Sitam Pergi Buat Selamanya.

Sedih, itulah perkataan yang mampu aku cakap.
Semalam,  4 Ogos 2011, dari pagi sampai malam tunggu Sitam balik untuk makan tapi tak balik-balik pun. Hari ni pun tunggu tapi tetap tak balik-balik :'( Selalunya kalau dia berjalan jauh pun dia still balik sebab nak makan tapi masih tak balik-balik. Bila goncang bekas makanan dia ( wishkess ) dia tetap tak balik, selalunya dia akan terus datang kalau goncang bekas makanan dia tapi still tak ada. Yang ada hanya popok dan Manja je.

Tengahari tadi, jiran aku bagitahu. Yang hitam tu kucing aku ke, dan dia bagitahu dah mati kat pokok depan rumah dia. Anak dia dah ambil pergi taham pagi tadi. Tapi tak ada kesan luka mungkin kena patuk ular. Waahhh sedih gila bila dengar. Dah la Rubi, ibu Sitam pun mati kena patuk ular :(

Sitam ni memang manja tapi dengan aku je dia mengada-gada. Malam sebelum dia hilang tu, tiba-tiba dia baring atas riba aku. Selalunya dia tak suka duduk atas riba mesti tak nak, tapi malam tu dia baring atas riba aku lepas itu boleh plak main gigit-gigit kaki aku. Esoknya dia tak balik dan dia pergi buat selamanya.... :') 2hari sebelum dia mati pun, dia main-main kaki ayah aku yang sedang tidur. Ayah aku kata Sitam ni buang tabiat ke sebab dia tak manja dengan ayah dan dia akan lari kalau ayah aku nak pegang dia. Rupa-rupanya memang betul.. :'(


Ini sitam masa kecil, dia suka main atas laptop aku. Dia sangat comel walaupun hitam. Ada 4 stoken di kaki dia dan bahagian perut warna putih :(


Sitam masa kecil sangatlah nakal. Suka main panjat-panjat.

Sitam!


Ini gambar terkini sitam, masa aku makan kat meja, mesti dia paut kat kaki aku macam nak minta makan.. AKu rindu suara dia nak minta makan :'(


p/s : Manja, adik kepada sitam dan beranak 3 ekor semalam. Tapi tetap tak sama dengan Sitam :( Rindu Sitam.

Rubi pergi selamanya

Rindu Rubi



Assalamualaikum.
Air mata masih tak kering kerana kesedihan masih menoreh jiwa ini.
Hari ini 15 Febuari 2011 mencatatkan tarikh pahit buat aku sebab kucing kesayangan aku Rubi pergi buat selamanya. Hanya tinggal kenangan dan gambarnya sebagai pengubat lara. Serius air mata masih membasahi pipi tahkala jari ini menaip entry ini. Kalau korang pernah baca tentang Rubi mesti korang kenal siapa Rubikan..:"(
Rubi suka bergambar.

Semalam Rubi hilang, anak dia masih kecil dan menyusu. Sampai malam aku tunggu Rubi tak balik-balik lagi. Anak dia memang bisinglah sebab lapar. Sampailah esok, Rubi tetap tak balik-balik rumah. Aku memanglah risau sebab anak dia masih kecil perlukan dia dan sebab lain aku sayang Rubi walaupun dia dan ngap hamster aku dua ekor dan masuk yang terbaru..dah tiga ekor jadi mangsa. Aku ingat dia merajuk kat aku sebab aku tak layan dia..( denda sebab makan hamster aku )..aku babab dia sikit dia tapi taklah kuat cuma untuk " amaran " bahawa aku marah dia. Memang aku rasa sedih sebab satu-satu hamster yang aku ada sudah dikerjakan oleh Rubi sebelum ini dia bunuh Puteh, lepas itu Akiko dan yang mutahir Umai ( Jumaat 11 Feb 2011 ).

Rubi sangat malas masa mengandung :(
Rubi suka tidur tapi Rubi dah tidur selamanya :"(

Masa ini Rubi tengah sarat mengandung anak kedua.

Aku cuma nak bagi " pengajaran " kat Rubi sebab dia nakal sangat. Aku tak hiraukan dia walaupun dia miow-miow kat aku, walaupun dia ikut aku dan dia cuba tarik perhatian aku. Cuma aku bagi makan je.. Lepas itu semalam dia tak balik sampai hari ini. Mak dan ayah aku jenuh juga cari kat rumah jiran tapi tak nampak dia. Petang tadi, masa mak aku pergi rumah jiran aku, dia kata ada nampak kucing aku kat rumah jiran depan rumah aku. Aku suruh ayah aku pergi tengokkan bawa balik. Hati aku sebenarnya amat lega masa tu sebab Rubi tak apa-apa dan mungkin merajuk kot dengan aku. Tapi bila ayah aku balik..aku sedih sangat dengar berita dari dia yang Rubi dah MATI. Ayah aku bagitahu jumpa Rubi kat parit depan jiran aku, dah mati..ayah aku tengok kat hidung Rubi ada kesan patukan ular. Amat sedih :'( Anak jiran aku kata semalam Rubi ada lepak kat rumah dia, tapi dia kata masa petang semalam Rubi macam pelik sikit..macam duduk setempat dan senyap je. Tengok-tengok hari ni Rubi dah mati!! Thank pada jiran aku sebab tolong tanamkan Rubi tadi. Aku memang tak sanggup nak tengok. Dengar pasal Rubi mati pun aku dah menagis meraung..Masa ayah kata Rubi dah mati..aku terus masuk bilik menangis teresak-esak.so sekarang masih keluar juga air mata aku. Aku rasa aku sedih lagi teruk dari putus cinta. Tak apa, aku kena lepaskan semua kesedihan aku.

Rubi dengan anak yang first dia.

Tinggal kenangan bersama anak-anak dia.
Gambar terkini, Rubi bersama anak2 pertama dia. Sama besar dengan Rubi sekarang :'(

Mesti ada sebilangan orang fikir dan kata "eleh kucing je..bukan apa pun, takkan itu pun nak sedih!" Memang orang yang tak ada kasih sayang dalam hati akan cakap macam itu. Walaupun dia hanya binatang yang bernama kucing tapi nilai kasih sayang itu terlalu halus untuk dihalusi. Yang rasa sahaja yang tahu tapi yang berkata hanya pandai berkata-kata sahaja. Tak kenal maka tak cinta. Kalau dah tak kenal dan tak cinta jangan kata apa-apa.
Mesti terbayang-bayang masa Rubi tidur :'(

Sedih :'(

Yang buat aku bertambah sedih sebab anak-anak Rubi masih kecil dan menyusu. Tadi aku terpaksa bancuh susu tepung dan bagi kat mereka. Senyap seketika dan lepas maghrib bising semula..aku bagi lagi susu. Alhamdulilah dah tidur tapi aku tahu mereka sedih sebab ibunya tak ada. Aku tak tahu sama ada mereka masih boleh terus hidup tanpa ibu disisi. Tapi insyaallah selagi aku boleh care mereka aku akan cuba. Lepas itu aku mesti rindukan Rubi sebab banyak kenangan bersama dia. Walaupun anak-anak Rubi yang dah besar ( anak first ) ada 3 ekor lagi tapi mereka tak sama macam Rubi. Walaupun korang ada 10 ekor pet sekalipun telatah dan sikap mereka sangat berbeza. Aku sedih sangat sebab Rubi selalu tunggu aku kat pintu bathroom masa aku mandi, lepas itu akan moiww-moiww kat pintu bilik aku bila dia lapar. Dia seekor kucing yang berdisplin sebab tak berak dalam rumah. Dia pandai berak kat toilet. Masa makan dia tak naik atas meja tapi duduk atas kerusi tengok kami makan dan moiw-miow nak minta sikit. Tapi kalau dah bagi sikit dia terus diam tak minta lagi. Dia amat take care anak-anak dia. Masa anak first dia, dia hanya keluar dari cage dia hanya untuk makan dan berak+kencing, lepas itu dia jaga anak dia. Dia suka tidur atas katil aku masa dia mengandung. Dia juga faham kalau orang marah kat dia, contohnya masa aku marah dia makan hamster aku dia tak pandang muka aku dan kalau nampak aku dia akan menyorok macam bersalah je.  Dan yang aku tak dapat lupa suara dia yang halus ala-ala gedik..sangat comel kalau dengar tambah-tambah kalau nak makan. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan yang tak mungkin berulang semula. Kalau dapat diundurkan masa nak peluk cium Rubi..sayang sangat kat Rubi.

Ini anak Rubi yang second. Tak tahu apa nasib mereka.

Rubi tahu dia kena marah dengan tuan dia. :"(

Rubi selalu tidur berhampiran kotak anak-anak dia.
Ini adalah gambar terakhir Rubi. Muka dia macam merajuk dengan aku.
Ini gambar terakhir aku snap. Tengok muka dia macam sedihkan..masa ni aku tak hiraukan dia. Gambar ini masa dua hari sebelum dia mati. Aku tahu Rubi sedih..:'(..Dia asyik duduk bawah meja je. Gambar ini yang paling SEDIH. Wajah dia sayu je..sebab dia pergi tak akan kembali.
Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si comel belang, dua tiga bolehku cari ..takkan sama si RUBIku sayang.

p/s : Aku tak sanggup nak tulis lagi sebab air mataku masih tak berhenti lagi. Aku harap anak-anak Rubi yang kecil tu terus hidup..amin..

RUBI balik rumah

Muka nakal!



Salam
Penat hari ini..
Siang tadi balik kampung dengan mama dan papa jap ada orang kahwin..
lepas itu ambil RUBI..
Jenuh nak pujuk mama dan papa untuk take RUBI..bila papa dah say YES
i bawa la dia balik rumah..TAPI!
Rubi terberak atas i masa on the way balik dalam kereta..
Menjerit woo..
Nasib baik taik dia tak cair..:(
Ayah just ketawa je..sebab i nak sangat ambil dia..dah elok-elok kat kampung gatal nak ambil..
bila sampai kat rumah..
i lepaskan dia..then dia terus lari..
entah tak tahu kenapa..dia macam tak suka anak-anak dia je..
jenuh i kejar..tapi tetap lari dan nyorok..
petang tadi i tengok dia kat belakang rumah i..
i umpan dengan  ikan..
dia macam nak..
bila tengok Manja ( anak dia ) follow i..dia aaauumm2 je then lari..
kejar-kejar tak dapat juga..
then nasib baik boleh pujuk..then tangkap letak kat cage dia..
bila i dekatkan dia dengan anak dia..terus dia cakar anak-anak dia..
macam tak SUkA!!
dia bising nak keluar dari cage..i malas nak peduli!! sebab nanti kalau bebaskan akan LARI!
i rasa mesti dia tak suka dan marah-marah anak dia dekat dengan dia sebab anaknya asyik nak menyusu je walaupun dah BESAR!!
tak pe i tetap kurung dia..
tapi i tetap tak mahu bagi dia tidur dalam rumah malam-malam sebab tak nak dia NGAP HAMSTER i lagi 




Ok TATA..
hope RUBI happy dan tak NGAP hamster i lagi!


Tips Memilih Hamster

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJtwvXpA9WcXsQs6nVq9lon7ziU93HqPR98jQUisn5A0R-o2tPgDLHoLU82UNVxLo-MHchIvUxXPNEBwrw7WqmZhTjciszmfPzLDFx8PX4rWewo1fAdmJ5Bbp6g9izm9iwNRwrAvZCJk0/s1600/591504_hamster.jpg

Kepada sesiapa yang teringin nak bela hamster perlu buat penilaian sebelum membeli. Takut bila dah beli jadi tak suka pula. Anda kena tahu jenis-jenis hamster sebelum memilikinya. Nanti kena tipu pula dengan tuan kedai. Kalau kat pet shop, kita tanya ok tak hamster ini.? mengigit ke tak? of course tuan kedai kata "baik, hamster ini bagus dan bla2"...lepas beli..bawa balik rumah..terus jadi tak suka sebab hamster itu liar sangat dan mengigit. Kalau nampak liar tak apa, tapi kalau dah mengigit itu yang tak tahan tu. Aku pun tak sanggup..betul tak? Di sini aku nak bagi tip sebelum membeli hamster. Ini melalui pandangan dan serba sikit research aku...

1. Pastikan hamster apa yang anda nak beli. Jenis yang kecil atau yang besar. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Kalau nak besar jenis Syiria. Kalau nak yang kecil jenis cambell, winter white, robosky dan lain2.

2. Kena pandai nak mengenal antara jantan dan betina. Info sila klik sini. Aku pernah terkena dulu. Masa tu aku pakai hentam je nak beli hamster. Aku kata nak sepasang hamster winter white tapi oarang kedai itu bagi yang jantan. Patutla tak beranak-ranak..hehehe...so kena tahu!

3. Masa nak pilih  hamster itu, anda kena la pegang-pegang hamster itu. Tengok reaksi dia. Kalau dia macam "dingin" cari la yang "mesra". Ambil masa untuk berinteraksi dengan bakal hamster anda. Tapi janganla sampai berjam2. Nanti muak pula tuan kedai. ( muak kalau tak beli )

4. Cari hamster yang aktif, jangan yang lembab. Maybe yang lembab itu sakit. Nanti mesti bosan kalau dapat hamster lembab aka sengal.

5. Lepas beli itu kena la beli cage dia. Nak tengok cage menarik? Klik sini


p/s pastikan bajet anda cukup! kelengkapan hamster memang mahal..

Beli makanan untuk si bucuk!!

Hari ni pusing2 Teluk Intan beraya kat rmh saudara mara...
so di kesempatan itu ajak ayah singgah ke PET shop!!
beli makanan utk si bucuk masam yang tinggal 3 ekor tu je...!!
3peket makanan campuran aku beli...
lebih kurang mcm ni http://i00.i.aliimg.com/photo/v0/261599134/Hamster_feed_Gourmet.jpg


pastu beli plak pasir mandi..kesian Umai, putih dan akiko yg dah lama x bergolek sakan hehehe......


Lagi 1!!....nak cari kan jodoh tuk mereka!!tapi aku terpaksa memikirkan beratus2 n bjuta2 kali!!

sebab~~

Aku xlarat nak pelihara byk2..sebab skali beranak lbh krg 8ekor!! dah la jns spesis kerap beranak dlm sebulan sekali...tup3....kalau ada 3ibu!!!!...beribu2 la aku nak malayan mreka ni!!..


tunggu ye umai, akiko n putih...nnt mama fikirkan cr menantu utk kalian!!apa2 pun mama sayang kamoo!!!

p/s~~~ pe khbr ek hamster2 aku yg aku yg kat kawan2!!.windu sama mereka!!!!!!!

Selamat Bergembira dengan Tuan yang Baru...

Sedih juga melepaskan hamster2ku pada kawan2 tapi terpaksa sebab dah banyak sangat..
KIKI dan BOBO telah diberi pada kawanku Azizul..semoga mereka happy dengan tuan baru dia..BOBO mcm merajuk je bila nak bagi pada tuan baru dia..sedih sangat tapi semoga mereka happy dan tuan baru mereka boleh take care lebih baik dari aku...

Lepas tu, JAMBUL, DONDONG, KIKO dan REZKI aku berikan pada rakanku ILyani...mereka berempat adalah hamsterku yang paling manja sekali tapi tak pe aku relakan dia bersama tuan yang baru...rindu jugak kat mereka..rasa sunyi je...sedih..

Gelagat Debu dan Demok



  • Memang best sangat pelihara hamster ni sebab mereka lucu dan mencuit hati. Kawan aku Faridah dan Yong pun suka kat mereka.
  • Aku ni kurang pengalaman memelihara hamster ni..maklum la hobi baru sebab sebelum ni aku hanya bela kucing je. Tapi aku bela kat kampung..mak dan ayah yang jaga mereka.
  • Hari kedua aku bela Debu dan Demok mereka semakin lincah sekali. Tapi Debu ni kuat mengigit..mangsa pertama kena adalah kawan aku Yong..mejerit2 dia..pastu aku plak then Faridah.
  • Semua orang dia nak gigit jari tapi dia gigit tak sakit cuma kita rasa terkejut la..tapi kelakar hahahaha....
  • Pastu, aku dan kawan2 aku jarang nak pegang Debu sebab takut dia mengigit..
  • Aku terdorong untuk mencari info tentang hamster...maklumla tak ada pengalaman..
  • Mereka berdua jenis campbell hamster...
  • comelkan!!!

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH