Saturday, October 22, 2011

MAYAT MUAAMAR GADDAFI DIPAMERKAN.

Assalamualaikum, teringin rasa untuk berkongsi berita hebat luar negara. Macam-macam terjadi di dunia sekarang ni. Buat baik akan dibalas baik buat jahat akan di balas buruk.

Jenazahnya dipamer dalam ruang dingin beku di sebuah kompleks beli belah.

Itu nasib bekas pemimpin diktator Libya, Moammar Gaddhafi yang dibunuh tentera pemberontak 2 hari lalu.

Rakyat Libya beratur di luar kompleks beli-belah di Misrata ini untuk menyaksikan buat kali terakhir jenazah bekas pemimpin negara itu, sementara pihak berkuasa berbincang dan membuat keputusan lokasi jasad gadafi akan disemadikan.

Jenazah sepatutnya dikebumikan pada Jumaat berdasarkan ajaran Islam yang menuntut jenazah dikebumikan secara segera.

Bagaimanapun kerajaan sementara menangguhkannya kerana punca sebenar kematiannya masih belum dikenal pasti.

Jasad Gaddhafi yang cuma berseluar diletakkan di atas sekeping tilam berlumuran darah dalam ruang dingin beku yang lazimnya digunakan oleh pengusaha restoran menyimpan makanan mudah rosak.

Kesan peluru juga kelihatan di bahagian kiri kepalanya.



 MISRATA: Pemimpin baru Libya memberi jaminan bahawa Muammar Gaddafi akan dikebumikan mengikut ajaran Islam, sehari selepas saat-saat terakhir dramatik beliau apabila diktator terbabit diseret dari tempat persembunyiannya dalam saluran longkang, merayu supaya tidak dibunuh ketika bandar kelahiran beliau jatuh ke tangan pejuang revolusi.

Kematian beliau kira-kira dua bulan selepas penyingkirannya menamatkan rejim hampir 42 tahun yang menukarkan negara kaya dengan minyak itu menjadi sebuah negara yang dikritik antarabangsa. Ia turut membawa Libya ke dalam era baru di mana pemimpin peralihan perlu mengatasi perpecahan dan membina semula hampir semua institusi dari awal untuk mencapai demokrasi yang diimpikan.
Pemimpin NTC bagaimanapun masih lagi tidak membuat sebarang keputusan bila dan di mana mayat Muammar Gaddafi akan dikebumikan, kata menteri penerangan Libya semalam di tengah persoalan mengenai bagaimana bekas pemimpin itu mati.
“Tiada keputusan dibuat mengenai pengebumian Gaddafi,” sama ada mayatnya masih berada di Misrata di mana ia dibawa selepas kecederaan yang membawa maut berikutan ditangkap di Sirte, kata Mahmud Shamam kepada AFP.

Pemimpin NTC dilihat begitu berhati-hati mengenai rancangan pengebumian itu, enggan untuk menjadikan kubur Gaddafi bakal menjadi tempat perhimpunan bagi penyokong setianya.

Mayat Gaddafi terbaring di sebuah kediaman persendirian di Misrata, bandaraya ketiga terbesar di Libya di mana tenteranya ditewaskan dalam kepungan berpanjangan yang terbukti menjadi salah satu titik perubahan kebangkitan selama lapan bulan, lapor seorang koresponden AFP.

Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa Gaddafi maut berikutan sebutir peluru yang menembusi ususnya berikutan penangkapan, kata seorang doktor yang memeriksa mayatnya, di tengah konflik bagaimana pemimpin Libya itu menemui ajalnya.
Gaddafi, 69, terbunuh pada Khamis selepas ditangkap oleh pejuang Libya yang menjadi kemuncak kepada kebangkitan selama lapan bulan menentang pemerintahan beliau selama 42 tahun.

“Gaddafi ditahan ketika masih hidup tetapi beliau terbunuh selepas itu. Ada sebutir peluru dan ia menjadi alasan utama kepada kematiannya, yang menembusi ususnya,” kata doktor Ibrahim Tika kepada televisyen Al Arabiya.

“Kemudian ada peluru lain di kepalanya yang menembusi dalam dan keluar kepalanya.” Terdahulu, Perdana Menteri Mahmoud Jibril membacakan apa yang dikatakan laporan bedah siasat bahawa Gaddafi diseret daripada terowong paip, ditembak di lengan dan diletakkan dalam sebuah trak di mana ia terkena tembakan ketika cuba dibawa ke hospital.

Sementara itu ahli NTC Mohamed Sayeh berkata bahawa Gaddafi akan dikebumikan pada Jumaat di sebuah kawasan perkuburan Sirte, menafikan laporan bahawa beliau akan dikebumikan di sebuah kubur rahsia. – AP/AFP



 Sumber : Berita Harian Online


 P/s : Ingatlah bahawa apa yang kita buat hari ini akan mendapat pembalasan nanti. Sekarang Allah bagi cash je. Contoh tentang Ariel Sharoon yang seperti mayat hidup. Allah maha berkuasa.. Allah maha besar. Allahhu akbar.. Marilah kita minta keampunan kepada-Nya.

6 comments:

  1. ermm menakutkan dunia zaman skrg..dunia akhir zaman..takut nak keluar rumah,,,mcm kat israel lak acu rase mlysia ni...

    ReplyDelete
  2. tengok dalam berita tghri td.
    hina mayat dia dibuat org....

    ReplyDelete
  3. baik jahat,biarla Allah swt je balas.bila da meninggal tuh,jangan la buat macam tuh mayatnya..tetap orang islam..

    ReplyDelete
  4. Kecian kt allahyarham Moammar Gadaffi,,dye xpatut diperlakukan cm2..seburuk2 dye,,dye penah memberi kebaekan kpd rakyatnya..Allahuakhbar..Al-fatihah

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.