Makan Sate Kajang.

Assalamualaikum semua. Dah lama rasanya tak update blog. Rindu pada blog mucuk nih. Ok! kerja sedang menimbun. Otak kena fokus padahal belum serius nak mengodek-godek buku. Ya Allah bagilah aku kekuatan dan keazaman..mudahkan segala urusan aku.

Muka tuan blog kena ada.


Sebenarnya aku nak share kat korang tempat makan baru yang aku pergi setelah menetap di bumi Bangi ini ( padahal restoren tu dah berabad wujudnya). Selalunya tempat peberetttt semestinya KFC, mekdi dan restoren segera lain. Hidup masyarakat sekarang ni memang suka yang segera tapi kena berkekalan yer..muahaha..tetiba plak.

Hari itu, adalah kawan cerita tentang sate kajang. So dengan hati yang terpanggil, maka aku menjejaki kaki comelku ini ke Restoren terkenal dengan sate kajang iaitu Sate Kajang Haji Samuri, dan sememangnya di Kajang..kalau tidak..takkan namanya sate Kajangkan. Sila angguk kepala beramai-ramai!

Nak tunjuk contact lens sebenarnya. First time pakai selendang macam nihh..

Pemandangan malam yang meriah.



Sign board restoren sate Kajang. Masa aku pergi ni lepas Magrib. Ramai giler orang..maklumlah hujung minggu.


Memandangkan area bawah penuh dengan manusia. Kami pilih kawasan atas yang lebih privasi dan peace!


Hidangan yang kami order. Pesanan untuk korang, kalau nak makan sini pastikan perut korang kosong baru nikmat melantak sate kat sini..


Sate kat sini gemuk-gemuk macam si pemakannya eh! Ok! sebenarnya memang sate di sini bersaiz besar tak kiralah kau gemuk ke kurus..sate tetap gedabak besar. Harga dalam 60-80sen secucuk. Tapi memang berbaloilah, makan 5cucuk pun dah rasa kenyang..tu pasal kalau nak nikmat korang kena betul-betul lapar baru pergi makan kat sana..kalau tak, rugilah.. :)


Nikmat dapat makan sate di sini. Korang belum cuba? trylah datang sana bawa family ..dan ngap sate. Kat sini bukan je menu sate semata-mata. Makanan lain seperti nasi goreng, mee dan sebagainya pun ada. Yang perlu korang order je..



Kuewtiau goreng aku, makan separuh je sebab perut dah full dengan sate. Kalau tak order kuewtiau pun tak pe. Jangan membazir yer..

Sate kat situ, sedap.. so kalau nak tahu kenalah rasa sendiri.


Korang ada teserempak aku ke kat sana? jangan segan tegur hahaha..

Puas rasa makan sate di sana. Ok baii...

5 comments

  1. sedap nyeeeee.

    aishh,terliur lah pulak . :)

    ReplyDelete
  2. memang sedap satay ni.suka makan satay ayam.
    nanti try pulak marli char keow tiow.rmai suka tapi mas makan nasi lemak sana ..sedap!

    ReplyDelete
  3. Saya baru jer upload pics masa gi makan kat satay hj samuri di shah alam ari tu. ok laaaa tak der la special sangat hanya kuah dan sambal dia lain dari yg lain.
    Senang2 tu jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan...makan hehe. Saya review restoren2 yg penah saya singgah terutama di area JOHOR...maklum la orang JB.
    Jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ bebanyak!!

    ReplyDelete
  4. Mata awak macam real je. Sesuai kat awak :)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH