Tips: Kekalkan kecantikan Brooch.

Assalamualaikum dan selamat malam seluruh alam.

Brooch atau keronsang amat cun bila dia bersinar-sinar atau berdiamond tapi sangat terasa kecacatan pada brooch tu bila diamond dia tercabut walaupun 1 diamond yang kecik itu. Kalau beli brooch yang tak berdiamond macam satu ketidak cunan terasa. Mesti nak beli yang berdiamond agar memancar-mancar kilauan dari 100km lagaknya muahaha.

Tak kiralah mahal atau murah (mahal maybe tahan lama diamondnya) tak jugakan? dah buatan manusia memang ada cacat celanya. So kita yang mempunyai akal fikiran perlu berfikir dengan kritis dan kreatif untuk lebih berinovasi.

Dalam kotak ajaib ini terdapat barang kemas saya iaitu brooch. Jangan ingat aku nak menunjuk berlian-berlian aku pulak.


Sebenarnya kotak ini sangat tak sesuai untuk meletak brooch tapi aku peduli apa. Bukan salah pun kan..



Di situ terasa kecacatan kerana terdapat lompang diamond yang keciciran akibat daya tahan yang kurang. Bila sudah ada lompang begitu, mesti terfikir-fikir untuk memakainya lagi atau tidak, kalau setakat pergi pasar tu bolehla kot..huhu..iye! aku amat cerewet! tapi kalau dah emergency of courselah belasah je. ada aku kisah?

Ok, kawan-kawan sekalian alam, jomlah kita mencuba perkara remeh ini tapi sangat berbaloi dan menjimatkan wang anda daripada membeli brooch setiap masa kerana anda boleh memakai brooch anda dalam jangka masa yang lama.



Apakah ini? minuman? oh tidak. ini adalah nail polish @ pengilat kuku. Benda ni memang aku tak pakai kat kuku tapi kat brooch. eh eh eh brooch pun pakai polish nail..bagusnya kau brooch. 5 star tuan ko layan ko kan??lepas ni polish kuku kucing pulak.

Bukan begitu ye..nail polish ni digunakan untuk kuatkan diamond pada brooch agar tidak mudah tercabut ye kawan-kawan.





Sapukan nail polish pada keseluruhan diamond anda..agar dia dapat meresap ke keseluruhan diamond. Biarkan brooch anda kering.

Diamond brooch  akan lebih berkilau-kilau.



Kesemua brooch yang sudah siap di nail polish kan.


Kalau korang rajin bolehlah polishkan brooch korang sebulan sekali ke, seminggu sekali ke hahahaha.. Bukan bermaksud sekali polish selamanya akan bertahan. Brooch korang bukan sahaja tahan lama tapi nampak baru sentiasa sebab dah dipolish. Ofcourselah nampak bling blingkan..

Oklah lepas kering simpanlah ke tempat asalnya :)



ok baii! dan selamat mencuba. Kalau tak jadi aku tak tahu.



Hanya Orang Comel je Suka Benda Comel.

Assalamualaikum semua! 


Korang comel tak? ecece semua nak mengaku comel. Comel ke tak comel ke yang penting cara korang memperlihatkan kecomelan korang itu. Tapi memang kebanyakan naluri perempuan suka benda yang comel-comel, girly-girly.. yang tak suka benda yang comel-comel tu tak comel lah tu hehehe jangan marah ok? Macam aku nih, memang suka benda yang comel-comel nih..rasa sangat wahhh teruja sangat. So cute lah. Dan paling addicted SHOPPING. Berhati-hatilah siapa yang jadi my future hubby nanti. Duit dalam kocekk kena berkepuk sebab bini awak ni suka shopping tau. Senang je nak bagi kita happy go lucky..jom ajak shopping je dan suruh je aku pilih apa aku nak tapi kau yang bayarkan ye.. Eh kesian my future hubby nanti. Tak per kita tak sekejam itu hahahaha.. Nampaknya kena cari jutawan la lepas ni..ye dakk?


Oklah, entry kali ni penuh dengan gambar nak share barang-barang comel kepunyaan cik nurfarah ni. Bukan nak menunjuk tapi nak tunjukk tersangat comelnya pilihan hatiku, kalau boleh kereta pun nak cari colour pink. My dream car is Polo Volkswagen tau. Tapi is red colour not pink hehehe.

Saja nak lepaskan tension buat agsimen, so kena la create entry yang happy-happy dan comel-comel huhu. Tak mau yang tension-tension okehh?


Cover E72 yang serba pink, walaupun nampak macam hantu tapi tetap comelkan. Suka tanduk dia. Kan best ditukar jadi hello kitty. Sayang hp ni sangasangatsangat! Ayah kita marah bila tengok kita pakai cover nih. Dia suruh potong tanduk tu hehehe.



Payung nih aku beli masa balik kampung hari tu, sweetkan sebab pink dan ada hello kitty. Taklah asyik nak tumpang payung kawan je bila hujan di bumi Bangi ni.


Minggu lepas pergi cari barang kat Mr. D.I.Y, harga barang kat situ sangat murah. Ternampak beg file angry bird sangat teruja nak beli. Cuma RM4.90 je. murahkan..kalau kat tempat lain maybe nak dekat 20 hengget. sweetlah. Suka angry bird yang comel itu :)


Key chain ni nak letak kat Xperia Mini pro kita tapi tak muat, so letak kat kunci bilik je.


Box wooden. Cutekan. pinky peach jugak. Thank pada my sweet honey dew.

Cutekan penyangkut dinding. Adakah dia tahan sampai 1.5kg untuk sangkut barang??


Bekas camera yang berwarna pink!

Buah tangan dari Korea. Thank my sister for this cute item nihh.


purse coin pun still cute dan pink also.

Beg make-up still black-pink. Ahh asalkan comel sudah hehe.


Note book nih comel. Sebab tu rembat juga.


Mini teddy bear, hadiah daripada someone.


Pelapik cawan, kitter, mangkuk. Sebab meja study aku nih bukan sahaja tempat study tapi meja makan, meja bancuh kopi, meggi segala-galanya. Sampai tak ada space! flower pink. comellll.



Ok, had itu jelah nak share. Takkan nak tunjuk semua hehe.

Ok bai. Hari ni kuliah petang sampai malam, nak bayar duit kolej lagi. aduhh bila ptptn nak masuk nih. Tak suka tengok duit simpanan tetapku lokek. Hehe. Sila berjimat ye cik farah hoii.

daaaadiiiiiduuuuu..
opp lupa tuan dia pun kena buat muka cute jugak. COmel kerr? isk






Tempahan untuk Cik Emi dan Halim

Assalamualikum..
Selesai sudah mendesign dua full template untuk Cik Emi dan Halim.
Emi punya template bertemakan pink purple dan girly.
Dan first time mendesign lelaki punya blog dan citarasa pun kena kelakian.
Aku akui aku lebih mudah design girl punya blog sebab akukan wanita hahahaha..
Jom skodeng design belog mereka.

Emi Blog

Halim Blog


Nak tengok banyak2 lagi contoh jom ke MY COLLECTION

Jangan malu-malu nak tempah!

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH