Tuesday, November 2, 2010

MataKu semakin berasap

Aku rasakan mata aku ini macam bersinar-sinar.
Bukan sebab aku makan innershine tapi apabila asyik mengadap laptop je..
Sejak beberapa hari ini asyik mengadap binatang yang bernama BLOG!
Menjadi penagih pula aku..bukan penagih dadah ye..jangan berprasangka buruk wahai teman!
Aku ketagih mencuba blog tutorial yang aku dapati dari teman2...terima kasih kerana berkogsi..sharing is caring!
Memang seronok kalau dapat menghasilkan dekorasi blog buatan sendiri..walaupun belambak templete blog kat web-web tapi tak sama kalau kita mengedit sendiri. Sebab kalau kita ambil templete blog kat web-web mungkin ada juga orang pakai templete itu jadi..keaslian blog kita tercemar! ye ke? mengarut je..haha..tak adalah tapi kalau kita buat sendiri lagi puaskan. Tapi sekarang ini aku just guna templete disigner sahaja di blogger. Kalau nak buat betul-betul template sendiri memerlukan kesabaran dan kerajinan untuk melakukannya. Kena rajin design, then kena pandai photoshop untuk design cantik-cantik, lepas itu kena upload picture dekat photobucket..kena ambil kod html dan benda yang sewaktu dengannya..amat rumit tapi kalau menjadi teramat la puas sampai hidung kembang dan mata bersinar! :)

So sekarang ini aku just mengedit blog aku mana yang patut je..tapi templete tetap memakai templete disigner! Amat mudah senang dan menjimatkan masa kerana tidak perlu bermain kod html yang merumitkan.
Lepas itu dah la kena pakai klasik templete dan kena pilih theme minima..so amat memeningkan kepala.
Tapi kalau rajin apa salahnya mencuba..betul tak?
Sebenarnya time aku berinternet adalah selepas magrib tapi apabila dilanda ketagihan mengedit blogger..
dari pagi sampai ke malam laptop aku open. Waktu masak dia pun memasak..on je laptop ini. Harap-harap janganlah meletup..aku sayang kamu wahai laptopku kerana kamu temanku..
Mata aku ini terlalu penat mengadap benda alah ini..otot mata terlalu lemah..kepala berpinar..
Di harap tidak memberi kesan kepada spek mata ini menjadi tebal..OH tidak!


[sakit+mata4.jpg]
adakah mata anda juga rosak atau disebaliknya?
SHARE:

No comments

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH