Beza antara anak lelaki dan perempuan..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGR5MbuyGqfeNY2bpkTHl1Ap6z5zQrViueLg5nS6Oiz-Evk7WvYmq4sN8DrS079V8ZjQcy-1U6AYrqUwHVT349AN9vCl5h5V8o3FzzJV7PzCAogzBitLB8OrR8NcU7dK1wqgcW9QbpCq8B/s1600/boy-girl.jpg

Salam..
I nak share pandangan I pada sebilangan masyarakat yang masih berfikiran macam masyarakat Arab jahilliah.. Atau lebih bahasa manisnya macam pemikiran orang tua kolot zaman dulu-dulu.. Kadang-kadang rasa jelik dengan orang macam ini. Cakap macam hampas je..jerk! . Contoh ada satu family ini kat kampung I, suami dia nak sangat anak lelaki tapi dah 5 orang keluar semua anak perempuan.. Dia tak puas hati then kahwin lagi ( alasan la tu ), lepas itu bini nombor dua dia pun beranak dan dapat baby girl juga..so macam mana tu? syukurlah engkau dapat anak..daripada buat anak langsung tak dapat!! Apa la punya orang macam tu..dah rezekinya anak perempuan so terima je lah..Kalau ada 10 anak lelaki pun kalau semua masuk pusat serenti tak guna juga..kan..sebenarnya tak semua orang macam itu just segelintir je..Cuma I rasa tak puas hati bila segolongan ibu bapa masih berfikiran begitu..nak je I sound bila dengar ada family cakap macam itu..boleh ke? hohoo memang tak boleh! tak pasal2 I kena ketuk dengan mereka..Tapi ingat tangan yang menbuai buaian bisa mengongcang dunia..Sebenarnya entry ini sesuai diberi nama beza lelaki dan perempuan tapi I fokus this pada institusi kekeluargaan je..

Bila anak perempuan belajar tinggi-tinggi
Tak payah belajar tinggi nanti duduk ceruk dapur juga!

Tapi bila anak lelaki,
Bagus nanti boleh jadi Perdana Menteri.

Bila anak semua perempuan
Huhh macam tak boleh nak diharap je nanti

Tapi bila anak lelaki,
Lega sebab semua hero-hero belaka!

Bila anak perempuan jadi PILOT
Boleh bercaya ke dia boleh bawa? Takut terhempas pula..

Tapi bila anak lelaki,
Anak aku hebat jadi Pilot!! canang satu kampung..

Bila anak perempuan buat kerja lelaki
Engkau boleh buat ke ni? macam tak boleh je..

Tapi bila anak lelaki,
Anak aku ini kuat dan rajin pula tu..engkau ada?

Bila anak perempuan bangun lewat
Heh! engkau ini nak dara ke anak kera? tak ada siapa nak buat menantu nanti!

Tapi bila anak lelaki,
Eh, tidur la..nanti bangun makan je ye..

Bila anak perempuan tak pandai dalam pelajaran
Engkau ini pemalas! kahwinkan je la lepas ini..

Tapi bila anak lelaki,
Tak apa kalau gagal pun nanti boleh tolong bapak kat kebun..

Bila anak perempuan keluar dating
Engkau ini dah miang nak berlaki ke? pangggg..

Tapi bila anak lelaki,
Cari la yang cantik sikit dan KAYA!

Bila anak perempuan drive kereta
Tak payah la..kalau macam ini bawa kereta lebih baik naik basikal, kenapa la engkau lulus lesen P..

Tapi bila anak lelaki,
Bagus engkau drive, walaupun tak ada lesen..


Semua yang di atas itu I reka je..kalau terkena batang hidung jangan la begang pula ye..hehehe..I akui memang lelaki merupakan khalifah di atas muka bumi ini yang berfungsi sebagai pemimpin tapi jangan pula direndah-rendah kemampuan wanita...Khusus pada family yang ada anak lelaki dan perempuan...layan la mereka sama rata..:)


Itu je untuk malam ini..I nak tidur!!

4 comments

  1. betul3. ni pndgn org2 zaman dulu selalunya. tapi skrg ni, tak tahu la plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. ibu dan bapa muda generasi sekarang lebih beragama dan berpendidikan. maka layanan sama pada anak wanita dan lelaki.

      Delete
  2. @norhatizah mohamed

    btul 2..kalau zaman sekarang masih ada mcm tu mmg fikiran dia macam org zaman dlu la :)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH