Sunday, November 14, 2010

Kenangan Mengerjakan UMRAH

Salam! Selamat Malam..

Hari ini rasa rajin nak update entry..so i update la kan..

Alhamdulilah dapat menjejaki tanah suci pada julung kalinya..amat-amat terharu. Terima kasih kepada ayahanda dan bonda kerana membawa anakanda ke sana.
Miss farah, family dan saudara mara seramai 10 orang pergi bersama. Penerbang mengambil dua kali trip iaitu dari Kuala Lumpur ke Muscat, Oman dan dari Muscat ke Jeddah. Kami mengambil pakej Tabung Haji Travel. Sebenarnya nak pergi bulan enam tapi trip penuh..alhamdulilah 18/Julai 2010 tarikh untuk berangkat ke tanah suci. Mengambil masa 10 jam di dalam kapal terbang untuk sampai ke Jeddah sebab ada 2trip.
Muka budak baik hehehe...
Gambar ini malam sebelum bertolak ke KLIA..sebab esok selepas subuh kena lapor diri..pukul 6.40 pagi..
Malam itu kami bertolak dalam pukul 11 malam.

Masa nak tunggu penerbangan

Sempat lagi bergambar..ayah macam letih je..hehehe..
Semasa di KLIA kami sempat bergambar sakan..makanan di sana amat mahal..( tak ada motif sebut makanan hahaha )

mana kami?

Pada pukul 9.40 pagi kapal terbang bertolak ke Oman...

makanan dalam flight..sedap tapi tak serasi dengan tekak i..
Enam jam selepas itu kami sampai ke Muscat. Oman..berdebar juga naik kapal terbang ini bila angin kuat..Oman Air ni lebih besar dari MAS..

Ini gambar di Muscat Oman..walaupun airport dia tak secanggih KLIA tapi tetap best!
First time menjejaki di bumi Arab..pemandangan sekeliling hanya padang pasir..berbeza dengan Malaysia yang penuh dengan kehijauan. Suhu di sana tinggi. Perjalanan dari Oman ke Jeddah memakan masa empat jam menaiki Oman Air..Sampai ke Jeddah dalam 6.50 petang waktu di Saudi Arabia. Selepas sampai, kami kena menaiki bas ke Madinah..perjalanan mengambil masa selama enam jam ke Madinah. Ini adalah ujian yang perlu dilalui iaitu perjalanan yang panjang.

Masjid Nabawi ( amat luas masjid ini, cantik! )

Selepas chek in hotel..berehat seketika dan solat di Masjid Nabawi..

Pemandangan dari luar. ( jemaah perempuan tidak dibenarkan membawa hp dan kemera masuk ke dalam masjid sebab ada spot chek..nak bawa kena pandai sorok )
Suhu di Madinah tinggi..lebih kurang 54 darjah celsius. alhamdulilah dapat kami lalui dengan sabar. Selepas dua/ tiga hari di Madinah kami bertolak ke Makkah..Inilah episod untuk mengerjakan umrah di sana. ( detail tarikh lupa sebab jadual full dah hilang ). Kami ke Kota Makkah..lebih kurang empat jam menaiki bas.

Masjidil Haram..pemandangan diluar Masjid
Kami sampai sebelum subuh di Kota Makkah. Berehat dan tidur di hotel. Esok selepas subuh kami akan membuat umrah. Niat ihram umrah sudah dibuat semasa perjalanan menuju ke Tanah Haram...

Aku ingin menjadi tetamuMu lagi..

Rasa amat teruja apabila pertama kali melihat Kaabah secara live...suhu di Makkah rendah berbanding Madinah.

 Selepas tawaf..kami melakukan Saie..di Bukit Sofa dan Marwah


Selepas saie..muka happy! best sangat..
Selepas selesai saie..dan tahalul..alhamdulilah umrah sulung sudah selesai..Sepanjang di Makkah..Miss Farah dan family berkesempatan membuat tiga kali umrah. Syukur sangat..

perjalan dari hotel ke Masjidil Haram

Lautan manusia..walaupun kami mengerjakan umrah tetapi jumlah jemaah seramai haji..

Inilah adik saudara aku..paling muda dalam rombongan kami. Di belakang tempat burung yang aku kata di entry sebelum ini.


Di sini la ramai yang bagi makan untuk merpati itu. Yang berselubung itu bukan aku ye..hehehe..


Dalam Masjidil Haram..

Masa ini tengah tunggu Isyak..snap picture sebagai kenangan!
Di Jabal Rahmah..



Kenangan terindah..
Hari terakhir di Kota Makkah..Bersama adik saudara. Berangkat untuk ke Jeddah dan pulang ke tanah air.

Di depan Hotel Jeddah. Makan tengahari di sini sebelum naik kapal terbang ke Muscat Oman dan ke KL.

Selamat pulang ke Malaysia pada 28/7/2010..pada 12.15 tengahari waktu Malaysia..alhamdulilah semua selamat....dan aku hanya berehat 2 hari sahaja selepas balik dari Makkah...sebab aku terpaksa ke Penang untuk raptai dan convocation day aku..Penat tapi HAPPY! :)

p/s : semoga dapat menunaikan HAJI dan UMRAH lagi....amin..
SHARE:

3 comments

  1. alhamdulillah..teringin nak pergi..huhuh

    ReplyDelete
  2. dah pergi umrah dah tahun lepas tapi cuaca kat madinah waktu pagi2 sejuk giler kut

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH