Uteh Kena Batu Karang FLUTD.

Assalammualaikum.

Masa Uteh sakit :(

Permulaan sedih awal tahun 2018, Uteh kucing kesayangan sakit batu karang atau FLUTD.
Mula-mula memang dalam dua kali sebelum ini Uteh ada masalah nak kencing.
Mungkin permulaan nak jadi batu karang. Jadi aku ikut tips bagi dia minum rebusan air lobak putih yang telah dikisar. Selepas itu memang elok. Selepas 6 bulan jadi semula penyakit Uteh ni dan dia dah memang tak boleh nak kencing langsung.

2 Januari 2018
Uteh asyik memerap je nak asingkan diri. Badan Uteh makin lemah dan tak banyak bergerak.
Lepas itu, aku bawa Uteh pergi Klinik Haiwan.
Tapi kos dia RM700 untuk proses keluarkan batu karang tu.
Memang agak terkejut.

Aku cuba cara lain bawa dia ke Pejabat Veterinar pula.
Uteh dapat suntikan dan diberi ubat.
Cas untuk suntikan RM5 tapi...
keadaan Uteh makin teruk, makin lemah, langsung tak boleh berjalan. Perut kembung.
Mak dah menangis tengok kucing kesayangannya.

Alhamdulilah ayah dan mak support untuk kos perbelanjaan Uteh.
Aku terus bawa dia ke klinik haiwan swasta.
Sedih sangat tengok keadaan Uteh yang lemah.
Memang bajet RM700 besar (tambah-tambah waktu ekonomi sekarang) tapi nyawa kesayangan ini tak boleh dibeli.

Masa hantar kat klinik, pembantu itu cakap harapan Uteh 50%-50%.
Seeloknya dia cakap jangan bawa pergi cucuk sebab takut melemahkan badannya lagi (kesan ubat).
Tapi benda dah jadi, memang berdoa agar Uteh selamat dan panjang usia.
Uteh ditahan wad selama 8 hari. Dua kali jugalah aku pergi melawat. Risau sangat dan sedih. Paling sedih adalah mak akulah sebab Uteh selalu berkepit dengan dia.

Kali kedua melawat Uteh.

Alhamdulilah, masa mula-mula melawat Uteh hanya boleh tengok melalui sangkar dia je. Masa itu, dia dalam proses rawatan lagi. Tengok dia dah boleh duduk lega rasa hati.
Kali kedua melawat alhamdulilah Uteh dah boleh berjalan dan ceria.


Mak aku pun rasa gembira sebab Uteh dah semakin sembuh.
Terima kasih kepada doktar dan pembantu klinik yang menjaga Uteh selama 8 hari ni.

 Termasuk ubat dan makanan khas royal canin urinary so 1 kg cas keseluruhan RM753.50.


Ubat Uteh untuk 5 hari. Jenuhlah aku nak memberi makan ubat. Tapi nasib baik dia jenis boleh telan juga walau dipaksa-paksa. Kalau Dodi, bagi ubat cacing pun mengelupur macam kena histeria.

 Sekarang ni Uteh on off letak dalam sangkar sebab dia sibuk nak keluar rumah. Dia ni jenis kalau keluar rumah payah nak panggil balik. Naik tercabut tekak panggil barulah dia balik rumah.


Budak gemuk ni dah 2 kali curi keluar dari rumah. 


Tunggu betul-betul sihat baru boleh berjalan-jalan ye.

Sekarang ni dah aktif sikit tapi masih tak betul-betul sihat. Kena pantau bab makanan, minuman dan kencingnya.

Doktar bekalkan Uteh Urinary So Royal Canin untuk Uteh (1kg) tapi si Dodi dan Mimi suka sangat curi makan.
Oleh sebab Uteh kena makan makanan khas, aku kena cari makanan khas untuk Uteh di Pet Store.
Memandangkan Royal Canin tak ada stok terpaksa beli jenis Nature Protection. Fungsi sama juga macam Royal Canin, khas untuk batu karang.


Harga pun meriah juga, 2 kg RM72.00.

Memandangkan dulu aku suka beli makanan jenama komersial (makanan yang senang dapat kat pasaraya) jadi aku ubah untuk beli makanan yang baik (tanpa perwarna) untuk kucing-kucing aku yang lain.

Kakak aku cadangkan jenama Happy Cat-Minkas sebab dia bagi kucing dia makan jenama ini je dan elok. Cari kat pet store stok habis pula. Penjual tu cadangkan Dormeo's Long Hair. 10 kg RM130


Dormeo's Long Hair ni bukan sahaja untuk long hair, short hair pun boleh makan. Harap sangat lepas ni Bulu Mimi, Dodi. Tommy dan anak-anaknya lebih cantik.

Sekarang Dodi dah jadi bestfriend aku. Suka berkepit je, tidur pun nak tidur sama-sama. Kuat cemburu tengok aku dengan Uteh.

Sekarang ni memang nak cari makanan premium untuk kucing, insaf dah beli yang komersial (jenis berwarna/tinggi garam) sebab akan memberi kesan pada kesihatan kucing. Biarlah beli makanan yang mahal sikit asalkan kucing sihat. Cuma sekarang ni nak cari yang berpatutan, maksudnya makanan bagus tapi harga "dalam bajet" sebab kucing aku ada 15 ekor.

Setakat ni tengah servei-servei yang 18 kg punya.
StarPro
Buttons n Bows
Bagus ke?

Memang nak cari yang 18kg je ni sebab kucing banyak.
Jadi kalau korang ada cadangan makanan kucing yang baik dan berpatutan boleh cadangkan pada aku ye. Yang mahal sangat macam Royal Canin dan Orijen janganlah cadangkan. Kering kontang aku nanti.

PERKARA UNTUK ELAKKAN KUCING DARIPADA TERKENA BATU KARANG ATAU FLUTD.

1. Jangan bagi makanan yang berwarna dan tinggi kandungan garam. Elakkan beli makanan kucing komersial yang banyak dijual di pasaraya dan kedai-kedai runcit.
2. Kena sediakan air bersih untuk kucing. Selalu ganti air minuman dia sebab kucing ni cerewit kalau ada bulu atau objek lain dalam air minuman dia, dia tak nak minum. Kalau jarang minum, mudah kena batu karang walaupun bagi makanan premium.
3. Litter box/ kotak najis kena selalu bersih sebab ada jenis kucing yang tahan kencing kalau kotak najis dia kotor. Kena rajin buang najis dia selalu. Mungkin sekali 2 atau 3 kali dalam sehari. Tengok kepada keadaan kotak najis.

Sumber: Veterinar

APAKAH TANDA-TANDA AWAL KUCING ITU MENGHADAPI MASALAH BATU KARANG INI?

  • Simpton awal yang boleh dilihat sekiranya kucing anda mengalami masalah batu karang ini adalah Sukar untuk meneran ketika membuang air kecil, 
  • Mengeluarkan suara seolah-olah menangis ketika kencing,
  • Amaun kencing yang sedikit (kencing tak lawas), 
  • Membuang di luar kotak najis
  • Kerap menjilat organ kemaluannya, 
  • Kadang kala kencing berdarah , 
  • Terasa sakit apabila disentuh di bahagian bawah badan, 
  • Tiada selera makan atau tidak mahu minum,
  • Tingkah laku lain daripada biasa

CARA-CARA MERAWAT KUCING BATU KARANG

Tradisional
Seeloknya aku tak cadangkan. Tapi kalau keadaan mendesak boleh cuba.
- Kisar lobak putih dengan secawan air, rebus sampai mendidih. Biarkan sejuk. Tapis dan masukkn dalam picagari. Bagi dia minum. Memang dia akan mengeliat sebab rasa lobak putih tu tak sedap dan berbau.

Bawa pergi Vet
- Jika ada tanda-tanda seperti di atas, kena bawa pergi vet sebab kalau peringkat awal doktar akan bagi ubat sahaja. Jadi kos tidak terlalu mahal. Tapi kalau dah tahap kena masuk wad dan kena flush batu karang tu memang kos rawatan antara RM 500 hingga RM 1000 atau lebih bergantung pada keadaan kucing. Jadi kalau tingkah laku kucing korang pelik kena cepat bawa pergi vet. Kalau dibiarkan terlalu lama boleh meragut nyawa.

Apa-apa pun bab makanan dan minuman si comel ni memang kena jaga. Tak kiralah korang ni jaga kucing kampung ke, kucing pekan ke, kucing oversea ke...mesti kena jaga sebab kos rawatan kucing ni lagi mahal berbanding manusia.

Seeloknya elakkan bagi makan makanan yang berwarna-warni, tinggi garam dan komersial. Cuba cari yang tidak berwarna. Manusia pun kalau makan jajan yang berwarna dan masin pun senang kena penyakit inikan pula kucing yang makan makanan itu sahaja kan.

Cuba bagi ayam rebus dan ikan rebus kepada kucing untuk keperluan nutrisi mereka. Jangan campur garam pula dalam ikan dan ayam tu.

Sekarang ni Uteh masih kena makan makanan khas untuk batu karang. Dia kena makan dalam masa 2 bulan tapi seeloknya jika kucing ada sejarah batu karang kena berterusan bagi jenis "urinary formula s". Jadi lepas ni makanan Uteh berbeza dengan kucing-kucing lain. Tak sanggup sejarah berulang kembali. Semoga sihat sentiasa ya Uteh!

SHARING IS CARING!

Jangan lupa bagi cadangan makanan kucing yang bagus pada Cik Farah ye.

p/s: Selepas setahun Uteh pergi selamanya. Sakit batu karang dia kembali dan dia tak dapat diselamatkan. 

Watermark Baru Cik Nurfarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian alam,

Lama tak update blog, sejak kes Si Pencuri Gambar tu, nampaknya kena buat 1 watermark untuk blog peribadi ni. Sebelum ni memang ada buat watermark tapi malas nak pakai sebab nak senang edit gambar  just guna font biasa je untuk watermark bukan custom made watermark sendiri.

Nampaknya bukan sahaja gambar dalam blog tapi gambar profile pun kena letak watermark kan... Tapi kadang-kadang si pencuri yang tak ada life ni gigih nak ambik juga gambar-gambar kita untuk tujuan yang tidak bertanggjawab.

Please jangan gunakan gambar orang dengan tujuan yang tidak baik, macam blog yang guna pic aku tu, secara tak langsung memburukkan nama aku. Orang akan fikir aku create cerita yang bukan-bukan padahal aku langsung tak tahu hal tu dan langsung tak ada kaitan dengan orang tu. Kan dah namanya kes inaya kalau macam tu..sesungguhnya doa orang terinaya tu termakbul.
Serius aku tak izinkan dan halalkan pengunaan gambar aku secara haram untuk tujuan yang tidak baik.

Kalau gian sangat dan makanan rohani tu memang suka perkara keji macam tu sila lah guna identiti sendiri ye, ini ibarat baling batu sorok tangan...jadikan orang lain pulak sebagai mangsa kau. Ingat yer, bila-bila masa kita ni Allah boleh tarik nyawa, so jangan sampai tak sempat nak bertaubat dan meminta ampun dengan orang yang kita inaya dan fitnah tu...tu pun kalau masih ingat dosa pahala lah..kalau jenis ingat dirinya boleh menongkat dunia sampai bila-bila tu..cakap macam-macam pun tetap macam tu jugakan, so kita minta semoga Allah memberikan hidayah dan pengajaran pada orang macam ni, agar dia sedar akan perbuatannya tu.

Aku buat dua watermark, maksudnya 2 watermark ni yang aku pakai untuk posting pic dalam blog ni.
Kenapa buat dua? sebab nak sesuaikan dengan pic yang akan diposting...

Watermark bicarafarah(dot)blogspot(dot)com
Watermark 1

Ringkas je watermark ni, saja letak lagi watermark tulisan kat dalam tu agar tak di coriii hehehehe..

Yang kedua, adaptasi dari doodle header blog lama aku..doodle ni bukan freebies tau, memang aku tempah khas untuk blog cik nurfarah...aku ada juga terserempak dengan blog yang pernah guna doodle aku ni secara haram..tapi malas nak bising..apa-apa pun hormati hak orang ye, saya pun tempah khas bukan main cilok sahaja..tapi itu bukan isu berat pun...so aku malas nak ambil port..
Setakat ni ada dua doodle rasmi blog cik farah..1 aku buat banner macam ni

Banner bicarafarah(dot)blogspot(dot)com
Banner rasmi setakat ini

dan 1 buat watermark.

Watermark bicarafarah(dot)blogspot(dot)com
Watermark 2
Dua-dua identiti doodle ni pegang laptopkan, nampak sangatlah memang blogger sejati tu walaupun pemalas nak update blog macam dulu.

Disebabkan kucing-kucing aku ni comel sangat..rasa nak picit-picit je, maka aku rasmikan watermark aku untuk pic kucing-kucingku ya..

My cat
Start dari atas Tomy, Daisy, Uteh, Dodi dan Mimi


My name is Tomy
Serius sangat manja dan gedik mengada.

Dodi
Dodi ni manja, selagi tak gomol-gomol dia, selagi tu bergolek kat kaki.
Watermark baru dirasmikan untuk gambar si meow.

Thank you for reading, jumpa next posting, bye..

Cuba komen mana 1 watermark yang lawoo, 1 or 2???

P/s: Aku pun ada buat tempahan artwork untuk watermark, boleh la cuci mata tengok hasil kerja I yerr....kalau sudi PM jerr...

Kenapa entry tak meriah lagi?

Assalamualaikum..

Lama tak membebel macam dulu-dulu..dulu syok je update entry sekarang makin lupakan blog maklumlah banyak update dekat FB, tapi tu pun just share status orang je..rasa macam syokje just share..agaknya dah makin tua jadi sesi meluah perasaan pun tak serancak dulukan..just berdiam diri je kalau rasa tak penting.

Sekarang ni aku banyak ambil tempahan design blog so just mengadap blog customers je lah..2 blog dah siap just tinggal 1 je lagi nak finalkan..nanti aku review..kena ambil mood kalau nak review ni hehehe..


Cuba korang tengok kat Blog Archive aku, tahun 2014, 2015 dan 2016 amat sedih je bilangan entry aku..sangat la sedikit,,ni tahun-tahun selepas menamatkan pengajian so lebih tertumpu kepada pekerjaan, jadi masa nak update tu memang terbatas..sebenarnya boleh je nak update tapi sebab ada penyakit MALAS so memang terperap je la blog penuh sawang.

Sebenarnya tempoh 3 tahun ni macam-macam suka duka yang dirasai..kadang-kadang rasa nak share tapi maybe diam lebih baik...semua perkara tu mematangkan aku sebagai hamba Allah dimuka bumi ni.

Nanti kalau rajin aku update la story2 kat blog..ikut mood jugakan..
Ada juga reader nak letak iklan dalam blog tapi buat masa ni aku tak nak ambil dulu sebab aku kurang aktif berblog, pages view pun tak meriah sangat so tunggu aku aktif semula..sebab aku tak suka ambil iklan kalau iklan tu tak mendatangkan hasil kepada korang...tunggu blog aktif yerr..insyaallah akan buka iklan dan review produk.

Opps sekarang ni tengah diet sebab rasa makin kegemukan. Tiba-tiba rasa rindu pada someone yang suka kita makan salad ni :'( Betul kata orang dugaan bertunang ni berat..segalanya serah pada Allah.


Sekarang ni dua ekor budak nilah peneman aku.. Si Uteh dan Mimi. Mimi ni adik aku bagi..jenis DLH aka mix mainecoon cat. Uteh sekarang agak nakal..suka curi2 keluar rumah..Mimi pun sama tapi Mimi lebih behave sikit..mudah di ajar..dan dengar kata..Uteh lak makin keras kepala.degil tahap nak lempang je montot dia..

Uteh Mucukk

Uteh dah dewasa..dalam setahun umur dia tapi dia dah sunat so tak la macam kucing jantan lain yang suka kencing merata..so tak la susah nak jaga. Cuma peragai suka curi keluar rumah tu yang geram..sebab selama ni dia kucing indoor..sekali dapat keluar..berjuta-juta kali la nak bebas...


Mimi ni dah masuk 10 bulan..tak sunat lagi sebab nak kitten hehehe..special tentang Mimi ni..dia suka berkepit dengan aku..manja dan kuat jeles kalau layan kucing lain lepas tu kalau panggil je nama dia terus datang. Hari tu dia dah bising sebab on heat so bagi dia suami..suaminya kucing jiran je hahaha..sebab asyik memekak siang malam nak cari BF..lepas tu terus senyap..mana tahu nanti leh ada babykan..

Mimi yang suka buat muka kalau marah

Sayang mereka ni, rasanya kucing betina lebih behave berbanding kucing jantan...Senang diajar dan lebih sensitif..macam manusia jugak ke??

Tuan blog?? stay muda remaja dan masih macam dulu juga hehehe..

Aku tahu ramai rindu kat aku..rindu tak??


Masih kekal remaja dan nampak macam budak sekolah lagi so orang tak sebuk tanya.."bila nak kahwin?'
So semua tu ada aku kesahh?? hahahaha...

Ok, rasa mata nak beradu je ni..lain masa jumpa lagi dan selamat malam :)

Nama Saya Qu Uteh

Assalamualaikum.

Nak kenalkan kucing busuk ni aka my housemate juga.
Kehadiran uteh buat aku rasa happy dengan gelagatnya.

Hilang tension.
Kucing ni sebenarnya kucing jalanan je. Kesian kat dia tak ada orang nak jaga, so dengan rela hati aku adopt si Uteh ni.

Pada tarikh 10/12/2015 aku adopt si Uteh ni, dia manja tapi maybe first time orang jaga dia, so 3 hari juga la asyik menangis mengiau-meow. Tapi lepas tu dia boleh sesuai dengan persekitaran.

Uteh ni si kucing jantan yang lincah. Pagi-pagi dan kejut minta makan...sekali kejut bangun subuh la..kalau tak minta makan mesti dia datang kat aku mengesel2 muka kat kaki atau main tangkap-tangkap kaki. Sedar-sedar dah pukul 6.00 a.m.

Gambar beberapa hari lepas di adopt, muka sedih sebab belum sesuai lagi. Tapi manja sangat!

Special tentang Uteh, walaupun kucing jalanan tapi hanya sekali ajar je dah pandai berak dan kencing dalam litter box dia. Dan setakat ini belum pernah membuang merata-rata. Aku juga tak kurung dia dalam cage, main lepas je dalam rumah dan alhamdulilah after seminggu Uteh dah mula sesuaikan diri. Nak poo dah pandai tambus dalam litter box. Sangat senang diajar. Makan pula mula-mula macam tak pandai makan kibble so aku bagi wet food. Lepas tu macam dah jemu je dia makan wet food dan boleh terima kibble untuk kitten sebab dia ketegori kitten lagi. Now! paling dia suka ayam rebus..so lepas itu akan telentang la lepas makan.


Masa mula-mula adopt tu asyik nak berkepit je, tidur pun atas riba, kalau tak mesti nak tidur atas perut...naik rimas juga tapi layankan jer...tapi sekarang mesti nak tidur dalam bilik mummy dia je..kalau tak mesti atas laptop aku..si pengacau no 1.




Kat mana aku ada, mesti la kat situ dia ada...Uteh sangat manja dan mengada-gada plus gedixxxx.



Ada call mak hari tu, ada cakap bela kucing...cadang nak hantar balik kampung dan mak suka la sebab kat rumah tak ada kucing jantan tapi nanti sedih pulak aku kat sini tak ada Uteh.
Kalau kat kampung risau juga nak lepaskan Uteh, sebab kalau di kampung Uteh akan jadi kucing outdoor sebab pintu rumah sentiasa open...takut dia berjalan jauh atau kena langgar sebab rumah dekat dengan jalan raya besar...kalau di sini jadi kucing indoor je dan dia makin serasi duduk dalam rumah je.

Kat kampung dulu pernah bela kucing lebih daripada 10 ekor. Tapi kebanyakkan kucing jantan aku bila dah gatal nak mengawan mesti hilang. Kadang-kadang langsung tak balik-balik. Jenuh la ayah aku mencari-cari...tak jumpa. Paling sedih banyak yang mati kena langgar sebab rumah dekat dengan jalan raya. Kucing jiran-jiran juga begitu akan jadi mangsa nahas jalan raya.


Kawan aku suggest suruh sunatkan dia, sebab utama nanti bila dah dewasa dia akan mengencing merata-rata...sebab nak mengawan. Kalau disunatkan dia tak la kencing merata tapi kena sunat sebelum dia matang. Lepas sunat dia punya peragai akan behave (tak macam kucing jantan lain yang suka bergaduh) dan lebih suka lepak rumah je.

Uteh dah kenyang sebab semangkuk ayam rebus dah lesapp.


Sekarang Uteh makin gemuk sebab kuat melantak ayam rebus. Lepas makan terus tidur telentang. Lepas tu kalau nak ajak main mesti main tangkap-tangkap kaki dan tangan kita...so ambil tali ke atau apa-apa benda kasi acah-acah kat dia..biar sampai penat dia main..barulah tak kacau mummy dia.



Kalau waktu malam memang aku malas nak tidur dengan si Uteh sebab suka sangat tidur atas rambut aku..lepas tu acah-acah main rambut dengan tangan cute dia tu.. Uteh sangat manja dan gedikk...dia suka bergurau dengan orang-orang yang biasa dengan dia..kadang-kadang sampai melompat-lompat ajak gurau.


Teringin juga nak beli kucing gebu-gebu tapi bila fikirkan semula..dah la bajet banyak nak beli anak meow gebu-gebu,,,lepas tu kos pelihara pun mahal...cerewit segala-galanya.
So lebih elok kita adopt kucing yang perlukan tempat tinggal seperti kucing jalanan. Kucing kampung atau kucing jalanan ni antibodi kuat, tidak cerewet, lebih manja (sebab ada kawan cakap kucing parsi dia sombong berbanding kucing kampungnya yang lebih manja), bijak, rajin (suka tambus poo dia lepas yakk), aktif,  dan senang dijaga.


Itu sahaja kisah si Uteh yang bajet comel ni... Qu Uteh tengah membuta..nak dekat mangrib karang baru bangun...

Support la...kucing-kucing jalanan yang perlukan kasih sayang dan tempat tinggal.. 
ADOPT..DONT SHOP..
Berikan mereka peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. 
Insyaallah mereka akan doakan kita juga.

p/s: Selalu cakap kat Uteh..Uteh doakan mummy murah rezeki ye..boleh bagi Uteh makan sedap-sedap dan belikan toilet cantik untuk Uteh... ameen.


Dia Sudah Tiada

 Rindu dia :'(


Sangat Comel!

Sitam Pergi Buat Selamanya.

Sedih, itulah perkataan yang mampu aku cakap.
Semalam,  4 Ogos 2011, dari pagi sampai malam tunggu Sitam balik untuk makan tapi tak balik-balik pun. Hari ni pun tunggu tapi tetap tak balik-balik :'( Selalunya kalau dia berjalan jauh pun dia still balik sebab nak makan tapi masih tak balik-balik. Bila goncang bekas makanan dia ( wishkess ) dia tetap tak balik, selalunya dia akan terus datang kalau goncang bekas makanan dia tapi still tak ada. Yang ada hanya popok dan Manja je.

Tengahari tadi, jiran aku bagitahu. Yang hitam tu kucing aku ke, dan dia bagitahu dah mati kat pokok depan rumah dia. Anak dia dah ambil pergi taham pagi tadi. Tapi tak ada kesan luka mungkin kena patuk ular. Waahhh sedih gila bila dengar. Dah la Rubi, ibu Sitam pun mati kena patuk ular :(

Sitam ni memang manja tapi dengan aku je dia mengada-gada. Malam sebelum dia hilang tu, tiba-tiba dia baring atas riba aku. Selalunya dia tak suka duduk atas riba mesti tak nak, tapi malam tu dia baring atas riba aku lepas itu boleh plak main gigit-gigit kaki aku. Esoknya dia tak balik dan dia pergi buat selamanya.... :') 2hari sebelum dia mati pun, dia main-main kaki ayah aku yang sedang tidur. Ayah aku kata Sitam ni buang tabiat ke sebab dia tak manja dengan ayah dan dia akan lari kalau ayah aku nak pegang dia. Rupa-rupanya memang betul.. :'(


Ini sitam masa kecil, dia suka main atas laptop aku. Dia sangat comel walaupun hitam. Ada 4 stoken di kaki dia dan bahagian perut warna putih :(


Sitam masa kecil sangatlah nakal. Suka main panjat-panjat.

Sitam!


Ini gambar terkini sitam, masa aku makan kat meja, mesti dia paut kat kaki aku macam nak minta makan.. AKu rindu suara dia nak minta makan :'(


p/s : Manja, adik kepada sitam dan beranak 3 ekor semalam. Tapi tetap tak sama dengan Sitam :( Rindu Sitam.

Rubi pergi selamanya

Rindu Rubi



Assalamualaikum.
Air mata masih tak kering kerana kesedihan masih menoreh jiwa ini.
Hari ini 15 Febuari 2011 mencatatkan tarikh pahit buat aku sebab kucing kesayangan aku Rubi pergi buat selamanya. Hanya tinggal kenangan dan gambarnya sebagai pengubat lara. Serius air mata masih membasahi pipi tahkala jari ini menaip entry ini. Kalau korang pernah baca tentang Rubi mesti korang kenal siapa Rubikan..:"(
Rubi suka bergambar.

Semalam Rubi hilang, anak dia masih kecil dan menyusu. Sampai malam aku tunggu Rubi tak balik-balik lagi. Anak dia memang bisinglah sebab lapar. Sampailah esok, Rubi tetap tak balik-balik rumah. Aku memanglah risau sebab anak dia masih kecil perlukan dia dan sebab lain aku sayang Rubi walaupun dia dan ngap hamster aku dua ekor dan masuk yang terbaru..dah tiga ekor jadi mangsa. Aku ingat dia merajuk kat aku sebab aku tak layan dia..( denda sebab makan hamster aku )..aku babab dia sikit dia tapi taklah kuat cuma untuk " amaran " bahawa aku marah dia. Memang aku rasa sedih sebab satu-satu hamster yang aku ada sudah dikerjakan oleh Rubi sebelum ini dia bunuh Puteh, lepas itu Akiko dan yang mutahir Umai ( Jumaat 11 Feb 2011 ).

Rubi sangat malas masa mengandung :(
Rubi suka tidur tapi Rubi dah tidur selamanya :"(

Masa ini Rubi tengah sarat mengandung anak kedua.

Aku cuma nak bagi " pengajaran " kat Rubi sebab dia nakal sangat. Aku tak hiraukan dia walaupun dia miow-miow kat aku, walaupun dia ikut aku dan dia cuba tarik perhatian aku. Cuma aku bagi makan je.. Lepas itu semalam dia tak balik sampai hari ini. Mak dan ayah aku jenuh juga cari kat rumah jiran tapi tak nampak dia. Petang tadi, masa mak aku pergi rumah jiran aku, dia kata ada nampak kucing aku kat rumah jiran depan rumah aku. Aku suruh ayah aku pergi tengokkan bawa balik. Hati aku sebenarnya amat lega masa tu sebab Rubi tak apa-apa dan mungkin merajuk kot dengan aku. Tapi bila ayah aku balik..aku sedih sangat dengar berita dari dia yang Rubi dah MATI. Ayah aku bagitahu jumpa Rubi kat parit depan jiran aku, dah mati..ayah aku tengok kat hidung Rubi ada kesan patukan ular. Amat sedih :'( Anak jiran aku kata semalam Rubi ada lepak kat rumah dia, tapi dia kata masa petang semalam Rubi macam pelik sikit..macam duduk setempat dan senyap je. Tengok-tengok hari ni Rubi dah mati!! Thank pada jiran aku sebab tolong tanamkan Rubi tadi. Aku memang tak sanggup nak tengok. Dengar pasal Rubi mati pun aku dah menagis meraung..Masa ayah kata Rubi dah mati..aku terus masuk bilik menangis teresak-esak.so sekarang masih keluar juga air mata aku. Aku rasa aku sedih lagi teruk dari putus cinta. Tak apa, aku kena lepaskan semua kesedihan aku.

Rubi dengan anak yang first dia.

Tinggal kenangan bersama anak-anak dia.
Gambar terkini, Rubi bersama anak2 pertama dia. Sama besar dengan Rubi sekarang :'(

Mesti ada sebilangan orang fikir dan kata "eleh kucing je..bukan apa pun, takkan itu pun nak sedih!" Memang orang yang tak ada kasih sayang dalam hati akan cakap macam itu. Walaupun dia hanya binatang yang bernama kucing tapi nilai kasih sayang itu terlalu halus untuk dihalusi. Yang rasa sahaja yang tahu tapi yang berkata hanya pandai berkata-kata sahaja. Tak kenal maka tak cinta. Kalau dah tak kenal dan tak cinta jangan kata apa-apa.
Mesti terbayang-bayang masa Rubi tidur :'(

Sedih :'(

Yang buat aku bertambah sedih sebab anak-anak Rubi masih kecil dan menyusu. Tadi aku terpaksa bancuh susu tepung dan bagi kat mereka. Senyap seketika dan lepas maghrib bising semula..aku bagi lagi susu. Alhamdulilah dah tidur tapi aku tahu mereka sedih sebab ibunya tak ada. Aku tak tahu sama ada mereka masih boleh terus hidup tanpa ibu disisi. Tapi insyaallah selagi aku boleh care mereka aku akan cuba. Lepas itu aku mesti rindukan Rubi sebab banyak kenangan bersama dia. Walaupun anak-anak Rubi yang dah besar ( anak first ) ada 3 ekor lagi tapi mereka tak sama macam Rubi. Walaupun korang ada 10 ekor pet sekalipun telatah dan sikap mereka sangat berbeza. Aku sedih sangat sebab Rubi selalu tunggu aku kat pintu bathroom masa aku mandi, lepas itu akan moiww-moiww kat pintu bilik aku bila dia lapar. Dia seekor kucing yang berdisplin sebab tak berak dalam rumah. Dia pandai berak kat toilet. Masa makan dia tak naik atas meja tapi duduk atas kerusi tengok kami makan dan moiw-miow nak minta sikit. Tapi kalau dah bagi sikit dia terus diam tak minta lagi. Dia amat take care anak-anak dia. Masa anak first dia, dia hanya keluar dari cage dia hanya untuk makan dan berak+kencing, lepas itu dia jaga anak dia. Dia suka tidur atas katil aku masa dia mengandung. Dia juga faham kalau orang marah kat dia, contohnya masa aku marah dia makan hamster aku dia tak pandang muka aku dan kalau nampak aku dia akan menyorok macam bersalah je.  Dan yang aku tak dapat lupa suara dia yang halus ala-ala gedik..sangat comel kalau dengar tambah-tambah kalau nak makan. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan yang tak mungkin berulang semula. Kalau dapat diundurkan masa nak peluk cium Rubi..sayang sangat kat Rubi.

Ini anak Rubi yang second. Tak tahu apa nasib mereka.

Rubi tahu dia kena marah dengan tuan dia. :"(

Rubi selalu tidur berhampiran kotak anak-anak dia.
Ini adalah gambar terakhir Rubi. Muka dia macam merajuk dengan aku.
Ini gambar terakhir aku snap. Tengok muka dia macam sedihkan..masa ni aku tak hiraukan dia. Gambar ini masa dua hari sebelum dia mati. Aku tahu Rubi sedih..:'(..Dia asyik duduk bawah meja je. Gambar ini yang paling SEDIH. Wajah dia sayu je..sebab dia pergi tak akan kembali.
Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si comel belang, dua tiga bolehku cari ..takkan sama si RUBIku sayang.

p/s : Aku tak sanggup nak tulis lagi sebab air mataku masih tak berhenti lagi. Aku harap anak-anak Rubi yang kecil tu terus hidup..amin..

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH