Saturday, November 13, 2010

Gosip Mtest KPLI

 Salam semua!

Alhamdulilah sudah pun ambil mtest..kebimbangan sudah berkurangan tetapi masih tak hilang sebab risau menanti keputusan pula.
Pagi tadi aku bersiap-siap untuk ujian mtest. Aku bertolak seawal 7.30 pagi dengan ayah ke SMK Convent Teluk Intan untuk memduduki mtest KPLI. Ayah memang suka bertolak awal dari rumah sebab dia kata tak perlu tergesa2 sebab boleh bertenang.
Aku masa dalam kereta ambil peluang review semula buku latihan mtest.. Memang sengal tak prepare awal-awal.. Hahaha kalau prepare awal pun bukan sama soalannya..kakaka!
Aku sampai kat SMK convent lebih kurang pukul 8.10 pagi..awal sangat..orang pun tak ramai tapi ada la juga calon yang tengah menunggu.. Ayah kata dia tunggu kat luar..so aku masuk la dalam sekolah itu. Mak aku tak ikut sama sebab dia ada musyuarat. Memang berdebar juga sebab tengok calon macam lebih expert je huhu ( jangan menilai buku dengan kulitnya ye ! )..aku pula tanya kat pak guard tu mana tempat nak tengok angka giliran? dia kata kat dewan...aku cari-cari tak ada..rupanya ada calon kat situ kata pengawas yang jaga tak letak lagi!! memang lembab betul la..huuhuhu..so dia boleh bagi 1set nama untuk di sign oleh calon yang ramai..aku rasa macam tak profesional je! sebab calon tekpaksa berebut nak tengok nama dan nak tanda tangan termasuk aku juga..dah la tempat duduk kena ikut senarai nama disitu..mula-mula dia tak bagi tahu tempat duduk ikut nombor dalam senarai nama. Aku pun sign je..lepas itu lepas aku sign dia boleh bagitahu..tuan puan sila tengok nombor dekat senarai nama sebab nombor itu adalah nombor tempat duduk! so aku terpaksa menyemakkan badan aku kat mereka-mereka yang sedang mensign disitu.tengok aku nombor berapa..Ok aku nombor 9!!

Lepas itu, boleh pula pengawas itu suruh sign senarai nama yang kedua pula..ciss! tadi tak cakap awal-awal...so aku terpaksa menboloskan diri aku untuk sign semula!!dia saja nak cover dia kata " jangan risau masa awal lagi"...ye la tu puan pengawas..sadis tol la..dah  la tak ada kawan yang kenal kat situ..kalau ada boleh la bergosip-gosip.suasana di situ amat berbeza masa aku ambil mtest masa aku final semester kat IPG Penang! best weh!!.Suasana tadi amat bosan, cadang nak main nokia e72 aku ( sebab ada wifi yang open smk convent wifi )..tapi nampak pula macam berlagak pula..so aku just senyum-senyum je kat calon-calon kat situ walaupun mereka tidak mesra alam..kalau aku senyum macam kerang nanti orang kata aku mereng! so senyum manis je hahaha!! kan senyum itu sedekah!

Tamat sesi menunggu yang penat! ( penantian adalah satu penyeksaan ) kurang 5 minit pukul 9..calon-calon dibenarkan masuk! aku ni punya excited macam tak sabar-sabar nak masuk..tunggu kat pintu dewan depan sekali pulak tu, sebab nak masuk dulu..hahahaha!!

Buku soalan yang first aku jawab adalah INSAK..so kena la cepat sebab masa 30 minit untuk 135 soalan..soalan itu aku jawab "baik-baik" je walaupun dalam hati tak setuju ( jawab ikut kehendak KPM la )..dan diikuti 4 buku soalan lain..aku buat selagi termampu kalau yang tak mampu aku tembak je..malas nak pusingkan kepala sebab masa amat suntuk..daripada tak berjawab lebih baik jawab je kan,,kan..hahaha...
soalan yang aku ingat kat INSAk..adakah anda akan ketawa kalau seseorang buat lawak lucah? ( lebih kurang macam itu soalannya )..aku jawab aku bukan sahaja ketawa tapi sampai terbahak-bahak macam orang gila..siapa suruh buat lawak hahaha...sebenarnya itu BUKAN jawapan aku..aku say TIDAK la/ tidak wajar!..menjadi guru kena la senonoh sikit..kekekeke! walhal cikgu pun suka buat lawak lucah huhuu!

Selamat juga aku menjawab semua buku2 soalan mtest itu walaupun aku tak pasti kebenaran jawapan aku! tapi alhamdulilah! aku dah cuba sedaya upaya mejawabnya..walaupun aku amat panas sebab tak ada aircond..aku ini wanita iklim sejuk so kena selalu berhawa dingin..hahahaha! nanti cair macam puteri lilin kalau panas..( statement begong ) sila berak membacanya!

Aku juga orang yang beriya-iya nak keluar dari dewan lepas diumumkan boleh keluar! penat wehh exam ini walaupun tak sehebat exam2 yang aku lalui!..sebab aku rasa nak minum! sangat dahaga tekak aku! air, air..dimana? ( gatal lagi tak bawa air..padan muka kekeke )..Aku keluar tengok ayah aku tengah tunggu aku..

Lepas itu ayah aku singgah kat kedai suruh beli air dan lauk-lauk untuk makan kat rumah. Sebenarnya aku malas nak turun pergi beli bagai itu tapi ayah aku dah suruh2..aku beli ais kacang, teh ais..lauk2 aku beli gulai lemak pisang, tempe masak sambal kering, sotong sambal, dan ayam masak rendang..murah gila sebab aku suruh orang itu letak untuk sebungkus rm2..tapi banyak gila rm2..semua itu dalam rm11.5o termasuk air n abc! amat berbaloi-baloi sebab banyak dan MURAH!! rasanya tak ada tempat lain yang macam itu wei!! serius aku cakap!!!sedap pula itu!

Dalam kereta itu sempat juga bergosip dengan ayah..ayah aku kata masa ayah aku tunggu aku exam dia sembang-sembang dengan pak guard kat situ,,then ada la seorang mak cik ini..dia dengan berlagak kata..sebenarnya soalan dah bocor! anak dia dah tahu soalannya..anak dia asyik study soalan itu je..senang la nanti! amat berlagak ye,,makcik! mentang2 anak kau dah tahu soalan! then,,pak guard itu sound la mak cik ini.." kalau lulus dan dapat kerja haram la gajinya itu, kalau anak saya la macam itu takkan saya bagi! "..hahaha! diam terus mak cik itu..malula itu..Aku memang sokong apa yang dikatakan pak guard itu, kalau kita dapat kerja melalui "menipu" memang haram la duit yang kita dapat dari gaji itu...so kita kena JUJUR! baru berkat dan selamat!Ini nak menipu dan main cable je..aku tak respect langsung orang macam ini..

Daripada apa yang aku dengar dari ketua pengawas yang jaga mtest itu..dia kata dalam 60ribu memohon KPLI..hanya 50ribu berjaya mtest..then dalam 13 ribu akan ditemuduga..dan akhirnya dalam 6ribu sahaja yang akan bergelar cikgu untuk pengambilan Januari 2011!..nak bagi detail jumlahnya aku tak sempat nak salin aku bagi nombor genap je..hahha sebab itu yang aku ingat!..persaingan amat2 la tinggi! so aku harap aku dan kawan-kawan seperjuangan di USM khursus budak-budak Soc science terpilihla dalam diantara 6ribu orang itu..amin..tak lupa pada kekawan yang lain! Kepada Faridah, yong dan Izah,,mana tahu kita boleh study di IPG ( maktab ) yang sama..mesti meriah!! insyaallah ....amin.....

Terlebih rajin pula taip entry hari ini..huhu!...nak letak gambar..gambar tak snap! sorry..mood mencapture gambar tak ada sebab gementar hahaha!! so selamat berjaya yang ambil mtest hari ini!! tata..
SHARE:

9 comments

  1. gud luck la ye..btw..kalo nk jd cikgu nnt panas tu tak spttnye jd halangan.coz keje cikgu lbh berat dr tu..

    ReplyDelete
  2. @LiLy

    tq..hahaha sebenarnya dah biasa berpanas saja wat statement gitu huhu.

    ReplyDelete
  3. awk amik subjek ape ek?sy pon g mtest tadi...soalan agak sush banding tahun lepas..huhu..

    ReplyDelete
  4. @Cahaya


    saya ambil pengajian sosial ( skjc )

    AWK? memang susah pun kan.. :(

    ReplyDelete
  5. soalan da bocor ke mokcik..isyh2..xpatut2...IPg ak amik td ok la..cume kene tulis name kat setiap buku soalan..susah wei soklan..tensen2..xcukup ms menjawab..mintak2 la ap yg kita tembak mengena huhu..

    ReplyDelete
  6. @iza

    tak tahu la btul ke tak bocor..mokcik itu entah btul or x dia ckp kekeke...moga2 dapat la..aku pun guna senapang je tembak huhuuh..xtau la btul ke tak..yang tak tembak pun tak jamin btul huhuu..

    ReplyDelete
  7. sy amik pengajian pendidikan khas kat skjc..kwn sy ckp senang..wuaaa..agak tensen bila dengar dia ckp gtu..senang ke?huhu...

    ReplyDelete
  8. Aku pon arap kite same2 duk skali...best wehh...g makan sama2...sonoknye xterkiree....rindu lak...mak cik tue mesti pongai je kan...hahahahahah..amek ko..kene tembak sebijik...

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH