Friday, September 2, 2011

Jawapan untuk soalan blog tutorial.

Assalamualaikum..

Kau tengok tu, beria-ria angkat tangan nak bagi jawapan untuk korang semua.
Kali ini aku nak bagi jawapan secara pukal untuk soalan blog tutorial korang. Bukan taknak bagi jawapan satu persatu untuk setiap orang tapi semua soalan adalah SAMA.

Macam mana ini. macam mana itu?

Kepada pembaca yang amat dikasihi, disayangi dan dihargai.
Korang kena lihat dulu senarai tutorial yang aku senaraikan.
Kadang-kadang tutorial itu dah ada, tapi stay tanya lagi, again and again.
Kalau aku rajin, aku senaraikan nombor berapa tutorial itu, tapi kalau busy, dan aku publish komen korang tandanya..tutorial itu memang sedia ada dalam koleksi tutorial aku.


Kenapa try buat tutorial blog tak menjadi? kenapa? kenapa? kenapa?!!

Mari sini aku terangkan, template berbeza-beza. Kejayaan sesuatu tutorial itu bergantung hampir 80% kepada template yang kita gunakan. Aku suggestkan korang guna template minima dan denim. It suitable to my tutorial. Insyaallah akan menjadi. Macam mana nak tukar ke template tersebut? Sila bukak mata luas-luas dan cari di senarai tutorial.
Kalau masih tak jadi, aku tak tahula sebab mungkin ada coding yang silap. Untuk pengetahuan umum, SEMUA TUTORIAL yang aku tulis telah di UJI terlebih dahulu di dalam blog testing aku mengikut pelbagai template terpilih sama ada layout template ( cth, minima, denim) atau template designer. Kalau tak menjadi aku takkan tulis tutorial itu. Aku bukan jenis tiru tutorial orang. I try buat tutorial tersebut, uji beberapa kali, main coding, cari coding ikut jenis template. Sebab itulah, kalau tutorial aku banyak coding yang perlu korang cari mengikut jenis-jenis template. Kau ingat senang nak buat sebijik-sebijik dengan pelbagai variasi template ? contoh tutorial ini.
So don't be copy cat sebab aku tahu siapa tiru tutorial aku dan siapa memang tiru public tutorial ( tutorial biasa tanpa eksperiment, jenis copy paste jer tu ).

Kenapa template saya rosak?

Kebanyakkan reader mencuba tutorial ini, ramai yang mengalami masalah navbar. So? ikutilah arahan yang aku suruh korang buat. Kalau suruh download full template. Silalah download full template ye. Sekurang-kurangnya template korang ada back-up.
Lepas itu, korang jangan buat tutorial yang sama fungsi. Contoh, rainbow link, double dashed link dihover, animated link, link membesar ketika di sentuh, cute link dan seangkatan dengannya. Semua itu fungsinya sama, kalau korang pakai semua tutorial itu..sememangnya TIDAK MENJADI. Kalau nak blog cantik jangan TAMAK nak bedal semua tutorial itu. Pilih yang mana sesuai OK?


Macam mana nak buat blog macam ni?

Korang pernah tak jumpa someone dan dia tanya "saya nak baju raya macam awak?" nak bagi tak klon baju korang, untuk di pakai ala-ala boria anak tanjung? Aku dah bagi tutorial, sila edit ikut kretiviti sendiri. Tak bestlah semua nak klon aku sampai header ke footer. Mana identiti anda sebagai blogger? Apa kau ingat penyanyi sahaja ada klon? blog pun ada klon jugak yerr.
Masa aku bukak tempahan korang tak nak tempah, so sekarang dah TUTUP! tunggulah bila aku RAJIN dan FREE. Sorry aku dah start jadi student minggu depan. Aku kena galas tanggungjawab berat.

Nak minta tutorial? Cepatlah, cepatlah..

Aku buat tutorial untuk sharing ilmu yang aku ada TAPI aku bukan full time mengadap lappy, bukan membuat tutorial sahaja. So, kalau ada kelapangan insyaallah aku tunaikan permintaan korang tapi kalau busy..mintak maaf yer darling hoii. Kadang-kadang kalau tutorial itu panjang, banyak part aku tak berkesempatan buat. So, aku bagi yang ringkas sahaja. Nak bagi tutorial bukan cincai sahaja tapi perlu bereksperimen yerr.

Tempahan?

Maaf sangat, setakat ini aku belum tahu bila aku akan membuka tempahan. Komitmen aku semakin berat. Aku akan bergelar pelajar. Itu fokus aku yang utama. Aku tak jamin.. So tunggu... Aku kena tengok environment study aku.

Setakat itu sahaja jawapan secara pukal aku untuk korang. Harap korang puas hati ye. Bukan berlagak atau sombong tapi itu sahaja yang mampu aku katakan. Ok baii.

p/s : Korang trylah bereksperimen sendiri edit blog korang. Ikut tutorial yang aku bagi. Ramai yang dah berjaya. Anda bila lagi?



SHARE:

8 comments

  1. setuju2..study is the 1st priority :)

    ReplyDelete
  2. wahhhh, bagus..rajin buat tutorial..hehe sharing is caring :)

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum...
    thanks sngt-sngt sebab bnyk membantu nyzham dalam make over blog nyzham...dan nyzham ada kredit blog farah dalam entri saya...nnt kalo sudi terjah dan komen lah ya

    http://hanyzhamhadny.blogspot.com/2011/09/bila-dilanda-demam-semasa-raya.html

    ReplyDelete
  4. mcm mana link kamu tu kalau letak cursor dia keluar line putus2 ya? hehe

    ReplyDelete
  5. @hamzah ian

    try this tutorial

    http://bicarafarah.blogspot.com/2011/07/tutorial-71-double-dasher-bila-dihover.html

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH