Selamat hujung minggu. Korang buat apa ye? keluar dengan bf/gf ke?
Sedihnya kalau tak ada bf depan matakan..kalau tak boleh pau mengepau? muahahaha.
Tak tak baik buat gitukan..
Mimpi 1
Hari itu aku bermimpi. Aku kembali ke sekolah. Tapi aku masuk form 6 semula.
Dalam mimpi tu aku bersiap-siap nak pergi sekolah.
Dah lewat sangat ni. Tercari-cari mana baju sekolah..hahaha..tapi had itu je kot..
Mimpi 2
Amat pelik sebab ada tawaran masuk form 6 semula...aku pun join. Banyak sangat kawan-kawan lepasan u pun join....pelik-pelik..
Memang banyak kali aku mimpi masuk form 6 semula..yang pelik form lain tak masuk pula. Mungkin aku rindukan masa form 6..kat USM pun aku rindu sesangat.
Aku rasa selain campus life..form 6 la yang paling happy buat aku.
Masa aku scan semua sijil-sijil aku..terdetik pula nak scan gambar lama-lama masa form 6.
Kalau korang nak tahu. Masa form 6 aku lagi gumukk la..haha..tapi bila dah masuk U..badan pun ramping sikit..tak banyak hahaha..
![]() |
Masa 6 Rendah.. Mana aku ye? |
![]() |
Teka mana aku? Ni masa jadi super senior. 6 atas |
Kebanyakkan budak-budak perempuan dalam kelas aku. Mereka dah kahwin. Dah jadi bini dan mak orang pun hehehe..aku je belum. Mungkin nak tunggu Putera Raja kot.
![]() |
Huduhnya muka aku masa tu..gemukk sangat masa tu hahaha..dari kiri Yati, Ana, aku ( baju biru ) dan Koru. |
Aku rindu sangat kat korang. Happy sangat masa kita form 6 dulu.
Ini adalah big Boss!! Muka skema..badan pula gemuk masa tu..tapi chomel kan.. RIndu kat kelas ni. Walupun tingkat 3..penat naik tangga tapi kami tetap happy!
Kenangan indah : Lawatan ke Parlimen. Semua budak tingkatan 6 Atas wajib join. Best sebab berperluang masuk Parlimen.
Walaupun masa itu aku tak memiliki camera digital tapi gambar tetap tip top dengan mengunakan kamera murah.. Sayang kamera itu.. ( tak ada motif )
Aku rasa, aku amat kerdil apabila berdiri di sebelah si tinggi lampai ni..Fiza..miss u so much!
2005-2006 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Shah sentiasa dalam ingatan.
Jasa guru-guru tak akan dilupakan kerana anak didikmu berjaya ke menara gading.
Kalau ada mesin masa nak rasa kembali pada zaman dulu-dulu heheheh :)
Kehidupan mesti diteruskan tapi kenangan lalu takkan luput diingatan.
Apa-apa pun korang tetap dalam ingatan. Walau masa sudah berlalu tapi aku masih seperti dulu ;)
daaa...