aku beli pun rm1700 takkan nak jual rm500..rugilah, kalau tolak kat kedai lagilah rugi, dah la original set. Handphone htc aku pun masih suci tulus, tak pernah terhempas..dijaga dengan cermat. Mau?

Bila fikir, duit hasil jualan tu nanti (terpaksa tunggu cukup bulan baru boleh jual ) dan tambah duit tempahan blog, nak beli smart handphone yang gempaq. Dalam kepala hotak aku sekarang nak Samsung Galaxy S III or Iphone 4S. Harga lebih kurang sama. Tapi sebelum beli kenalah server dulu, kang menyesal tak bertempat sebab kuar duit beribu tapi dapat "sampah" betul tak??



Bila aku tengok video di atas terus tersekat nak beli Iphone yang dikatakan mewah tapi macam cermin pecah seribu!

Tapi baguskah Samsung S III, dengar banyak komen blogger Samsung Galaxy S III lagi improve dari yang II punya, so rasa tersuka nak beli, reka bentuk pun smart je. Ke nak tunggu Iphone 5?

Samsung Galaxy SIII ni ada dua colour, putih dan biru gelap. Tapi aku adore warna putih salju tu, sangat cantikk okehh!


Cunkan warna putih ni. Harap boleh dapatkan next moon.





Serius, lebih tipis dan lebih bergaya!


Iphone 4s ni pun sweet juga tapi macam mudah terburai je hehe. Tanya kawan-kawan yang pakai iphone ni, softwarenya kebanyakan semua kena beli kalau jailbreak je baru boleh dapatkan pelbagai software. Kang tersilap jailbreak kot punah si iphone ni plak. 

Jadi bila fikir-fikir dan research pelbagai review kat internet, Samsung Galaxy S III yang best!



 p/s: serius kegilaan ini memang susah nak buang kerana dah tabiat aku dari dulu, membazir memang membazir tapi kepuasan itu hanya yang rasa sahaja yang akan tahu, yang tak rasa lantak kaulah nak kata apa sebab aku guna duit sendiri nak beli bukan duit "amanah" yang tak sepatutnya digunakan. Faham?

kang gila gadget dah hilang maybe pakai je apa yang ada, huhuhu. 
 
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuoO-A2xfQs0Pra0phmPYWh56mTlYcBP-THeeIv6d5TQ5Q5g3qJF6917_CPWhxUZF3Fd1erwSHgYQtHHi3ulwufY47YYPqEzFJwj6jx9GoVo_zr4IXEVfFyFEtWq0_8XQqhsNMi3r7411N/s400/fara1958.jpg

Si cantik HTC jangan nagis bila dapat tuan baru ye :')
 Tapi cik E72 still pakai sampai sekarang sebab ayah yang hadiahkan sempena convo degree ku. Sayang selalu handphone tu sebabbb 5 hari pakai bateri baru kong! kan aku dalam kalangan manusia yang tak suka cas handphone!
 

Best ke Blackberry

Amalan tahunan adalah menukar HP baru. Memang amalan tahunan pun.

Dapat green light daripada ayah for new HP. Tapi tengah mimpikan blackberry. Best ker???

Samsung memang aku tak ada nafsu nak pakai. HTC memang dalam tangan, Nokia tak ada model kecintaan, Sony Ericson of course rasa kejemuan, Iphong tak sanggup nak minta mahal-mahal silap-silap kena beku peruntukan aku.

So apakah jenama yang rasa nak diguna pakai. Ting ting ting adalah si bery hitam menjadi fokus utama tak pon ipad or tab. Mak aii dah bagi betis nak peha pulak budak ni.

Ok, sebenarnya aku minat BlackBerry Bold 9790, sangat elegen tapi bajet over 1k. Tak maula minta mahal sangat dengan ayah. Kesian ayah aku, duit lebih boleh masuk bank huehuehue..



Sebenarnya aku suka jenis hp yang macam ni aka macam E72 aku tu, yang ada button. Sangat suka dengan handphong begitu terasa mudah untuk berSMS. Tak berapa cintakan touch screen walaupun cik HTC Rhym aku tu si touch screen.

Lagi satu, aku dengar bebelan dari kawan-kawan bahawa bery hitam ini cepat habis beteri? bateri cepat panas??

Satu lagi habit aku memang tak suka cas bateri selalu. Sebab si E72 aku ni seminggu baru habis bateri. So ketahanan bateri sangat aku pentingkan untuk gajet kesayangan aku!

Semua itu bisa difikirkan dengan waras sama ada HP atau terus zasss dalam akaun aku. huehueheue. Yang penting dapat presenttt..

p/s: hari tu termimpi memiliki bery hitam ni tu pasal tetiba nak beli je. Kalau nak beli kena pastikan bukan touch screen.

English Cotton.

Assalamualaikum semua.

Hari ni result master keluar, alhamdulilah. Harap boleh tukar dari pinjaman ke biasiswa. So usaha kena gigih ler..Kepada kekawan yang dapat best result tu alhamdulilah yer..betul ke kalau DL kena 3.75 for master? tapi alhamdulilah. Result aku? rahsialah..

OK, sebenarnya aku dah lama nak cari cotton english untuk buat baju kurung, masa membeli belah di Jalan TAR hari tu, that mean sebelum balik cuti, mak aii orang macam semut api punya kemain ramai lagikk. Tak larat dan tak sempat nak memilih dan mencari cotton english idaman. Cadang nak beli yang belum siap, dan nak tempah jahit tapi tak jadi lah pula.

Seriusly suka kat design english cotton yang rose vintage, tambah-tambah colour kecintaan iaitu PINK.


Tapi, aku lebih prefer corak rose yang kecik-kecik. Almaklumlah aku ni besau, kalau dah besau, kenalah pakai corak kecik molek baru lah comel lote.



Masa kat gedung Aalia ada juga english cotton tapi coraknya tak berapa dicintai so tak beli pong.

Maybe lepas raya kot nak merembat untuk dipakai ke kuliahan. Better beli dah siap ke belum? kalau belum dalam RM60 4meter, upah dalam rm 30, tapi susah sekarang ni nak cari orang buat baju. Kalau upah kat kedai standart dalam rm50-70. Better beli dah siap kot dalam rm100 huhu.

Ok, bye.


Kegilaan terhadap Perfumes menjelma lagi.

Ohhh rasa macam tak bercaya aku beli lagi perfumes original. Tak sampai 5 bulan beli Britney Spears Fantasy EDP terus nak beli Jennifer Lopez Live Luxe original perfumes. Macam ala-ala artis pulak semua nak pakai perfumes jenama selebriti antarabangsakan. Okey, memang dah lama adore pada perfumes ni.


Memang gila la kat perfumes hahaha. Nanti dah dapat dalam tangan aku review ye. (tu pun kalau rajin menaip entry huehuehue)

Sebenarnya aku tak pernah cium pun bau perfumes ni, entah apa bau nya pun aku tak tahu. Tapi aku terpikat sebab perfumes ni popular sebabbbbbbb SASA BEST CELEBRITY FRAGRANCE 2009.

Rasa teruja nak try.  

Selain itu aku nak share perfumes yang penah aku pakai kat korang that mean jenama antarabangsa ni. Memang dari dulu minat perfumes. Suka wangi-wangi sebab aku kan wangi hahaha.

 Aku suka perfumes masa aku degree kat USM dulu. Banyak juga merembat perfumes. 

Aku first time beli perfumes tapi tak la original cuma gred AAA je tu pun harga rm45 sebotol tapi tahan 8jam uolls.

 Aku terpikat dengan perfumes ni, masa tu ada akak senior jual perfumes.

Serius wooo memang suka gila kat perfumes ni Idole d'armani. Tapi sayang seribu kali sayang, masa aku nak ambil baju, entah macam mana perfumes ni jatuh ke lantai, pecah botolnya. Sedih sangat sebab banyak lagi. Tak sampai separuh pakai dah pecah! Bau dia halus sangat dan sexy, makin lama pakai makin menyegat bau dia. Memang serasi dengan aku. Kalau ada rezeki lebih nak try beli yang original pula. 

Lepas tu aku tukar pak we eh perfumes, bukan nak curang dengan Idole d'armani tapi nak test mana yang terbaik akan dijadikan teman hidup hehehe. Aku try pulak Lancome Hypnose pun gred AAA. Beli kat akak senior yang rajin datang ke bilik berniaga (masa tu di USM). Serius lepas tester terpikat nak beli yang ni.


 
Bau dia ni fresh je. Very sweet,sexy and musky. Rasa bertenaga je pakai. Tak terlalu keras baunya. Sebotol licin dipakai sampai habis. syukrannn..


Lepas tu aku terhidu kawan aku pakai minyak wangi di bawah ni, terus rasa macam comfortable nak try.

Walaupun nampak tak berapa gempaq tapi serius 2 botol aku dah pakai perfumes ni. Sunflowers Elizabeth Ardin baunya memang tak jemu, dia tak sepekat EDP sebab dia ketegori EDT tapi memang bau dia ringan, sweet, fresh dan rasa diawangan. Memang suggestkan pada pengemar bau yang nature! Anda pasti teruja. So apa lagi kasi la hadiah hari raya kat aku tahun ni.

Ni pula aku teruja nak cuba DKNY - Fresh Blossom EDP, aku beli yang miniature perfumes ( yang kecil tu tapi original perfumes) kecil sangat tapi harga RM40. Aku tak berapa suka, entahlah kenapa. Jadi aku bagi akak aku je, sebab aku tengok dia pakai brand DKNY. Baunya wangi juga tapi macam strong sangat kat aku. Kalau orang lain tak tahu la. Test aku kot bukan macam tu.



Yang ni pula aku beli jenama cap ayam yang tak ada gred.


Rasa macam semanis darah (darah manis ke) like sugar! Suka bau dia. Tapi passing kat adik.


Aku tau ramai yang minat perfumes ni tapi dengan aku memang out. Passing kat kawan.

Brand lain yang aku rasa best, pendapat aku lah Escada Rockin Rio, Escada Sunse ( semua escada brand memang best), Gucci Envy Me, Hugo boss - Intense, Lancome Miracle.


Sesiapa ada komen tentang perfumes kesukaan. Boleh lah share-share.

Aku beli Britney Spears- Fantasy dan Jennifer Lopez Live Luxe secara online. Ni second aku beli dengan pembekal. Murah dari harga kaunter kat supermarket tapi 100% original. Servis pun cepat. Tu pasal beli kat situ, aku memang tak suka kalau servis macam siput sedut. So boleh ke Shah Fragrance

Ok bye! Selamat berpuasa :)




Tip Pengguna Tudung Bawal.

Bawal kembali.

Itulah yang terjadi selepas penat dengan fesyen tudung ekspress ala-ala langsir tingkap yang beraneka rupa tapi tetap cun walaupun ala-ala jendela berjalan. Okey berhenti merepek.. Pada peminat bawal, tapi bukan ikan bawal..mesti rasa leceh sangat nak betulkan/bentukkan tudung bawal anda supaya terletak stabil di atas kepala tanpa ada senget-senget, kelepek2..susahkan.ada yang tiup-tiup tudung tu untuk stabilkan dia. *Dilihat melalui pemerhatianku.

Aku adalah salah seorang yang susah sangat nak bentukkan tudung bawalku. Seperti gambar beberapa tahun yang lalu.

 Masa ni di USM, selekeh giler.


Macam ombak tudung aku apabila ditiup angin tapi still kelepek je tudung tu.

Jadi aku guna Kiwi Clean Starch, tak perlu guna lilin kerana lilin akan rosakkan kain bawal anda.

Bagaimana nak guna? Sembur macam pakai perfumes?

Caranya mudah je, sebelum korang iron tudung that mean masa tu iron dah dipanaskan. Sembur dekat kawasan kepala tudung...agar mudah korang bentukkan tudung tu.. Semburlah banyak yang korang rasa suka. Makin banyak makin keras kain tu. Tapi dont worry la, kalau korang basuh tudung tu, semburan itu akan hilang. Bestkan? tak ada kesan ponnng..

Serius dengan aku sangat menjadi. So fobia kepada bawal dapat dibuang..maklumlah bawal kembali. Ikan bawal semakin laku kak oiiii..

Sekurang-kurangnya tudung aku tak kelepekkkk sangat kenn.

 
Jadi bolehlah memperagakan bawal 3 tones. Tak lerr pemalas asyik nak pakai tudung segera je.

Cukuplah 3 tones, tak mau 100tones yang ala-ala tudung kena clorox tu kan. Ok ni je bagi pengubat rindu kat korang.

Sebenarnya entry ni dah lama pekasam kat save post, lama sangat tak repostkan.. Sekarang ni kerja bertimbun, rasa diri pun tak terurus, muahahaha.. Ok baii.. sambung wat keja lagikkk!!


Info tentang Perfumes.


Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari ni saja membelik pages perfumes online shop. Banyak juga perfumes yang bekenan di hati tapi kena kawal diri sebab baru je rembat Britney Spears- Fantasy EDP so kena la tunggu sipi-sipi nak empty baru boleh beli. Ni lah nafsu wanita. Suka sangat bershopping tapi aku masih boleh kawal lagi tabiat shopping aku, tak la sampai semua benda yang bekenan di hati aku nak shoppingkan. Bahaya, silap-silap boleh licin semua duit. Bahaya!!


Entry kali ni nak share sikit info pasal perfumes yang aku rasa best! Aku nak share sedikit tips sebelum korang rembat perfumes. Perfumes ni tak sama, ada pekat lekat dan ada kurang lekat pekat. Sebelum korang beli, try tengok kat kotak dia akan tulis Parfum, Eau de Parfum, Eau de Toilette, atau Eau de Cologne.

Sebenarnya keempat-empat kategori ini melambangkan kepekatan perfumes. Sedikit info yang aku translit dari info perfumes.

Parfum - Adalah perfumes berkepekatan tinggi. Sukar didapati kerana boleh menghakis kulit kerana kepekatannya. Mengandungi  15% sehingga 40% pati minyak. Digunakan untuk "membuat" perfumes. Harganya mahal dan keharuman paling kuat.


Eau de Parfum (EDP) - Adalah yang perfumes kepekatan kedua tertinggi dan juga kadang-kadang dikenali sebagai Parfum de toilette (PDT). Tahan lama sehingga 8 -12 jam, bergantung kepada pemakainya. Mengandungi  15% sehingga 20% pati minyak.

Eau de Toilette (EDT) - Kurang pekat. Mengandungi  5% sehingga 15% pati minyak. Haruman ringan. Tahan lama sehingga 4 -6 jam, bergantung kepada pemakainya. Sesuai untuk aktiviti harian.


Eau de Cologne (EDC)  - Kepekatan terendah. Biasanya mengandungi 5% dan ada mencapai 8% pati minyak. Sesuai untuk cuaca panas sebab bau tahan lama. Tahan lama sehingga 2 - 3 jam, bergantung kepada pemakainya.

Splash - Mengandungi  1% sehingga 3% pati minyak. Mungkin 30 minit atau 1 jam, bergantung kepada pemakainya.


Tapi kategori di atas hanya untuk original perfumes. Kalau yang cap ayam tu memangla bau cepat je hilangnya.




Tip dalam memilih perfume:

1)
CUBA. Anda mestilah mencuba terlebih dahulu bauan dari perfume tersebut dalam masa sehari sebelum mengambil keputusan untuk membelinya. Kenapa? Wangian dari perfume biasanya berubah mengikut peredaran waktu. Baunya akan berbeza selepas disembur dan selepas 2-4 jam selepas itu.

2)
JANGAN TIRU. Membeli perfume berdasarkan perfume yang digunakan oleh kawan anda adalah tidak digalakkan. Mungkin bauannya di badan kawan anda selesa dengan anda, tetapi tidak semestinya ianya serupa apabila dipakai oleh anda sendiri. Ini kerana kimia dalam badan tubuh setiap orang berbeza, dan ianya mempengaruhi wangian yang digunakan seseorang.

3)
MINYAK. Wangian yang digunakan pada kulit berminyak akan tahan lebih lama berbanding digunakan pada kulit yang kering. Jadi orang yang berkulit kering perlu menyemburnya sebanyak 2 kali untuk ketahanan bau yang lebih lama.

4)
DIET. Diet yang berubah secara dramatik juga akan mempengaruhi wangian yang digunakan dan ianya boleh berubah.

5)
SERBUK KOPI. Apabila mencuba wangian di kaunter, hidu serbuk kopi yang disediakan untuk menghilangkan bau dari perfume sebelumnya, kerana kemungkinan ianya akan mempengaruhi wangian yang dicuba selepas itu.

6)
HARGA. Belilah perfume dengan harga yang berpatutan dan tidak terlalu mahal.

7)
MATAHARI. Jauhkan perfume dari sinaran matahari dan suhu yang panas, kerana ianya mampu mengubah bau yang terdapat pada perfume tersebut.


# Dari perkongsian sosial network.

Selalunya, perfumes yang tahan ni, daripada jenama antarabangsa seperti Lancome, Gucci, DKNY dan sebaginya. Yang jenama tempatan pun ok juga tapi kepekatan dia mungkin tak sepekat brand antarabangsa ni. Janji sesuai dengan hidung korang sudah la kan. Kalau jenama biasa ni aku suka juga AVON.

Oklah, nanti next entry, insyaallah aku update perfumes apa yang best. Yang pernah aku try la. Hehehe. Ok, baii.

Sekarang ni aku adore pada perfumes Jennifer Lopez Live Luxe sebab pemenang best celebrity fragrance. Ada komen?

Memiliki Perfumes Original Britney Spears- Fantasy EDP

Asslamualaikum dan selamat hujung minggu kepada kekawan sekalian alam.

Terasa nak share minat about perfumes. Selalunya aku guna perfumes cap murah-murah, ala-ala nak ambil bau. Aku ni minat perfumes juga. Banyak juga dah try perfumes. So sedikit sebanyak tahu juga bau perfumes kecintaan dan bau perfumes kesakit kepalaan.

Aku memang nak merasa pakai perfumes original, tapi tak mampu nak beli sampai 300-400 hengget. Boleh beli benda lain dengan benda tu. So dalam aktiviti berblog ni, ada members blogging suggest online shop yang jual perfumes original, bukan gred AAA dan bukan reject perfumes dan bukan juga perfumes made in Dubai. Original 100%. So ada kesempatan ni aku merembat sebotol perfumes yang best seller kat situ iaitu Britney Spears- Fantasy EDP. Aku sell my old camera kat my honeydew, so ada balance yang belum pay, so aku gunakan kesempatan suruh dia pay kat online shop and I get this perfumes. Sama juga tukan, ala suruh dia beli aka bayar hutang yang balance tu hahaha. Aku beli kat Shah Fragrance, di facebook beliau. If kalau korang serius nak beli je pm tau, kalau main-main better tak payah nak menyibuk..tengok je. Memang good servis, you pay today, tomoorrow mereka post dan lusa dah sampai dalam tangan. Entry ini ala promote la, tapi no sebarang payment tau. Mula-mula ragu-ragu juga original ke tidak sebab harga jauh berbeza dengan supermarket. Tapi bila dah pakai bau dia tahan lama, semalam aku guna sampai ke malam baunya. Melekat beb.




Bau perfumes ni sangat sweet dan feminin. Halus tapi menarik. Suka 1000x. 100ml bersamaan dengan? Try tengok FB pembekal.

Selain tu, aku ada perfumes lain yang dipakai hari-hari tapi tak lama tahannya, kejap je, serupa dengan kualiti. Masa sembur je semerbak pas tu terus silent baunya haahaha.. Yang ni aku beli gred cap ayam je.


Baunya sweet juga tapi tak tahan lama sebab bukan original.

Aku juga peminat perfumes Avon, so guna juga yang ni.









Baunya sangat segar.

Dan perfumes ni paling lama tahan, bukan bau tapi tak habis-habis lagi, beli masa kat Madinah, kenangan umrah.


Ok sampai disini je kemerepekan. Beli perfumes bukan nak suruh orang lain bau tapi kepuasan diri sendiri hahaha..Boleh minta bakal suami hadiahkan 2 botol perfumes masa tunang? ehh merepek pulak.

# Aku minat yang perfumes yang sweet sweet, so boleh hadiah pada aku.

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH