Dapat BABY baru.

Salam
Yes, dapat baby baru yang sangat comel.
Baby tu kembar empat..semua sihat-sihat dan montel belaka.
Sebenarnya Rubi aku dah beranak untuk yang kedua kali.
Selepas balik kampung iaitu denda untuk peristiwa lalu
Rubi bunting lagi..almaklumlah kat kampungkan banyak boyfriend so hasil dari sosialnya inilah hasilnya hahaha.
23/1/2011 Rubi selamat melahirkan empat ekor anak yang comel-comel.

Rubi yang tengah membuncit. Sangat malas. Makan tidur je. Bila anak-anak Rubi yang besar tu dekat dengan dia..dia akan marah..aaauummm. Maybe dia marah anak dia nak menyusu lagi walaupun dah besar gedabak.

Rubi suka tidur atas katil aku. Kadang-kadang dia siang malam nak tidur kat katil aku. Tak aci..lawan tokeh nampak.

Muka Rubi yang sakit bersalin
Gambar istimewa dari aku. Ini masa dia meneran anak-anak dia. Beranak atas katil pulak tu. Tapi nasib baik bukan katil aku. Nasib dia beranak dalam bilik yang tiada penghuni. Akibatnya aku terpaksa membasuh tilam itu sebab mak aku membebel..almaklumlah kucing kesayangan..:"( Takut tengok kucing bersalin. Air nifas dia memancut-mancut macam air paip..yekk!

Ada empat ekor anak Rubi. Semuanya cute. Muka gembira Rubi dapat baby baru. Kucing aku pun sayang anak dia..tapi manusia sanggup tikam anak baru lahir. Masuk syaitooon ke ?
Haa nak booking ke? Kawan aku dah booking seekor. Dia kata nak anak kucing ni bila dah besar. 
Kalau masuk anak kucing ni dah 8ekor kucing aku.

Anak-anak dia sudah diletakkan di dalam kotak. sungguh comelkan..semua colour hitam putih tapi dominan putih.



Dan di atas ini gambar anak rubi yang first dulu. Tapi tinggal 3 ekor je sebab seekor dah mati sakit cacing. 
Tinggallah Manja, Pokpok dan Sitam.


Inilah anak-anak Rubi yang first. Dah sama besar macam mak dia je..

4 comments

  1. owh rupanye awk pun suka/syg kucing eh...
    comey2 sumenya... tengok ler ibu dorang, Ruby pun lawa... that's y anak2 pun lawa... hehe
    gerammmmm..... meowww..... purrrrrr

    ReplyDelete
  2. @amaini

    thank..memang sayang sgt kat kucing hehehe :)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH