Review VIVO V5


Assalamualaikun dan salam sejahtera. 
Hari ni aku nak review pasal smart phone. 
Setelah 4 tahun lebih Samsung Note 2 aku berkhidmat..dan tiga kali tukar bateri..serta menunjukkan tanda-tanda meragam yang rasa nak lempang je..sebab terpaksa 3-4 kali cas dalam sehari..padahal bateri tukar tak sampai 5 bulan..maka nmpaknya kena ada smart phone baru lah.. memang sayang cik samsung tu sebab lama berkhidmat..tapi banyak benda nak kena guna smart phone (ke memang smart phone wajib ada setiap org?)..jadi dengan gagah hati nak juga sebijik. 


Tapi sebelum aku beli..aku servei dulu dengan bajet yang sesuai. Ada 3 jenis pilihan antara Samsung J7 Prime..Oppo F1s dan Vivo V5..bajet dlm 1200 lebih kurang. 

Lastly, Vivo V5 menjadi pilihan hati..dengan harga Rm1299, Cik Vivo V5 menjadi milik Cik Farah pada 13 Jan 2017..alhamdulilah.

Puas hati!

Kenapa aku pilih Vivo V5..adakah sebab iconnya Datuk Siti Nurhaliza..mungkin ya sebab dengan adanya Tok CT sebagai icon/duta, vivo makin dikenali (tu la pentingnya marketing dengan menggunakan bintang terkenal). 

Sebab utama aku pilih Vivo V5 sebab ram..camera..memory dan design. Sebab aku memang cari ram 3 gb dan ke atas..so Vivo V5 mempunyai 4 gb ram..jadi memang pilihan utama aku di samping ke'super' an camera yang sungguh best. Berikut adalah spefikasi Vivo V5 yang boleh korang compare dengan smart phone lain. 





Sebenarnya aku suka warna rose gold tapi disebabkan ayah cakap gold lagi menarik maka pilihlah warna gold..tapi nice juga warna ni..maklumlah ayah sponser kena ikut pandangan beliau juga tu hehheehe.. 

Saiz sama besar dengan Note 2 aku, tapi Cik Vivo V5 ni lebih slim!

Warna Gold akhirnya menjadi pilihan.

Bateri pula..standart biasa la seharian boleh tahan..sebab kebanyakan smart phone touch screen lebih kurang sehari boleh tahan.. Gambar pula...sangat cantik dan menarik kerana 20mp kamera kat depan (selfie/secondary) dan 13mp depan..puas hati bab kamera dan sangat sesuai kepada kaki selfie. 

Meh Cik Farah belanja gambar dengan kamera depan Vivo V5! 🙈
Meh 1 lagi...ok cukup karang ada yang tak boleh tidur malam 😜

Ini pula free gift yang aku dapat..macam2 ada so tak rugi pilih cik vivo.. dengan harga RM 1299, complete dapat semua ni plus dengan 16 gb memori sd card.






Secara keseluruhan aku sangat berpuas hati dengan vivo v5 ni..aku bagi 5 bintang 💖💖💖..rasa happy je pakai.. 

Terima kasih juga kepada ayah sebab memahami kehendak anaknya, sebab cadang nak beli sendiri tapi ayah dah bagi green light nak sponser..alhamdulilah murah rezeki.. 
Review ini bukan review berbayar tapi review peribadi dari blog cik nurfarah. 

Kalau pihak VIVO Malaysia baca entry ni..bolehlah sponser handphone sebiji ya, Cik Farah sangatlah berbesar hati. 

Sekian terima kasih kerana membaca entry cik farah!

Senarai telifon pintar: Rebet 200 untuk bajet 2013.

Bukan tepon ini ok!



Budget 2013-Senarai Telefon Pintar Yang Diberikan Rebat RM200 -

Jumlah Senarai Telefon Pintar Yang Diberikan Rebat RM200 setakat ini yang dikeluarkan SKMM adalah sebanyak 23 Unit. Dan kemungkinan ia akan bertambah dari masa ke semasa.So, jom kita skodeng, siapa yang berminat bolehlah membelinya ye.




Syarat-syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah;

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Lebih maklumat lanjut, dengan senarai telefon yang akan ditawarkan dijangka akan diketahui dalam masa terdekat ini.
Sumber Rujukan: SKMM

P/s: kalau dah dapat telifon pintar tu kenalah pintar menggunakannya, jangan gunakan ke arah keburukan..kena bijak ye kekawan :)



Nak Samsung Galaxy Note II

Assalamualaikum,

Adore sangat pada handphong ni.

cun beb warna putih.


Entah kenapa terjatuh cinta pada brand Samsung walaupun aku pengemar Apple.

Sangat sweet macam gula-gula nakk satuu.


Tapi yang note 1 tu ada color pink tau, yang note 2 tu ada black dan white je.


tapi tapiiii yang galaxy note II yang lagikk powerkan??

 so korang yang pakai note I dan note II tu bagila komen sikit, kalau tak banyak beza, aku prefer ambil yang note I je sebab ada pink! kalau banyakkkk advantage and bezaaaa kena ambil yang note II la..

amboiii ambil??banyakk duit kau? ok wish list je, dapat tak dapat lain cerita kannn kann kan. Si new ipad ni pun tak terjaga, huahuahauhau...



p/s: memang gila gajet le..so cee bagi pendapat sikit.


 

Hadoiiii memang pink sangat mengancammm uolls!!!



lagi comel dengan casing bear yang comey lotey ni rasa macam kanak-kanak je hehehe.

ok bye! 


gambar from google.

+nak kasi hadiah kat I pun boleh :))



Demam Instagram.



Assalamulaikum.

Sekarang adalah demam Instagram.

Anda ada Iphone, Ipad, dan Android hp? Kalau ada memakai gadget tersebut. Bolehlah menggunakan Instagram. #tak tahulah blackberry boleh guna ke tak.

Instagram ni lebih kurang macam sosial network yang lain juga, macam FB, Twitter. Tapi lebih kepada album gambar. Kepada yang suka snap gambar boleh la daftar Instagram.

Gambar-gambar yang disnap boleh terus upload dalam Instagram dan boleh publish ke FB dan Twitter. Maka ramailah yang dapat menatap album online anda tu hehehe.

Kalau pakai android, boleh search Instagram dekat Play store handphone anda, kalau pakai Iphone, Ipad boleh ke App Store. Instagram adalah software percuma. Lepas dah download dalam handphone, Iphone or Ipad korang bolehlah mendaftar dengan menggunakan emel address. Dah sah semua tu, letaklah ada yang patut dalam maklumat akaun korang..dan bolehlah snap gambar dan share. Godek-godeklah Instagram tu, baru akan lebih tahu.

Lepas korang capture gambar tu, korang boleh edit guna Instagram dengan pelbagai jenis effect yang menarik sebelum korang publish dan share.

Berikut, adalah gambar-gambar yang aku upload dalam Instagram aku.








https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSzeDN_CrlMK2oOWbF5lue00BDFy6uiykuQrGpJTSnMc4RBWVvMqvCgXIfgZysXS5xM60fWDrgNqeuH8p3UNOOzvAUc1eUewPvFhqn6Jz5p2iPiZINM7WBYo3d1ncCq_4vjWe4ynNQ7ib3/s640/blogger-image-2008123488.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiz35cthESl4nW8UJcTqmTzybwWVSjTFNQMZmW0VlKoJ8s7-l4R2Qg4i9NoxFqTC1q60Knukv1cTyZf04wBlZJl7xxIM741X56pXp9nzmOGr3tmuXewsRqqRzhiz3IVTSNlg3Ln6w9yRvlN/s640/blogger-image--744687439.jpg


Menarik tak?? menarik or tidak, itu hak korang nak join atau tidak kerana ini bukanlah paksaan ye.

Kalau sesiapa yang dah ada  Instagram tu, silalah menfollow aku dengan search nama:

puteri_nurfarah


ok sekian selamat malam sayangku. baiii...





Jom edit-edit gambar.

 Assalamualaikum dan selamat pagi.

Fun memang fun kan..bila dapat edit gambar dengan guna handphone. Cuma guna 1 software dah macam-macam boleh edit, tak payah meyemak guna PS tu hehehe.

Kali ni nak kenalkan paveret software iaitu Photo Wonder.
Kepada sesiapa pengguna android ni boleh download free kat market. Search je photo wonder. Akan keluar icon macm di bawah ni :



Sekarang ni memang software ni free, tak tahu plak tetiba kena bayar hahaa..kes naya jugak. Tapi sapa yang pandai hack..semua boleh jadikan.


Software ni macam-macam boleh buat, boleh buat effect gambar, macam-macamlah, jom tengok gambar yang telah aku edit!

Letak effect neon, macam liplap liplap je.

Macam kena simbah air je muahaha..

Ini kita suka, frames ala-ala lukisan je.

Effect cahaya!

Frames lagik

Frames yang nampak cumell.

Kesayangan yang di make-up.

Bulu mata i macam real tak?

Bertukar jadi meoooww meooww..
 Bestkan guna software ni, tak rugi pakai android hehehe. Ni sayang nak lepaskan HTC ke Blackberry sebab dah jemulah asyik touch screen je.

ok, baii..


 

Kegilaan Terhadap Gadget Makin Meluap-luap.

Bertenang sila bertenang.
Bersabar dan jangan gopoh.
Iskk aku ni pun tak tahu tabiat apakah ini. Gila memang gila.
Tapi tak mengila menyusahkan orang sudahlah.
Hari tu memang membuak-buak nak Blackberry, ayah dah bising. Dia kata dah banyak sangat handphong nak buat apa? Mulalah ayah mengira koleksi handphone aku..ayah kata handphong lama tu harga beribu pakailah sampai rosak, kalau rosak baru boleh tukar baru kan huhu. Ok terus matikan niat beli handphong. Aku pula jenis tak suka keluarkan simpanan dan pinjaman PTPTN untuk beli barang kehendak ni sebab memang tak berbaloi dan rasa rugi. or kedekut?! haha, kalau family yang belikan memang suka sangat sebab macam present, bila diguna akan dikenang-kenang.

Tapi HTC Ryhme aku tu hasil duit kerja dan duit blog. Ayah kata lebih baik beli barang kemas like cincin or gelang tapi aku memang kurang minat tapi terover kat gadget like handphone.
Tapi entah apa yang merasuk aku membuatkan aku nak memiliki smart phone yang menjadi kedambaan pengila gadget terkini. Htc ni dah ada orang booking nak beli. Aku jual dalam rm1xxx sebab masih ada warranty. Orang yang beli tu pun someone special, kalau tak confrm tak nak ambil harga mahal hehehe. Yela aku beli pun rm1700 takkan nak jual rm500..rugilah, kalau tolak kat kedai lagilah rugi, dah la original set. Handphone htc aku pun masih suci tulus, tak pernah terhempas..dijaga dengan cermat. Mau?

Bila fikir, duit hasil jualan tu nanti (terpaksa tunggu cukup bulan baru boleh jual ) dan tambah duit tempahan blog, nak beli smart handphone yang gempaq. Dalam kepala hotak aku sekarang nak Samsung Galaxy S III or Iphone 4S. Harga lebih kurang sama. Tapi sebelum beli kenalah server dulu, kang menyesal tak bertempat sebab kuar duit beribu tapi dapat "sampah" betul tak??



Bila aku tengok video di atas terus tersekat nak beli Iphone yang dikatakan mewah tapi macam cermin pecah seribu!

Tapi baguskah Samsung S III, dengar banyak komen blogger Samsung Galaxy S III lagi improve dari yang II punya, so rasa tersuka nak beli, reka bentuk pun smart je. Ke nak tunggu Iphone 5?

Samsung Galaxy SIII ni ada dua colour, putih dan biru gelap. Tapi aku adore warna putih salju tu, sangat cantikk okehh!


Cunkan warna putih ni. Harap boleh dapatkan next moon.





Serius, lebih tipis dan lebih bergaya!


Iphone 4s ni pun sweet juga tapi macam mudah terburai je hehe. Tanya kawan-kawan yang pakai iphone ni, softwarenya kebanyakan semua kena beli kalau jailbreak je baru boleh dapatkan pelbagai software. Kang tersilap jailbreak kot punah si iphone ni plak. 

Jadi bila fikir-fikir dan research pelbagai review kat internet, Samsung Galaxy S III yang best!



 p/s: serius kegilaan ini memang susah nak buang kerana dah tabiat aku dari dulu, membazir memang membazir tapi kepuasan itu hanya yang rasa sahaja yang akan tahu, yang tak rasa lantak kaulah nak kata apa sebab aku guna duit sendiri nak beli bukan duit "amanah" yang tak sepatutnya digunakan. Faham?

kang gila gadget dah hilang maybe pakai je apa yang ada, huhuhu. 
 
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuoO-A2xfQs0Pra0phmPYWh56mTlYcBP-THeeIv6d5TQ5Q5g3qJF6917_CPWhxUZF3Fd1erwSHgYQtHHi3ulwufY47YYPqEzFJwj6jx9GoVo_zr4IXEVfFyFEtWq0_8XQqhsNMi3r7411N/s400/fara1958.jpg

Si cantik HTC jangan nagis bila dapat tuan baru ye :')
 Tapi cik E72 still pakai sampai sekarang sebab ayah yang hadiahkan sempena convo degree ku. Sayang selalu handphone tu sebabbb 5 hari pakai bateri baru kong! kan aku dalam kalangan manusia yang tak suka cas handphone!
 

Best ke Blackberry

Amalan tahunan adalah menukar HP baru. Memang amalan tahunan pun.

Dapat green light daripada ayah for new HP. Tapi tengah mimpikan blackberry. Best ker???

Samsung memang aku tak ada nafsu nak pakai. HTC memang dalam tangan, Nokia tak ada model kecintaan, Sony Ericson of course rasa kejemuan, Iphong tak sanggup nak minta mahal-mahal silap-silap kena beku peruntukan aku.

So apakah jenama yang rasa nak diguna pakai. Ting ting ting adalah si bery hitam menjadi fokus utama tak pon ipad or tab. Mak aii dah bagi betis nak peha pulak budak ni.

Ok, sebenarnya aku minat BlackBerry Bold 9790, sangat elegen tapi bajet over 1k. Tak maula minta mahal sangat dengan ayah. Kesian ayah aku, duit lebih boleh masuk bank huehuehue..



Sebenarnya aku suka jenis hp yang macam ni aka macam E72 aku tu, yang ada button. Sangat suka dengan handphong begitu terasa mudah untuk berSMS. Tak berapa cintakan touch screen walaupun cik HTC Rhym aku tu si touch screen.

Lagi satu, aku dengar bebelan dari kawan-kawan bahawa bery hitam ini cepat habis beteri? bateri cepat panas??

Satu lagi habit aku memang tak suka cas bateri selalu. Sebab si E72 aku ni seminggu baru habis bateri. So ketahanan bateri sangat aku pentingkan untuk gajet kesayangan aku!

Semua itu bisa difikirkan dengan waras sama ada HP atau terus zasss dalam akaun aku. huehueheue. Yang penting dapat presenttt..

p/s: hari tu termimpi memiliki bery hitam ni tu pasal tetiba nak beli je. Kalau nak beli kena pastikan bukan touch screen.

Bling Bling Cover yang Cute!

Assalamualaikum,

Selamat hari Sabtu. Hari ni terperuk di bilik je. Tak keluar pun. Cuma memotivasikan diri nak settle kan segala kerja yang bertimbun tu. Hari ni terajin nak update belog ni, banyak benda nak update untuk tatapan reader tercinta tapi tengok mood aku la. Mata pun megantuk je ni sebab bumi Bangi turun salji. Hahahaha.. Ok, nak share about bling bling cover yang sangat cute. Ter adore pada benda alah tu. Menyebabkan aku terblingkan case handphone HTC aku tu.


Aku tak coverkan semua case tu cuma separuh je.


Suka bling bling pink tapi tengok pearl white ni lagi meyerlah..lagi pun case aku warna putih. Tak nak terus lekat kat handphone, kot terguris or bling tercabut dah tak cun lagi :)


 Kat tepi lappy letak ikan buntal seekor.

Cover depan lappy letak pink rose sekuntum :) sweet kan :)


Mula-mula nak beli bling jenis macam ni tapi tak nak korbankan case original handphoneku.

Haissshhh sangat comel pinky ni.


Sangat cute cik hello kitty ni. :)


Terasa nak hias lappy macam ni tapi nanti tercabut dah tak cun lagikk.

Tips: Inginkan bling bling anda nampak lagi berbling? Letakkan cecair polish nail warna transparent di bling bling anda. Bling2 akan lebih cantik dan berkilat serta tahan lama.

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH