Tuesday, November 2, 2010

Farmville di Facebook

Aku adalah peladang di Farmville.
Tapi semenjak dua menjak ini aku malas untuk pergi bersiar-siar di ladang mayaku.
Ini mungkin gara-gara caringku kepada blogger semakin lebih.
Rasa malas nak harvest tanaman yang masak ranum. 
Tadi aku buka farmville semua buah tembikaiku sudah masak ranum..wawawa untung besar aku!
Nasib baik la fuel aku banyak so guna jentera sahaja untuk harvest, plow dan seed..senang dan mudah! ( memang la sebab guna mouse je..kalau betul-betul pengsan la )

Inilah ladang kesayangan aku!

Sekarang ini aku dah lavel 45..kalau dulu memang syoik gile main farmville. Dalam sehari dua, tiga kali bercucuk tanam tapi sekarang aku tanam buah-buahan yang memerlukan masa berhari-hari untuk harvest!
Contoh buah tembikai. Tadi aku dah harvest buah tembikai..then lepas itu aku tanam semula tembikai! Lama sikit..malasla nak pilih tanaman yang cepat harvest.

Yang di tengah-tengah tanaman itu adalah pemilik ladang..Dia adalah aku :) comel..

Nampaknya lambatla naik lavel aku ni sebab dah jarang berfarmville.
Rasa malas la pula nak menekan mouse untuk berfarmville..
serius kulit jari aku dah makin nipis ( ye ke? )


Ini adalah ternakan aku..rasa malas nak harvest sebab banyak sangat.
Sebenarnya dah 80 hadiah dari kawan-kawan farmville aku belum accpt,. Sorry ye kawan-kawan aku busy ni, nanti aku accpt dan balas semula hadiah anda. Sayang korang sebab memenuhkan farm aku dengan hadiah! Kebanyakkan kawan-kawan farmville aku adalah mat dan minah salleh..kalau korang nak banyak gift macam aku add la mat salleh sebagai friend farmville tapi add yang memang minat main game ini di Facebook ..mereka ini aktif main farmville..Kalau nak tahu mereka ini aktif membuka ladang pergilah ke fan page farmville...carilah orang yang aktif bermain atau yang minta di add sebagai jiran di farmville!

bangunan yang ada dalam farm aku..kebanyakkan barang dah simpan dalam stor sebab ladang banyak barang.
Sebenarnya best main game ini. Bolehla berangan-angan untuk membuka ladang. Mana tahu suatu hari nanti jadi jutawan ladang..

Selamat berfarmville...

SHARE:

No comments

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH