Monday, November 8, 2010

PILIHAN AKU KPLI!! muktamad jangan menyesal!

Salam pembaca. Keputusan mtest untuk KPLI sudah keluar untuk ambilan Januari 2011 ini. So siapa yang dah mohon KPLI itu silala check keputusan anda di SINI. Selalunya kalau anda memenuhi syarat-syarat untuk KPLI insyaallah akan dipanggil untuk mtest. Kepada sesiapa tak berjaya jangan bersedih. Nanti cuba lagi..insyaallah ada rezeki next time. Aku amat bersyukur kerana di panggil mtest pada 13/11/2010 ini iaitu sabtu ni...tapi mtest itu sama tarikh dengan ujian SPA untuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik..sama tarikh dan sama masa ok! Aku membuat keputusan untuk ambil KPLI...aku ambil kos Pengajian Sosial untuk sekolah kebangsaan jenis Cina..ayaaaa...mula-mula choice tamil tapi last-last ambil cina..
Kenapa aku pilih KPLI dan kenapa aku tak nak pilih PTD ?
sebab!
buku yang aku beli..nak pinjam? beli la sendiri!
  1. Pusat ujian dekat..di Teluk Intan sahaja..Ptd jauh sikit..kat Ipoh!
  2. Minat jadi cikgu! sejak mula-mula nak masuk universiti aku dah apply pendidikan...lulus ujian tapi tersangkut kat temuduga..tapi syukur dapat USM walaupun tak dapat kos cikgu cekgi.
  3. Dah pernah ambil mtest masa semester akhir. So ini yang second ( dah tahu formatnya ). Yang first orang itu kata budak last years tak boleh ambil sepatutnya akan direject bila temuduga! Kalau nak apply KPLI kena graduan! ciss!
  4. Ini pula alasan yang aku suka....sebab dah beli buku! " Bimbingan dan Latihan Persediaan Mtest "..betapa excitednya aku..aku beli masa hari ketiga lepas mohon KPLI bulan lepas...beli tapi tak baca..!hahahaha...aku beli kat popular..murah je dua buku rm38 untuk 2buku..buku pyelidikan sosial aku lagi mahal rm160 sebuah.! huhu...
  5.  Aku suka KPLI sebab KPLI ada 5 bahagian ujian dan PTD ada 7 bahagian ujian...so pilih la yang sikit! Aku sebenarnya tak suka ujian-ujian ini..amat menguji wakaka..
  6. Aku pilih KPLI sebab soalan dia objektif ! so kalau otak aku dah jadi sengal nak pilih jawapan aku boleh main tembak-tembak! kalau tepat tembak alhamdulilah! tapi PTD ada esei! kalau esei mengarut mesti orang yang periksa paper aku akan mengeleng-geleng kepala! ini bukan peperiksaan macam PMR dan SPM or STPM..tau sebab aku pun tak tahu format apa dia guna kakakaka..( siapa suruh mengadap laptop! degil! gi study la sayang ooi )
  7. PTD banyak sangat ranking untuk melayakkan diri..lepas lulus ujian kena pergi ujian assessment centre. lepas itu kena interview..lepas lulus itu semua baru la boleh jadi PTD!!ujian pun aku tak pasti dapat lulus...KPLI pula kalau lulus ujian terus pergi temuduga lepas itu lulus temuduga ..pergi belajar kat maktab dan jadi CIKGU ( jangan terlalu mengharap Cik Farah oii..susah wei examnya )
  8. Lagi!! aku suka jadi cikgu sebab banyak CUTI!
  9. Lagi!!!!!!!!!!!!!!!! jangan fikir lagi tentang PTD..tolong jangan berbelah bahagi miss Farah oiii dan tolong doakan aku berjaya wahai reader! 
prepare nak study tapi statopp!



Selamat berjaya pada yang ambil mtest nanti!! cayang korang!muah!



    SHARE:

    3 comments

    1. @faridah farid


      belum lagi..study kat laptop dulu..study mate..tp malas btul la..bg ubt surh rajin

      ReplyDelete
    2. nuhun infona sangat bermanfaat..., salam opensource..

      ReplyDelete

    -Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
    -Kalau suka tekan LIKE.
    -Insyaallah komen anda akan dilayan :)

    Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

    Terima kasih :)

    Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH