Friday, September 30, 2011

Tutorial 117 : Garisan Melintang dalam blog.

Assalamualaikum..
Cukuplah 2 tutorial untuk hari ini ye. Penat wei nak bereksperimen membuat tutorial banyak-banyak. Nih pun aku dah korbankan masa pagi aku mengadap laptop. Banyak permintaan tutorial tidak diungkap lagi muahaha.

Korang perasan tak, setiap kali aku buat tutorial yang ada banyak cara aku gunakan garisan untuk membahagikan tutorial tersebut seperti ini




Fungsinya, mengemaskan entry. Taklah nampak serabut sangatkan. Korang bolehlah buat kat blog korang. Contohnya, korang nak buat entry panjang-panjang. Nak asingkan cerita dalam satu entry. Nak nampak sweet lagi dan apa-apa yang korang rasa sangat relavan dengan otak korang.

 


1. Copy je code di bawah dan tempek la kat mana-mana entry atau sidebar korang.

<hr color="#000000">
2. Ubah je code #000000 kalau korang nak warna kegemaran korang.


3. Nak code warna, cari di SINI.

Preview dan lihat hasilnya. Ok baii..





  


Nak buat garisan banyak-banyak pun boleh :)

Tutorial 116 : Rotate Blockquote.

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat yang berbahagia ini.
Dah berkurun rasanya tak tulis tutorial. Kesian korang asyik lihat tutorial yang sama je kan. Tak apa mari aku ajar tutorial baru yang nampak anggun dan best!

Try sentuh cursor kat kotak blockquote blog hamaster aku ni?

Dia macam ada function rotate atau senget sikit. Aku tahu mesti korang teruja nak try this tutorialkan?

Tapi sebelum itu, adalah lebih baik kepada sesiapa yang tak tahu buat basic blockquote mencuba tutorial kotak blockquote terlebih dahulu, kang terus buat tutorial ini terus tak jadi pula kan..

CARA 1

Dah buat?

1.Login ke Blogspot, clik design/ layout > Edit HTML

2. Lepas itu, sila cari code di bawah.. gunakan Ctrl F untuk memudahkan pencarian

.post blockquote:hover {
3. Letakkan code ini, dibawah code yang dicari tadi.

     background: #E562AA;
    -webkit-border-radius: 36px 12px;
    -moz-border-radius: 36px / 12px;
    -moz-transform: rotate(-2deg);
    -webkit-transform: rotate(-2deg);
4. Kalau nak letak background bergambar, korang tukar je code background: #E562AA; dengan code ini.

     background: url(URL BACKGROUND);

5. Ubah URL BACKGROUND dengan gambar kesukaan korang. Boleh ambil di sini.

6. Preview, kalau menjadi SAVE jer.
 
Tapi ada sesetengah blog tak ada code .post blockquote:hover {

Jom ikuti tutorial di bawah.




CARA 2


1.Login ke Blogspot, clik design/ layout > Edit HTML

2. Lepas itu, sila cari code di bawah.. gunakan Ctrl F untuk memudahkan pencarian

.post blockquote {
3. Korang akan jumpa code macam ini :

    .post blockquote {
    background: #F430C0;
    -moz-border-radius-topleft: 10px;
    -moz-border-radius-bottomright: 10px;
    padding: 6px;
    Border: 1px solid #020202;
    margin:1em 20px;
    }

* Kalau tak sama, seakan-akan macam itulah. Lain template, lain coding ye. Jangan risau.

4. Letak je, code di bawah, dibawah code di atas. Seperti ini :

  .post blockquote {
    background: #E562AA;;
    -moz-border-radius-topleft: 10px;
    -moz-border-radius-bottomright: 10px;
    padding: 6px;
    Border: 1px solid #020202;
    margin:1em 20px;
    }
  .post blockquote:hover{
    background: #E562AA;
    -webkit-border-radius: 36px 12px;
    -moz-border-radius: 36px / 12px;
    -moz-transform: rotate(-2deg);
    -webkit-transform: rotate(-2deg);
     } 
 seperti gambar di bawah kalau masih blur lagi:


 Kalau nak background gambar ubah je code ini dengan background: #E562AA; dengan :

 background: url(URL BACKGROUND);
 Kalau nak kotak blockquote korang berwarna ubah je code ini #E562AA . Code warna ambik kat sini.


Preview dan SAVE je kalau menjadi.


P/s : Agak kelam kabut buat tutorial ni sebab dah lama tak buat tutorial tapi lantaklah asalkan korang faham. Kalau tak jadi tu tanda tutorial ni tak sesuai dengan korang. Why? aku pun tak tahu. Selamat mencuba.


Testing from my hp

Hai korang! Saja nk test publish blog dr hp xperia mini ni..ternyata best! Tapi tak boleh lawan menaip secara manual di lappy! Selamat pagi. Semoga hidup kita bertambah baik dari semalam..insyaallah.. K bye.. Nak sambung tidur sat..malam ni ada kuliah lagi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 28, 2011

Jadual Kuliah.

Assalamualaikum.
Semalam baru balik dari kampung. Acecece setiap minggu pula kau balik kampung ye. Bukanlah! sebab nak uruskan hal PTPTN. So sekarang baru rasa nak update blog yang pinky nih. Sadisskan?

Ok, selepas 2 minggu kuliah dan sekarang masuk minggu ketiga baru create sendiri own timetable. Dah memang peragai aku dari dulu, walaupun timetable boleh print dan tempekk tapi masih nak buat sendiri punya timetable yang colour-colour hahaha. Sebenarnya jadual kuliah banyak berubah oh no but 100% berubah dari yang asal sebab banyak budak part time ambik kursus ni.. Nak tak nak kenalah consider untuk jadual baru walaupun aku tidak berapa syok kuliah malam. Kerana aku bukan suka keluar malam, eh tak ada kena mengenalah! sebenarnya malam aku lebih prefer study dan duduk kolej je. *hari Sabtu je kuliah pagi :)

My timetable ni taklah cantik tapi asalkan aku senang nak lihat sudah! yang penting tersusun.


Jadual aku cuma Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Hari Sabtu cuma sebulan 2kali sahaja ( sama kursus cuma dia berselang seli hari Rabu-Sabtu setiap minggu )

So, waktu free aku Sabtu ( if tak ada class ), Ahad, Isnin dan Selasa. Jadi sesiapa nak ajak dating boleh pilih hari berkenaan hahaha. Walaupun jadual tak pack macam ambil degree dulu tapi rasa amat berat walaupun 1 subjek 3 unit sahaja. Dulu masa degree totally all subjek 4 unit stay rasa enjoy lagi dan boleh berjimba-jimba dengan kekawan tapi sekarang rasa nafas tersekat kat anak tekak sebab master bukan macam degree. Kau fikirlah sendiri ye? Lagi pun aku masih lagi rasa macam di planet pluto. Bukan sahaja homesick tapi penangsick, usmsick segalanya lahh! I Hate kolummpo!

Yang paling penting aku kena refresh semula kepala hotak yang ketepuan ini. Kalau macam lappy senang jugak sebab tekan right click dan click refresh tapi kepala hotak aku bukan komputer ye. Dah setahun tinggalkan buku-buku rasa kena baca semuanya. Baru ada kualitikan?

Oklah, Lepas Asar kena siap pergi kuliah. Minggu ni tak ada kuliah Sabtu yehaa boleh pergi dating? Dengan siapa tu? tutttt...


Mata I cantikkan? sila mengangguk ramai-ramai..

P/s : Rasa nak beli contact lens tapi masih ada 1pair tak bukak lagi.

Senarai peserta GA CIk Nurfarah



 



Assalamualaikum.
Thank sebab join GA ni. Masih banyak masa untuk anda join.

Ini adalah senarai nama peserta :

@senarai terkini akan di update dari semasa ke semasa.

1.http://duniaazwa.blogspot.com/2011/08/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
2.http://sayapyqafyqa.blogspot.com/2011/08/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
3.http://daricahayamataku.blogspot.com/2011/08/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
4.http://amykcantekgilew.blogspot.com/2011/08/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
5.http://diaryna-2.blogspot.com/2011/08/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
6.http://nana-cokelat.blogspot.com/2011/08/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html

7.http://karimahabdhamid.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
8.http://jaajahatga.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
9.http://alyafify.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
10.http://hairulizacontestga.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html

11.http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
12.http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
13.http://anakenciksalamat.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
14.http://inoreqbaya.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
15.http://amoy-chanteks.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
16.http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
17.http://gengggkapak.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-cik-nurfarah.html
18.http://along-nidar.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
19.http://moonyiera.blogspot.com/2011/09/photobucket.html
20.http://afiqah220511.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html

21.http://mamaishazah.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
22.http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
23.http://nurul-izwa.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
24.http://pinkliciousme.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-cik-nurfarah.html
25.http://nurinassyahira.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
26.http://jamilahdluvers.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-cik-nurfarah.html
27.http://syu90contest.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
28.http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html

29.http://atienabila.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
30.http://laman-ayahsu.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html

31.http://genkcorner.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
32.http://azrijohann.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
33.http://inassyuhaidah-mystory.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
34.http://jueleecontest.blogspot.com/2011/09/hrefhttpbicarafarah.html
35.http://awanlawa.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
36.http://bellpurple.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
37.http://fiqahfauzi.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
38.http://izzieizzam.blogspot.com/2011/09/give-away-template-cik-nurfarah.html
39.http://mylife-iebah.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
40.http://blogpiji.blogspot.com/2011/09/give-aways-template-cik-nur-farah.html
41.http://pabila-ku-menaip.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
42.http://myworldfadlin97.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-cik-nurfarah.html
43.http://ratupetninlaw.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-cik-nurfarah.html
44.http://eyrapuwplelixious.blogspot.com/2011/10/contest-give-aways-template-by-cik.html
45.http://einah-contes.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
46.http://syahiraclerky.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
47.http://nada-nazihah.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
48.http://studyclasstwohidayah.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
49.http://candysweet-aina.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-cik-nurfarah.html
50.http://miszlowllipop.blogspot.com/2011/10/giveaways-template-dari-cik-nurfarah_06.html
51.http://theordinarysheedacx.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
52.http://littleflowerinside.blogspot.com/2011/10/giveaway-teplet-cik-nurfarah_07.html

53.http://atirahhayati.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
54.http://nadyabubblecontest.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html

55.http://bloggerhaniada.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-cik-nurfarah.html
56.http://eylaadieyla.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
57.http://www.mairaqueen.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
58.http://botakboncit.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-cik-nurfarah_09.html

59.http://endacyh.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
60.http://sicomel06.blogspot.com/2011/10/giveaways-template-by-cik-farah.html

61.http://farrahain96.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
62.http://fiezahkecik.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
63.http://azzalifestory.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
64.http://daxmanje94.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
65.http://perantaumasa96.blogspot.com/search/label/contest#
66.http://amyliana86.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
67.http://zura-merrygoround.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-cik-nurfarah.html

68.http://sukadukahidupdidunia.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html

69.http://speechless28.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html

70.http://az-meeda.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
71.http://maszmadi.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
72.http://sweetfamilysindahouse.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
73.http://missp0tpet.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html

74.http://isozaki-narumi.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
75.http://jajacampurcampur.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
76.http://belogcikamirah.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-cik-nurfarah.html
77.http://cerita-ciklya.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-by-cik-nurfarah.html
78.http://mitchi-motchi.blogspot.com/2011/10/giveaway-template-cik-nurfarah.html
79.http://diriku-niaariffin.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah_24.html
80.http://fatihahsalleh.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-cik-nurfarah.html
81.http://aquariusplanetcinta.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
82.http://aisyahyunjoong.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
83.http://susennanapunyacerita.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
84.http://pinknlavender.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-cik-nurfarah.html
85.http://tautanhati93.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
86.http://citeraalline.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
87.http://tykahcintaashahrul.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
88.http://saiasukateddybearygcomelntembam.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
89.http://nuryasmin-blog.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html#axzz1cM9q2E9a
90.http://khairul-cerita.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html
91.http://arimaliamsi.blogspot.com/2011/10/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html






# Semua blog yang ada dalam senarai sudah di terjah :)


@ Nombor berkenaan adalah nombor giliran semasa diundi, yang belum lagi namanya di update harap bersabar, saya akan update dari semasa ke semasa. Sekian terima kasih sebab join. :)

Friday, September 23, 2011

Sama Tapi Tak Serupa.

Assalamualaikum..
Pagi-pagi adalah masa free aku sebab totally class pada waktu petang dan malam.
Walaupun otak sedikit tepu pada waktu malam sebab tak se fresh dari ladang tapi try to best la. Almaklumlah dah setahun bercuti tiba-tiba sambung sarjana memanglah sedikit parah! Serius banyak kena tahu. Kena cungkil memory brain yang hilang dan menyorok. Padahal itu basic, boleh pula kepala hotak kau "blur-blur" Farah oii..memang kau parah bukan Farah. Sila bermotivasi sikit yerr..

Itu hanya mukadimah yang tak seberapa. Tapi lari dari tajuk yerr.. Kau dapat zero mark kalau exam macam ni.

Kita nak cerita pasal makan-makan nih. Ok, last week kita pergi makan-makan kat restoran kesukaan kita. Masa kat Penang of course kalau pergi Queen Bay Mall makan kat tempat ni.
Kita paling adore kat Mee Kari dia. Bila makan rasa nak menjilat mangkuk macam si batak je kan. Hahaha..
Tempatnya ialah Old Town.

Kerana kelaparan yang amat sangat aku pun ke restoren Old Town. Memang nak makan mee kari tapi kerana perut Melayu aku nih meyeru-yeru nak makan nasi aku order set nasi Nyonya Curry.



Nih set aku, memang tengah kebuluran teramat sangat.. Lapar *sekarang pun tengah lapar weii.

Set itu terdiri daripada :

Nasi, papadom dan telur mata bengkak. Bukan mata kerbau ye. Sila berfikir sebentar.

Serius rasa kejung je telur tu. Sebab lapar aku ngap je.

Inilah curry nyonya. Rasa is OK. but bila last-last rasa muak. Ke dah kenyang?


Acar dan kuih pencuci mulut. Still rasa kejung je..




Nih kawan aku punya menu. Takkan aku jugak. Melampaulah banyak-banyak. Rasa sesudu pastu say taknak sebab berlainan sangat rasanya masa aku makan kat Penang dulu. Kalau kat Penang rasa sampai nak jilat pinggan tapi nihh tak nak! pastu kuahnya cair sangat.


Minuman aku yang warna pink tu. ewah-eawah minuman pun nak colour pink! piraahhh. Bandung cincau.

Persoalannya di sini, walaupun restoran itu sama tapi berlainan cawangan, resepi sama, semua sama tapi tak serupa. Itulah yang dikatakan ada air tangan orang yang masak sedap dan ada yang tak sedap walaupun semua ramuan adalah sama! Serius aku tak mahu pergi ke cawangan di tuttt tu lagik sorry!

Sebab terlalu lapar je aku ngap semua tu.

Kembar pun sama tapi tak serupakan :)

Muka pura-pura gembira hahaha padahal saja nak tunjuk contact lens kat korang.


Ini adalah gambar kenangan bukan gambar masa kejadian tempoh hari. Masa ni kita orang last year dan last makan kat Old Town Queen Bay. Weii korang bila nak jumpa haaa?? rindu bangat nihh.

ok bai!

Thursday, September 22, 2011

My Private Space in my college.

Assalamualaikum.
Hello semua! semoga hari ini semangat semakin kuat untuk do something best than yesterday.

Kali ini kita nak share kehidupan kita sebagai student baru di UKM. Tempat yang paling utama sebagai pelajar ialah kediaman iaitu kolej. Tak kiralah kau duduk di rumah sewa, rumah pangsa, rumah apa pun tapi tempat kediaman sangat penting sebagai tempat berhabitat hahaha..

Di UKM aku di tempatkan di Kolej Pendeta Za'aba. Kolej ini paling cantik tapi paling jauh tapi tak kisah sebab banyak bus tapi tapi tapi..ahh ! Ok fine.

Sebagai pendatang baru eh pelajar baru, aku kena menyesuaikan diri dengan bentuk persekitaran sekeliling, patern tingkahlaku masyarakat yang berbeza dan segala-galanya. Tapi alhamdulilah hampir 2 minggu di sini makin "in" dengan suasana di sini walaupun nampak asing. Maklumlah chek dulu duk Penang..dah biasa duk utara tetiba ke selatan pulak..kahkahkah.

Tajuk utama ialah my private space..bermaksud tempat peribadi yakni bilik akulah di kolej..
My room ni nak kata selesa oklah tu, kalau kau nak selesa kau duduk rumah sahaja la hoii.


Tempat beradu. Di sinilah aku memerap hahaha. Suka pink tapi terpaksa guna oren colour sebab terpaksa. Itu je yang nampak nice masa beli kat Tesco yang lain hudoh. But it nice than hudoh. Tak per stock cadar baru ada warna pink. Aku kan pinky girl..sebut ramai-ramai PINKY GIRL!


Ini adalah meja study, meja makan, meja termenung, meja mengadap FB-blog, meja dapur, meja pengubat homesick dan semua aku rojakkan atas meja tu. Hope sudut itu dapat memberi aku idea-idea dalam penulisan thesis, tugasan dan mood study yang superb! Kau tengok mouse pad aku gambar mickey mouse. Aku dah kata aku masih jiwa kanak-kanak, tak layak kahwin lagi! Kau jangan kecoh boleh?


Raga tingkat-tingkat ini aku beli sama dengan yang aku letak rak atas meja study aku. Sebab my room macam limited space je. So kena cipta sendiri. Khas untuk letak stock makanan dan minuman agar bilik tidak serabai dan huru-hara nanti otak pun huru-hara.


Ini adalah jendela tingkapku. Duduk di tingkat atas sangat mansyuk sebab luas pemandangan. Malam-malam terpaksa close untuk mengelakkan tottttttt..


Cantikkan gambar nih, aku capture dengan hp baru aku. Pandangan dari jendela bilik aku. Syukur sebab block aku block yang strategik berbanding block lain yang hulu-hulu. Padahal semua gambar capture guna new hp. @________@


Sah! sudah aku nikah eh jadi student siswazah sebab dah ada cop mohor. Kalau tak ada benda ni macam mana nak buktikan aku student. Muka macam pau padahal memang pau pun. Aku kisah? Thank pada lovely friend Mira sebab tolong ambilkan matrix kita. Sayang awak!


E72 sentiasa dihati. Hadiah dari ayah sempena konvocation aku. Saya sayang awak walaupun awak ada kawan baru. hehehe.


Hp inilah selalu dibelek-belik sebab kau baru. Kalau dah jemu, kau hanya digunakan untuk sms dan calling je. Pastu terperuklah kau.


Tuan bilik yang tembam, insyaallah duduk sini beberapa bulan akan slim dan solid..amin.. sebab? kau fikirlah sendiri ok? Muka je tembam tak per.. eh!

ok semoga terhibur dengan karangan merapu ini. Ok bai!

p/s : Hope hal PTPTN dapat settle dalam minggu ni juga. Amin..

Wednesday, September 21, 2011

Blog Kau Macam Budak-budak!

Assalamualaikum.

Terbaca pada tulisan sesorang di mana? ok fine it secret. Aku sorang tahu dah cukuplah.

Blog aku macam budak-budak?

OK! I'm  childish eh still chidren lagi k.

Umur aku dah 20+ tapi kenapa template macam budak-budak?

Suka hati akulah, blog aku bukan blog kau. Aku kesahhh?

Semua yang mereka cakap tu, aku malas nak ambil pusing. Maklumlah manusia memang ada PHD bila tengok orang lebih sikit. Kalau ada PHD sebenar tak per tapi lebihnya Perasaan Hasad Dengki.

Blog ni memang aku design macam nih sebab aku love pinkish. Keanak-anakkan? sebab memang aku suka yang ceria dan happy go lucky. Takkan nak blog macam mak nenek? peh la hoii. lain orang lain citarasa.

Lagi pun blog ni memang tempat aku share my info, tutorial, personal. So up to me lah.

Orang-orang yang suka mengutuk nih takkan pergi mana-mana. Yang tahu kutuk sana, kutuk sini tapi diri sendiri langsung tak ada kualiti. K bai.

p/s : Malas nak ambil pusing sangat bad thing ni sebab dah tentu orang itu NEGATIF.

Aku suka benda yang cumel-cumel..kau? ada aku kesahh?

XPERIA X10 mini pro kini milik aku.

Assalamualaikum.

Mood bila di kampus sememangnya malas nak update blog. Nak cuci kain sebaldi pun malas nak basuh. Ada sesiapa yang nak jadi sukarela basuhkan kain aku yang berlambak ni? Aku pun tak tahu sebab apa jadi malas macam ni. Macam feel loser je..padahal tak pun. Maybe sebab tengah sesuaikan diri dengan habitat baru. Habitat baru? Maybe kalau dah sebulan baru "in" dengan environment baru tapi still homesick again and again. How to overcome this situation ? please help me?

Ok hari tu aku rasa nak beli xperia x8 tapi memandangkan aku tak suka full touch screen jadi aku memilih untuk memiliki Xperia X10 mini pro sebab ada keypad untuk menaip. Serius tak ada kepuasan bagi aku kalau tak menekan-nekan key pad macam aku menaip di lappy nih sekarang!

Aku beli hp pintar ini pada tanggal 19/09/2011. Akhirnya dapat juga hp nihh as second hp but my E72 always in my heart la.


Sebab utama aku beli hp nih sebab camera dia 5.0 mp. Ada keypad yang sweet, comel dan android hp.

Gambar dia pun clear sangat dan rasa sangat syok. Dia kecil dari xperia X8 tapi dia better than X8 sebab? lu guna sendirilah baru tahu. Harga pun berpatutan dan yang penting aku beli hp ini untuk sentemental value la.



 ok lah korang nanti aku update lagi pasal hp nihh. Banyak benda nak share tapi non hado mood nak menaip muahaha.. Tugasan master sudah menanti..habislah!

p/s : Hari tu balik kampung pasal tanya waranti lappy, humm tak boleh la..sebab kecuaian sendiri. Tapi nasib dalaman is GOOD.

Saturday, September 17, 2011

First time balik dari UKM Bangi Ke Kampung.

Assalamualaikum.
Hari ini aku nak cerita pengalaman yang sangat berharga buat aku.
Mungkin ini cuma biasa-biasa bagi korang tapi agak berbeza bagi aku.

Korang pernah tak duduk di rantau orang that mean persekitaran itu sangat asing bagi korang dan tiba-tiba korang kena berdikari sendiri. Hari itu, aku heboh nak balik. Hati ni bagai di tendang-tendang nak balik ke home sweet home. Dan penangan itu lagi kuat sebab roomate pun balik dan manusia di aras kolej aku pun ramai yang balik. Tapi, kes aku sangat special. Aku langsung tak tahu nak balik naik apa, ke mana?, dan memang tak dapat imagine what is KL sentral, what komuter? where should i go? where place? How to go puduraya opps pudu sentral? how how how..

Memang semalam, otak on the spot terus program nak balik kampung. Dah tak boleh tunggu lagi. Sebab first sekali, roomate balik kampung, second plug elektrik kat aras aku semua tak boleh berfungsi. Serius, bateri hand phone dah low, nasib baik second hand phone masih ada dalam 70%, lappy pun bateri dalam 30%. Rasa macam tak boleh hidup je dengan persekitaran macam tu. Kalau 2-3 hari still plug tu tak berfungsi, macam mana? dan alasan utama ialah rindu pada mak dan ayah!

Firstly, call ayah bagitahu nak balik. Ayah risau sebab aku ni baru je kat UKM. Kalau kat USM dulu tak kisahlah sebab dah expert area Penang tapi ini KL-Bangi. Amacam? kecut perut sebab memang first time hidup di KL. Langsung tak dapat imagine apa-apa :(

Tanya kawan, tu pun sms sebab dia balik kampung. Cara nak ke komuter dari kolej Pendeta Za'aba ke komuter UKM. Naik bas 6Z, lama juga tunggu. Ramahkan mulut tegur orang kat bus stop kolej. Masa nak naik bas 6Z tu, ramai giler orang. Aku sampai berdiri kat tangga hoii sebab dah macam sardin je. Nihh mesti kes nak balik kampung punya halkan,




Nasib baik ada sediakan bas UKM ke station Komuter UKM. Bas kena keluar kampus juga untuk ke station komuter ( ingatkan dalam kampus ), then beli tiket yang berharga RM 3.30 untuk ke KL Sentral. Berkenalan dengan insan yang bernama Nadia, dia budak Master juga, satu kolej cuma lain bangunan je dan lain course. Dia pun first time naik komuter dari UKM, dia dulu budak Uitm Shah Alam. At lease, dia dah tahu hiruk pikuk KL nih, bersama dengan dialah dalam komuter. Dia balik ke Pahang.

Sesak giler wehh!

Masa nak naik komuter, bersesak macam nilah. Sampai lebih dari sardin hoi. Aku boloskan diri dengan Nadia. Mak haii bau dalam tu pun macam-macam aroma. Paling tak suka stock import mari tu. Faham-faham sendirilah yer. Kena berdiri hampir sejam. Sampai Mid valley baru dapat duduk sekejap.


Kau tengoklah, berapa perhentian dari UKM baru sampai ke KL Sentral? 7 perhentian baru sampai wei, jauh wohh, nak dekat sejam jugalah.

Dah sampai ke KL Sentral terpaksa berpisah dengan Nadia, sebab laluan kami berbeza. Sedih wehh :) sorang-sorang di planet Pluto.


Bila first time sampai sini rasa macam asing sangat. Gabra pun ada sebab zero about that la. Call akak aku yang pernah study kat UKM dulu. Memang hp stay on head je la.


Banyak sangat laluan, atas, kiri, kanan dan macam-macam. Nasib baik akak aku tunjukkan jalan melalui call. First step, cadang nak naik ETS, lepas itu orang kaunter kata kena naik kat Rawang, ohh macam mana ni? dia suruh naik bas ke Rawang. Gila hoii macam mana nak ke Rawang.. Memang tak tahu. Then akak aku suruh ke laluan bawah dan cari teksi untuk ke Puduraya. Masa ni, memang yakin sendiri dan berani-berani je lah.. Kau tau berapa pakcik teksi mencekik darah dari KL Sentral ke Puduraya, Rm20 hoii. Padahal dekat je. Tak sampai 15 minit pun ok fine, sebab aku first time. Aku tak kisah walaupun memang cekik darah. Bukan pakai meter ye..itu ditetapkan sendiri. Macam manalah nak berkat kalau cekek darah?

Bangunan Pudu Sentral.


Sampailah Pudu Raya ehh dah tukar Pudu Sentral. Aku tengok is good dari dulu. Lebih selamat dan teratur. Ada pengawal dan pondok polis. Nasib baik setiap aras ada counter pertanyaan. So destinasi utama ialah tempat beli tiket. Aku pilih transnasional kerana aku selesa dengan bas itu walaupun sempit. Dari dulu weii aku prefer naik transnasional. Cuma ada tiket jam 4 petang ke atas sahaja, yang lain is full. Almaklumlah musim cuti. so kau bayangkanlah dari pukul 1.30 sampai kul 4 petang kena tunggu. So tunggu jelah, just alas perut dengan roti dan minuman je. Kalau ada kawan boleh tinjau-tinjau kawasan dalam pudu sentral tu..nihh sensorang, risau wehh. So just duduk je, dah la ada orang tegur-tegur. Aku buat jawab tak jawab je. Tips, kena buat muka sombong weii..kang jadi lain lak kalau layan mereka. Dengan tarik muka sombong dan masam, tiada orang tegur..bukan nak meyombong tak tentu pasal tapi kita kena berhati-hati dengan orang sekeliling kita tambah-tambah kalau travel sorang-sorang.


Aku tunggu kat platform 10, tiba-tiba ada orang nak berkenalan..pirahhh aku buat tak layan dan tarik muka. Bukan sombong tapi hati-hati. Nak berkenalan jom ke FB or blog yerr..
Lama giler tunggu pukul 4 petang. Sambil tu jadilah pemerhati, ishh pasangan couple ni macam dah stim je. Pi hotell la hoii jangan gesel-gesel depan aku nihh geli. jerkk. ok abaikan, tupp pukul 3.45 petang turun ke flatform 10 dan tunggu bas. Yes I fly to Teluk Intan. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah. I'm back to my hometown yahoooo..jumpa mak ayah, meoww.. dan rasa sangat selesa dapat beradu di katil dan bilik sendiri yang nyaman dan sejuk..yehaa! Rindu my sweet room.

Tengoklah mata I yang macam diamond tuu.


Aku bercuti sampai hari Isnin, terpaksa back to KL Isnin nihh..sedihnya.. Rasa kejap je..

baiii selamat malam. Thank membaca karangan bergambar aku.

p/s : Bila balik rumah mood berblog bertambah. Kat kampuss,, non-hado mood la aku nak update. Tengok lappy pun malas!

Sumber : Gambar di ambil dari carian google, kecuali yang ada water mark. Itu sendiri punya, yang lain aku tak ada masa nak snap gambar.

Amaran!! Jangan curi template orang lain!



Assalamualaikum.
Tadi check stats kat blog nak tengok backlink yang bagi link kat blog ni.
Lepas itu, nampaklah di cari gold. Wahh perbincangan bertajuk :

Macam mana nak blog macam http://bicarafarah.blogspot.com/ ?
Terkejut giler wehh bila blog kita dijadikan forum sebagai bahan sembangan. Siap nak curi code template aku lagik kan..

Kalau korang nak blog cantik pleaselah design sendiri. Tapi kalau tak tahu sangat cari pakar yang pandai design blog dan tempah pada beliau. Jangan nak cari jalan mudah mencuri, menciplak hasil kerja orang lain untuk kepentigan diri sendiri.

Aku pun design blog ini dari zero sampai jadi sekarang. Belajar sikit-sikit edit guna photoshop, teknik-teknik baru dan macam-macam. So kalau nak hasil elok kena la mula dari bawah. Baru kerja smooth dan kemas.

Serius aku cakap, kalau korang guna template designer dan pandai edit mana yang patut berpandukan tutorial yang aku bagi, colour match dan kemas. Blog korang akan menjadi cantik. Tapi kalau korang pandai main code html tapi tak pandai nak match colour..serius aku cakap blog korang kelihatan sangat serabut! dan sangat bad!

Bagi tempahan, SORRY aku tak boleh bukak tempahan sebab life aku sangat sibuk. Walaupun class tak full tapi sebagai pelajar master setiap subjek yang aku ambil sangat berat. Bukan macam degree dulu, 20 unit still go on lagi nak enjoy tapi sekarang susah sikit. Enjoy tetap enjoy untuk tak terlalu stress tapi nak ambik komitmen untuk design blog aku minta maaf ye.

Aku ambil master bukan setakat nak LULUS tapi nak CEMERLANG. So aku kena study hard and smart.
Aku pikul harapan mak dan ayah.

ok baii, aku bukak tempahan masa cuti semester jer. Masa tu korang buatlah tempahan reramai yerr.

p/s : korang google je, template blog. Sure, berlambak laman web bagi template percuma tapi jangan remove credit pada designer, kot-kot nanti "see you in court"  kalau designer tu jenis "ambil kisah". Hormatilah hak orang lain.

Wednesday, September 14, 2011

Rindu Sangat Kat Mak Ayah

http://1.bp.blogspot.com/-FxsomWoqdi0/ThnD18yp9UI/AAAAAAAABRs/vbkZbWPBbxw/s400/DSCF7577.JPG.jpg
Saat bahagia kami bersama.



Sedihnya, kita nak mengadu kat blog ni je.
Nak mengadu kat pembaca kita.
Saat tulis blog ni pun dah air mata berguguran. Ni pun sorok-sorok takut roomate nampak.

Memang tak tahan rindu kat mak dan ayah.
Tadi gagahi tangan untuk call mereka sebab dah tak tahan lagi. Nak dengar suara mak.
Call mak, nak berlakon macam biasa, tak mahu pamerkan kesedihan ni tapi tetap menagis..
Mak pun menagis, mak kata mak dan ayah rasa sunyi selepas kita ke UKM.

Serius, kita pun sunyi juga, rindu nak tengok muka mak dan ayah hari-hari. Suara mereka dan rutin harian bersama mereka. My cats also. Semua kita rindu, rumah..segala-galanya. Rasa nak terbang balik je.

Hari Sabtu ni rasa nak balik je lepas class. Tapi macam mana aku nak balik? Sebab aku nih baru masuk UKM. Tak tahu bas mana nak naik, kat mana nak turun? How how how?

Hati nak balik je, macam budak baru masuk universitikan? padahal dah master pun. Still nages dan rindu-rinduan. Mungkin aku nih manja dan hati tisukan. Sedih!!!!

Harap dapat balik Sabtu nihh..sebab class tak ada sampai Selasa, Selasa back UKM semula. Semoga apa yang aku rancangkan menjadi.

p/s : Hope jadual tidak bertukar lagi. Asyik tukar sana, tukar sini. Nak balikkk kamponggg!!

Sunday, September 11, 2011

Aku di UKM.

Assalamualaikum.
Hati masih sedih..masih menangis kerana berjauhan dengan family.
Macam budak first year jekan padahal sambung Master.

Of courselah sedih, sebab lepas habis degree duduk bersama family hampir setahun.
Hari-hari tengok mak dan ayah.
Jadi penghibur mak ayah.
Semua bersama mak dan ayah.

Sekarang ni bila hidup bersendirian di dunia asing rasa sangat sedih. Rasa diri ini tercampak ke planet Pluto, yang  tak tak pernah aku jelajahi. Sedih :(

Esok dah kuliah.. Cabaran belajar di tempat baru.

Hope sangat dapat kolej lain yang dekat dengan kuliah. Doakan aku yer..


p/s : Nak pi bilik kawan, ambil timetable..bye! malas giler turun dari tingkat 4, naik tingkat 4, turun tingkat 4 dan naik semula ke bilik tingkat 4.. :'(

Wednesday, September 7, 2011

Abang Lenovo Masuk Hospital.

Assalamualaikum.

Kesian, sungguh kesian kat pakwe baru kita sebab eksiden pastu kena masuk wad sebab mengalami kecederaan. Sebenarnya laptop baru aku si Lenovo ada masalah. Terhempas semasa pergi mendaftar di UKM semalam. Tapi alhamdulilah boleh on dan ok macam biasa cuma bahagian tepi dia macam retak sikit dan seolah-olah leper sikit.

Kalau nak guna it ok cuma keadaan fizikal my lappy aku tu yang membuatkan rasa tak best je. So tadi pergi kedai Lenovo dan minta orang tu repair. Contohnya, kalau korang beli kereta baru, tiba-tiba kereta korang tercalar sebab langgar pasu..mesti rasa macam "bengkak" je tengok dan of coursela rasa nak repair agar dia cun seperti dulukan. So inilah yang aku rasa sekarang. hahaha..

http://2.bp.blogspot.com/-a1sSqh1GFK8/Th1McrIhNoI/AAAAAAAABTA/DDgKnplbkuc/s400/fara1385.jpg


Nasib baik ada guarenti lagi, staff kat situ kata dia akan tolong untuk dapatkan guarentee tu sebab kes aku nih bukan kerosakan teknikal tapi kerosakan "terhempas" yang disebabkan kecuaian sendiri. Nasib baiklah body je ada masalah, dah la baru pakai dalam 2 bulan lebih jerr..ohh sadissnya.

Terpaksa bawa abang Acer ke UKM buat sementara waktu, sebab my Lenovo kena hantar ke kilangnya semula untuk tukar body. Harap dapatlah tukar body dia. Kalau dia kata kena bayar pun tak kisah asalkan dia macam dulu. Tapi hope sangat-sangat dapat guarenti tu...amin..

Mungkin dalam 2-3 minggu tempoh repair semula sebab kena hantar kilang bagai. Sedih :(

Tapi aku bersyukur sebab Acer aku still OK dan boleh berfungsi untuk buat kerja bagai cuma DVD-ram je tak boleh guna. Tapi itu small matter.

http://3.bp.blogspot.com/-yJaC08QFDms/Th1M1DDB1OI/AAAAAAAABTE/baMgegrOWKc/s400/fara1386.jpg

Hope my Acer ni tak buat hal la yerr.. Please la my Acer berbakti untuk tuanmu yang amat memerlukanmu.


Inilah my Acer yang hampir 4 tahun berkhidmat dengan aku.

Ok baii.. Mailah tolong aku packing barang. Penat wohh..rasa macam nak bawa lori ke UKM angkut barang hahaha..

p/s : Sorry tutorial tak ada masa nak tulis yerr..

Tuesday, September 6, 2011

Mendaftar Master di UKM.

Assalamualaikumm.
Badan rasa nak rest sebab perjalanan jauh hari ini tapi still nak update blog sebagai kenangan di hari lalu.
Hari ini 6 September 2011, aku mendaftar diri di Pusat Pengurusan Siswazah UKM sebagai pelajar Master. Pergi bersama mak, ayah dan kawan ayah as driver.
Kami bertolak dari rumah ke UKM, Bangi jam 6.30 pagi selepas subuh. First time menjejaki kaki ke UKM.

Pintu masuk utama UKM


Rasa sangat excited untuk ke UKM. Memang traffic jam jugak la. Alhamdulilah dalam pukul 10 pagi sampai ke UKM. Bila masuk ke pintu utama terpaksa buka peta dunia UKM sebab memang tak tahu kedudukan bangunan yang perlu dituju. Rasa sangat asing. Nasib baik kawan ayah yang drive, sebab dia pernah datang UKM, tapi dia pun kurang pasti ( lama tak datang UKM ) tapi alhamdulilah perjalanan lancar.
Tempat utama yang dituju ialah Pusat Pengurusan Siswazah untuk mendaftar.


Tapi ada bad newsla, sebab my new lappy terhempas masa ayah aku sandang beg lappy tu. Mungkin zip beg tu mudah terbuka. Tapi lappy tak ada apa-apa. Cuma tercedera sikit macam excident la.hahaha..risau jugak kot buat hal masa banyak kerja nanti.  Esok nak pergi kedai yang aku beli lappy ni. Ada guarentee lagi.

Stop about that, lepas settle hal pendaftaran semua, kena ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan untuk sesi taklimat sebelum mendaftar kursus secara online. Alhamdulilah dapat kawan-kawan baru :)


Ini fakulti aku, not bad la. Selepas sesi taklimat bagai kami ke misi cari kolej. Kolej lain semua dah full so nak atau tidak terpaksa ke Kolej Pendeta Za'ba. Alhamdulilah sebab dapat kolej :)


Semua dah settle pasal kolej. Kunci pun dah dapat. Dapat duduk block D. Alhamdulilah block tu strategik di atara block-block lain cuma kemungkinan besar aku akan kurus ( ye ker? ) kerana dapat tingkat 4, dan dapat kolej yang paling jauh di antara kolej lain. Tapi saujana mata memandang.
Lepas dapat kolej, kunci bagai. Aku pun meninjau-ninjau ke bilik aku. Mak aiii lelah oii, kena mendaki tangga ke tingkat 4. Acecece macam tak biasa plak, dulu pun masa di USM kena tingkat atas jugak!

Roomate pula dapat cik mek molek dari Kelate. Hope dapat sesuaikan diri dengan beliau dan boleh jadi best friend forever..aminn.. Cadang nak se roomate dengan kawan course mate tapi dah full. Tapi tak kisah, sebab satu block..satu aras..Senang nak pergi kuliah sama-sama. Lepas selesai semua tu kami pulang ke rumah.

Bye UKM, Sabtu nih aku datang yerr..


Sekarang? aku kat home sweet home la.. Sabtu ni baru datang dengan barang-barang bagai. Sedihnyerr nak berjauhan dengan mak dan ayah. Mesti rindu mereka!


Tengoklah mata I yang comel itu, contact lens baru!


Masa ini, on the way nak balik rumah. Without make-up nihh..sememeh je muka. hahaha..ada aku kisah. Pakai contact lens Natural 3tone grey. Sweet kerr?


Sampai di sini je karangan bergambar. Jumpa anda di UKM Sabtu ni, insyaallah.

Doakan Cik Nurfarah dapat best student, 4 flat dan dapat full tajaan untuk PHD pula. aminnnn

Tata semua!

P/s: Ramai inbox dan emal tentang ni,
Kepada sesiapa yang tanya pasal kolej, Cik Fara bg info sikit untuk memudahkan urusan anda..mula2 korang kena daftar as student master di UKM, lepas dah ada nombor matrik dan daftar, baru pergi kolej2 secara manual untuk tanya ttg penginapan (selalunya kolej zaba paling ramai budak master dan banyak kosong n nak try kolej lain pun boleh tapi ikut kekosongan sebab mrk lbh prefer bdk dgree punya penginapan, kalau ada kosong baru masukkan bdk master)..semua urusan penginapan dan daftar kolej perlu buat lepas mendaftar sebagai pelajar secara manual (pergi sendiri ke pejabat kolej tersebut)..harap info ini memudahkan urusan anda.. tq for reading my entry :)

Monday, September 5, 2011

Esok Pergi UKM.



Assalamualaikum semua!.
Esok, insyaallah aku akan mendaftar sebagai pelajar Master di UKM, Bangi.
First time, and zero info about UKM. Hanya berbekalan carian google je tentang info kat UKM. Memang TAK PERNAH DATANG ke UKM. Esok insyaallah first time dalam hidup menjejakan kaki di UKM.

Banyak sangat tak tahu. Dah la tak ada kawan yang sama course kat UKM. Kena cari kawan baru, kena sesuaikan dengan persekitaran baru, style lecturer baru, karenah masyarakat baru dan serba-serbi baru. Ibarat hidup di planet lain je..hahaha hope aku dapat sesuaikan diri. Perasaan rasa excited, sedih, gembira dan macam-macam lagi!

Kemungkinan 90% aku kena duduk kat Kolej Pendeta Za'aba. Jauhh tu, hujung dunia.. Tahu pun sebab my sister pernah study sana dan ada kawan-kawan yang pernah study sana. Tapi tetap tenangkan hati. Ala lagi pun orang lain pun ada duduk sana..ok je.. Hope semua baik-baik je.

Tapi bukan esok aku terus tinggal di UKM, lepas semua pendaftaran settle. Balik dulu rumah dan 10/9 ni baru balik ke UKM semula dengan barang-barang bagai.

Sedihnya, nak berjauhan dengan mak dan ayah serta my sweet home. :'( my cats sekali!

ok, baii esok aku update tentang kunjungan pertama di UKM. Pergi dengan mak, ayah dan kawan ayah sebagai driver sebab dia lebih arif jalan di sana.

P/s : Semoga Allah mudahkan urusan NurFarah di sana..aminnnn


oppss! kena cas my Lenovo full sebab senang kalau ada hal nak online di sana.


Friday, September 2, 2011

Jawapan untuk soalan blog tutorial.

Assalamualaikum..

Kau tengok tu, beria-ria angkat tangan nak bagi jawapan untuk korang semua.
Kali ini aku nak bagi jawapan secara pukal untuk soalan blog tutorial korang. Bukan taknak bagi jawapan satu persatu untuk setiap orang tapi semua soalan adalah SAMA.

Macam mana ini. macam mana itu?

Kepada pembaca yang amat dikasihi, disayangi dan dihargai.
Korang kena lihat dulu senarai tutorial yang aku senaraikan.
Kadang-kadang tutorial itu dah ada, tapi stay tanya lagi, again and again.
Kalau aku rajin, aku senaraikan nombor berapa tutorial itu, tapi kalau busy, dan aku publish komen korang tandanya..tutorial itu memang sedia ada dalam koleksi tutorial aku.


Kenapa try buat tutorial blog tak menjadi? kenapa? kenapa? kenapa?!!

Mari sini aku terangkan, template berbeza-beza. Kejayaan sesuatu tutorial itu bergantung hampir 80% kepada template yang kita gunakan. Aku suggestkan korang guna template minima dan denim. It suitable to my tutorial. Insyaallah akan menjadi. Macam mana nak tukar ke template tersebut? Sila bukak mata luas-luas dan cari di senarai tutorial.
Kalau masih tak jadi, aku tak tahula sebab mungkin ada coding yang silap. Untuk pengetahuan umum, SEMUA TUTORIAL yang aku tulis telah di UJI terlebih dahulu di dalam blog testing aku mengikut pelbagai template terpilih sama ada layout template ( cth, minima, denim) atau template designer. Kalau tak menjadi aku takkan tulis tutorial itu. Aku bukan jenis tiru tutorial orang. I try buat tutorial tersebut, uji beberapa kali, main coding, cari coding ikut jenis template. Sebab itulah, kalau tutorial aku banyak coding yang perlu korang cari mengikut jenis-jenis template. Kau ingat senang nak buat sebijik-sebijik dengan pelbagai variasi template ? contoh tutorial ini.
So don't be copy cat sebab aku tahu siapa tiru tutorial aku dan siapa memang tiru public tutorial ( tutorial biasa tanpa eksperiment, jenis copy paste jer tu ).

Kenapa template saya rosak?

Kebanyakkan reader mencuba tutorial ini, ramai yang mengalami masalah navbar. So? ikutilah arahan yang aku suruh korang buat. Kalau suruh download full template. Silalah download full template ye. Sekurang-kurangnya template korang ada back-up.
Lepas itu, korang jangan buat tutorial yang sama fungsi. Contoh, rainbow link, double dashed link dihover, animated link, link membesar ketika di sentuh, cute link dan seangkatan dengannya. Semua itu fungsinya sama, kalau korang pakai semua tutorial itu..sememangnya TIDAK MENJADI. Kalau nak blog cantik jangan TAMAK nak bedal semua tutorial itu. Pilih yang mana sesuai OK?


Macam mana nak buat blog macam ni?

Korang pernah tak jumpa someone dan dia tanya "saya nak baju raya macam awak?" nak bagi tak klon baju korang, untuk di pakai ala-ala boria anak tanjung? Aku dah bagi tutorial, sila edit ikut kretiviti sendiri. Tak bestlah semua nak klon aku sampai header ke footer. Mana identiti anda sebagai blogger? Apa kau ingat penyanyi sahaja ada klon? blog pun ada klon jugak yerr.
Masa aku bukak tempahan korang tak nak tempah, so sekarang dah TUTUP! tunggulah bila aku RAJIN dan FREE. Sorry aku dah start jadi student minggu depan. Aku kena galas tanggungjawab berat.

Nak minta tutorial? Cepatlah, cepatlah..

Aku buat tutorial untuk sharing ilmu yang aku ada TAPI aku bukan full time mengadap lappy, bukan membuat tutorial sahaja. So, kalau ada kelapangan insyaallah aku tunaikan permintaan korang tapi kalau busy..mintak maaf yer darling hoii. Kadang-kadang kalau tutorial itu panjang, banyak part aku tak berkesempatan buat. So, aku bagi yang ringkas sahaja. Nak bagi tutorial bukan cincai sahaja tapi perlu bereksperimen yerr.

Tempahan?

Maaf sangat, setakat ini aku belum tahu bila aku akan membuka tempahan. Komitmen aku semakin berat. Aku akan bergelar pelajar. Itu fokus aku yang utama. Aku tak jamin.. So tunggu... Aku kena tengok environment study aku.

Setakat itu sahaja jawapan secara pukal aku untuk korang. Harap korang puas hati ye. Bukan berlagak atau sombong tapi itu sahaja yang mampu aku katakan. Ok baii.

p/s : Korang trylah bereksperimen sendiri edit blog korang. Ikut tutorial yang aku bagi. Ramai yang dah berjaya. Anda bila lagi?







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.